Blog Abgreds

Posts Tagged ‘dunia ajaib

Minta maaf kawan-kawan semua. Aku ghaib seketika. Ingat ghaib langsung. Rupanya tak jadi. Belajar tak habis. Ilmu tak jadi!

Kenapa aku ghaib? Sebab aku sudah aib. Kenapa aku aib? Sebab aku tak boleh ghaib. Kenapa tak boleh ghaib? Sebab aku ada aib! 🙂

Haha… Sudah. Terpusing-pusing pulak. Baca baki entri ini »

Semalam…

Ini sehelai kertas kosong. Cuba kamu perhatikan betul-betul. Apa yang kamu nampak?

Kamu tidak nampak apa-apa? Oh, sebab ia kosong maka kamu tidak nampak apa-apa? Mengapa kamu ini? Mana otak kamu? Mana fikiran kamu?

Kamu tahukah kenapa ia tipis? Kamu tahukah kenapa ia putih? Kenapa ia ringan? Kenapa kertas begitu sifatnya?

Kamu tahukah siapa yang mencipta kertas? Kenapa ada idea membuat kertas? Kenapa manusia perlukan kertas? 

Kamu tahukah bagaimana kertas ini dibuat? Dari mana asalnya? Dari apa bahannya? Apa bahan campurannya?

Kamu tidak nampak apa-apa? Mengapa kamu ini? Mana akal kamu? Mana ilmu kamu?

Kamu tahukah berapa banyak proses membuat kertas? Berapa banyak mesin? Berapa banyak tenaga manusia? Berapa banyak masa diperlukan?

Kamu tahukah bagaimana kertas ini sampai kepada kamu? Siapa yang hantar? Bagaimana dia menghantar? Kepada siapa yang dia hantar?

Kenapa kamu juga perlukan kertas? Apa yang kamu mahu buat dengan kertas? Apa yang kertas ini boleh buat untuk kamu?

Kamu tidak nampak apa-apa? Mengapa kamu ini? Kamu tahukah semua jawaban soalan di atas? Kalau tahu, kenapa kamu tidak jawap?

K e n a p a   k a m u   t i d a k   n a m p a k   a p a – a p a ? ! !

*

*

*

*

*

Hari ini…

Semua kami sudah menghantar tugasan. Tebal. Berhelai-helai kertas kajang. Menimbun tinggi di atas meja. Tajuknya : Cerita penuh sehelai kertas kosong.

imej dari google

Tuan pensyarah masuk. “Ada sesiapa yang tidak nampak apa-apa?”, tanyanya.

Sambil tangannya melayangkan sehelai kertas kosong…

“Cerita ini cerita kosongkah?” , tanyanya lagi…

 

 

"pisang pelik"Yang ditengok pelik. Yang kena tengok pelik. Saya tak faham. Mana satu yang pelik, sayakah? Atau awakkah? Awak pernah berasa pelik? Atau pernahkah orang melihat awak ini pelik?

Saya banyak kali. Saya suka perhatikan semut. Kadang saya renung pokok kayu. Adakala saya tengok air dalam gelas lama-lama. Pelik ke? Tidak pelik. Yang peliknya, ada yang tengok saya pelik. Kenapa ya?

Acapkali perlakuan saya tidak memenuhi piawai awak atau mereka, saya terpaksa menjadi pelik untuk kalian. Ketahuilah, mereka dengan cara mereka, saya cara saya. Saya suka atau tidak suka cara mereka, itu hak saya. Tapi saya tidak pelik dengan mereka. Awak pun ada cara awak kan?

Bukankah sudah fitrah, saya, awak dan kita ini, ada personaliti sendiri. Ada ciri peribadi yang khusus. Pemikiran membezakan terjemahan saya dengan awak atas satu perkara. Dan kelainan itu bukan satu kepelikkan. Hingga terdorong menganggap pembeza berkenaan orang salah, tidak pandai, atau tidak waras, iaitu gila. Waduh, apa-apaan ini?

Sebaiknya, kita belajar berpada dan bersederhana. Memahami ilmu tata diri. Menyaring input dan maklumat dengan memohon hidayah pada yang Esa. Jangan semberono mengata orang itu begitu, orang ini begini. Biar saja. Kalau hingga memudaratkan kita, nah, baru boleh selidiki benda atau perbuatan pelik tersebut.

Kata orang yang bijaksana “ dua cara melihat dunia ini. Satu, melihat semua dengan penuh keajaiban. Dua, melihat semua tidak ada keajaiban “. Awak pilihlah. Awak hendak melihat semuanya pelik belaka, atau tidak ada peliknya semua itu.

Kedua-duanya boleh. Kedua-duanya betul. Jangan menyalahkan satu sama lain. Kalau awak tengok pelik atau ajaib, awak jangan lupa yang awak itu sebahagian daripada kepelikkannya. Kalau awak tengok biasa pula, awak jangan lupa, itu tanda kekuasaan-Nya. Ialah, apa yang nak dipelikkan? Memang Dia berkuasa, tentu boleh berbuat apa saja.

Saya guna dua-dua cara. Tapi mestilah ada keadahnya masing-masing. Biar kena pada tempatnya. Biar ada manfaat untuk diri saya. Saya akan melihat sebagai pelik, agar datang persoalan apa, di mana, bagaimana, dan kenapa. Bila ada persoalan, baru timbul soal jawapan. Saya pun mula cari jawapannya.

Dan pada waktu yang lain, saya tidak berasa pelik melihatnya, lantaran kefahaman saya atas soal kuasa dan kekuasan. Awak boleh makan sekali tiga pinggan? Silakan kalau kuasa. Awak nak berjaga empat puluh jam? Silakan. Tidak pelik saya. Awak ada bangunan seribu buah, seribu tingkat? Itu hal awak!

Janganlah bersangatan pelik ya. Pelajari pelik baik-baik. Peliklah untuk tingkatkan rasa ingin tahu yang berguna. Peliklah untuk menambah ilmu, menambah iman dan menambah amal.

Selain itu, berbiasa-biasalah. Jangan pelik pada dia. Jangan pelik pada mereka. Jangan pelik pada saya.

Jangan pelik juga saya menulis semacam ini.


Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 55,304 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Artikel Terbaik

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my