Blog Abgreds

Posts Tagged ‘blog

Agak lama juga tidak menulis di blog. Manusia makin ramai. Makin banyak mulut dan perut yang minta diisi.

Jadilah kek ekonomi makin kecil, makin kenit. Terpaksa peruntukan lebih masa mencari-cari di mana kek yang kita punya.

Baiklah, entri kali ini berkaitan blog ini sendiri, iaitu kaedah memendekkan entri bagi sesiapa yang belum mengetahuinya, khususnya untuk platform wordpress macam blog aku ni.

Aku bukan tergolong manusia yang pintar IT. Pembabitan aku dalam dunia blog dan internet ini tidak lebih untuk menambah ilmu disamping tidak mahu ketinggalan dalam arus perdana media terkini.

Untuk mencari kaedah yang semacam ini (memendekkan entri) pun sudah jadi masalah buat aku. Sedangkan sudah lama ingin berbuat demikian.

Korang boleh bandingkan entri aku terdahulu yang memaparkan semua isi kandungan entri. Aku punya page pun jadi panjang macam ketapi… 🙂 Tapi sekarang tidak lagi!

Baiklah, aku sertakan link kaedah tersebut di sini untuk sesiapa yang ingin merujuk. Banyak lagi tips-tips tentang komputer ada di dalam blog sedara kita ni…

Dipersilakan dengan segala hormatnya berziarah ke blog beliau…
http://ibnrajab.wordpress.com/ atau terus ke link berkenaan iaitu http://ibnrajab.wordpress.com/2009/11/09/baca-lagi-read-more/

Terima kasih daun keladi, insya Allah aku pun nak ke sana lagi…

Nota : entri pendek macam ni perlu ‘baca lagi…’ ke?  😉

Advertisements

Sebagai hamba kepada yang Empunya, pantas sekali untuk Dia menguji duga akan ciptaan-Nya sebagaimana pun jua.

Lebih-lebih lagi Dia telah berjanji pada suatu masa nanti, segala ciptaan-Nya akan di timbang sukat mencari yang mana yang hitam mana yang putih suci.

Begitu juga kita sebagai penghuni di dunia yang fana ini. Segala-galanya ada aturan ada anutan. Ada PR sebagai aras tandaan…

1. KA : MerdeKA.

Kesampingkan seketika masalah diri. Renung sejenak si ibu pertiwi. Tentang damainya. Tentang amannya. Tentang merdekanya.

imej dari googleIya, pentafsiran merdeka bisa saja berbeda. Kita manusia memang demikian sukanya. Namun terbatas di titik yang sama. Iaitu bahawa merdekanya kita suatu anugerah-Nya!

PR bagi merdeka tersangat luas. Negara terlepas dari penjajahan yang buas. Memerintah sendiri tentulah bebas. Namun rintangan begitu keras!

Berdoalah kita semua. Moga merdeka sepanjang usia. Ibu pertiwi tanah air tercinta. Akan kupertahan ke hujung nyawa!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan!

2. YA : RaYA.

Ramadhan sudah sampai ke hujung. Pencinta Allah sedih dan murung. Waktu yang berkat akan berlalu. Bagaimana PRnya aku dan kamu?

Syawal kembali menjengah hari. Untuk gembira untuk dirai. Maaf memaafi eratkan silaturrahmi. Itu lazimnya PR aidil fitri.

Aturan Allah sesungguhnya indah. Ada masa berlapar, ada masa melantak juadah! 🙂 Bagi sikecil lebih meriah. Perutnya kenyang poketnya mewah!

Abgreds menyusun sepuluh jari. Salah silap harap dimaafi. Dipanjangkan umur berjumpa lagi. Kehadrat Allah kita syukuri…

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri!

3. PR : PR 3

Blog Abgreds nama diberi. Setahun sudah ia beroperasi. Mencatat nukilan secara peribadi. Tiadalah canggih tiada sensasi…

Bicara santai tajuk pun bantai 🙂 . Banyak merapu, merepek, dan melepek 🙂 . Membuang masa korang yang pandai. Lebih baik korang makan kerepek! 🙂

Blog ini bukan istimewa. Anehnya ia dapat PR juga. Abgreds tak tau apa indikasinya. Alih-alih dapat PR 3. Iye kerrr…..

Bukan hendak membanggakan diri. Cuma nak beri kredit dan dedikasi. Tanpa korang apakan jadi? Abgreds gila cakap sorang diri! 🙂 …

TERIMA KASIH UNTUK KORANG SEMUA…!!!
TERIMA KASIH UNTUK KORANG SEMUA…!!!
TERIMA KASIH UNTUK KORANG SEMUA…!!!

Errr…nak tanya juga ni, agaknya PR kita bagi Allah berapa ye? Macam tak de PR jer… :(. Baik aku dan korang congak-congak seketika. Muhasabah diri kawan! Ingat kawan-kawan… :

                       PR ALLAH TAALA LEBIH PENTING DARI PR GOOGLE! 🙂

Selamat Mengira PR Korang Semua!

Anda seorang blogger. Anda minat blogging. Anda tentu tahu istilah morfologi dan sintaksis. Apa? Ada yang masih belum tahu morfologi dan sintaksis?

Mari kita ketahui dan belajar morfologi dan sintaksis. Morfologi dan sintaksis adalah istilah kajian tentang bahasa melayu.

Morfologi adalah kajian tentang perkataan. Sintaksis pula kajian tentang ayat. Hasil kajian morfologi dan sintaksis ini, maka terbitlah ilmu laras bahasa.

Ada banyak laras bahasa. Ada bahasa iklan, bahasa politik, bahasa sastera, bahasa perundangan, bahasa dakwah, dan lain-lain lagi.

Dunia blog juga ada pelbagai laras bahasa, menurut gaya empunya blog. Blog iklan guna bahasa iklan. Blog politik guna bahasa politik. Dan seterusnya.

Jadi, inilah yang anda semua praktikkan. Anda berblogging. Anda menulis dan membaca, samada karya anda sendiri, mahupun hasil tangan orang lain.

Ketika anda membaca dan cuba memahami maksud, anda sebenarnya sedang meneliti perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang digunakan.

Anda akhirnya dapat mengenalpasti laras bahasa karya tersebut. Hasilnya mungkin berbeza di antara individu. Bergantung tahap mana ia tahu tentang morfologi dan sintaksis ini, serta kefahaman apa yang dibacanya.

Keputusan tersebut juga akan mengaitkan tulisan dengan penulisnya. Semakin anda  mahir tentang morfologi dan sintaksis, semakin tepat kaitannya.  

Seperti ciri identiti anda yang lain, tulisan dan karya anda juga boleh ditelaah dan dikaji. Karya anda ada pasti ada identiti tersendiri yang mewakili sebahagian peribadi diri anda.  

Sebab itu ada orang boleh membayangkan peribadi orang lain melalui gaya tulisan dan hasil karyanya.

Sebab itu juga ada orang boleh membayangkan peribadi dirinya kepada orang lain melalui gaya tulisan dan hasil karyanya.

Anda seorang blogger? Jadi anda tahu tulisan anda sedang dimorfologi dan disintaksis.  Jangan marah kalau orang tahu siapa anda.

Baiklah, itu saja untuk perkongsian ilmu kali ini. Mungkin ada yang sedang memorfologi dan mensintaksis tulisan abgreds ini…

Semoga anda berjaya ..  🙂

p/s : kalau kata terbitan morfologi dan sintaksis itu salah, sila beritahu. abgreds pun bukan pandai bahasa.

Diam tak diam, dah dua bulan dah. Two month kata orang putih. Mengadap  komputer. Ketak ketik ketak ketik menaip.

Kononnya nak jadi pengarang. Pandai tulis macam-macam. Haha…berangan jer. Boleh ke berangan macam itu ? Boleh, apa salahnya.

Yang tak boleh tu, berangan saja tak sudah-sudah. Tak buat kerja. Itu tak siap. Ini tak siap. Ha, berangan macam ni pelangkung je jawapnya.

Entri ni pun bukan dok tengoookkk je boleh siap. Nak citer apa? Citer cara mana? Rencana ke, cerpen ke, lawak ke, serius ke…

Itu belum kisah pasal pembaca. Boleh ke kau orang terima entri syok sendiri seperti ini? Hem…banyak benda nak pikir tu. Dulu tak ada blog, tak payah nak pikir semua ni. Ha, sekarang ambik ko abgreds! Huhu…

Ok anda di luar jangan terasa. Ini abgreds ngomel sendiri. Inilah rasanya bila kita mencuba sesuatu yang baru.

Pasti ada pro dan kontra dalam diri sendiri. Sebelum dan sesudah itu cukup berlainan. Kena bijak mencari imbangan. Kini , sesudah berada di alam siber, pro dan kontra itu melebar luas di kalangan pembaca pula.

Itu realiti. Jika kita berkeinginan menulis, serta membenarkan khalayak mengikutinya, maka bererti kita sedia berdepan dengan mereka.

Segala persepsi dan interpretasi mereka harus diterima dengan hati terbuka. Di mana ada penerimaan, di situ ada penolakan.

Sebagaimana kita rela dengan penerimaan, maka relalah pula dengan penolakan. Adil dan saksama. Setiap satunya ada rahsia.

Lewat dua purnama, abgreds belajar dunia siber. Segala komentar, kritik dan saranan dan sokongan anda semua, hanya Allah swt. yang membalasnya.

Sekian untuk kali ini, terima kasih sekali lagi…terima kasih

Hari ini 19 Julai 2010, blog abgreds genap sebulan. Segerak merangkak, dua gerak bertatih, inilah rupanya wajah blog abgreds. Tentu masih banyak lagi yang perlu abgreds pelajari. 

Tiadalah se-gah mana, namun kelahiran blog abgreds ini tetap menjadi suatu memori peribadi. Sebagaimana kalian dulu, satu dua bulan dulu. Atau satu dua tahun lalu. Atau bagi blogger otai, sejak internet ini mula berkembang di negara kita ini.

Manusia perlu berubah. Manusia terlalu kerdil untuk mengasimilasikan dunia untuk dirinya. Sebaliknya, dialah yang perlu mengasimilasikan dirinya menurut perjalanan dunia. Tentunya dengan asimilasi yang sesuai bagi dirinya.

Kewujudan era IT mengecilkan dunia secara relatif. Batas sempadan dan masa menjadi kurang relevan. Semua masa menjadi serba pantas. Semua dataran menjadi sebuah pentas. Tiada lagi keterasingan. Tiada lagi kebersendirian.

Sebelum bulan yang lalu, abgreds hanya mengikuti dan memerhati. Belum terdetik untuk menyertai. Abgreds lebih senang kelana sendiri. Mengheret secarik usaha dan tawakkal, mengharung hidup sebelumnya ajal.

Sesudah sepurnama ini, dunia kecil abgreds sedikit berbeda. Diizinkan Allah, blog abgreds membuka jendela. Turut serta mencorak dan mewarna, menambah rencam dunia maya. Menjejak tapak kalian semua. 

Melewati sepurnama ini, seperti kalian juga, seterusnya abgreds berharap dapat mengaplikasikan medium internet ini sebaik yang mampu. Abgreds berharap boleh memperoleh pengetahuan, dan pada masa sama, cuba memanfaati pembaca sekalian.

Internet penuh dengan keterbukaan dan kerahsiaan. Cukup mengujakan. Banyak yang abgreds belajar. Misalnya belajar bahasa internet. Belajar berkomuniti dan berkomunikasi – berkata dan berdiskusi tanpa suara tanpa rupa. Cuma taip dan klik sahaja…

Sekali lagi, terima kasih atas sokongan dan bimbingan anda semua!

Salam dari Abgreds,

abgreds


Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 56,935 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my