Blog Abgreds

Posts Tagged ‘internet

Agak lama juga tidak menulis di blog. Manusia makin ramai. Makin banyak mulut dan perut yang minta diisi.

Jadilah kek ekonomi makin kecil, makin kenit. Terpaksa peruntukan lebih masa mencari-cari di mana kek yang kita punya.

Baiklah, entri kali ini berkaitan blog ini sendiri, iaitu kaedah memendekkan entri bagi sesiapa yang belum mengetahuinya, khususnya untuk platform wordpress macam blog aku ni.

Aku bukan tergolong manusia yang pintar IT. Pembabitan aku dalam dunia blog dan internet ini tidak lebih untuk menambah ilmu disamping tidak mahu ketinggalan dalam arus perdana media terkini.

Untuk mencari kaedah yang semacam ini (memendekkan entri) pun sudah jadi masalah buat aku. Sedangkan sudah lama ingin berbuat demikian.

Korang boleh bandingkan entri aku terdahulu yang memaparkan semua isi kandungan entri. Aku punya page pun jadi panjang macam ketapi… 🙂 Tapi sekarang tidak lagi!

Baiklah, aku sertakan link kaedah tersebut di sini untuk sesiapa yang ingin merujuk. Banyak lagi tips-tips tentang komputer ada di dalam blog sedara kita ni…

Dipersilakan dengan segala hormatnya berziarah ke blog beliau…
http://ibnrajab.wordpress.com/ atau terus ke link berkenaan iaitu http://ibnrajab.wordpress.com/2009/11/09/baca-lagi-read-more/

Terima kasih daun keladi, insya Allah aku pun nak ke sana lagi…

Nota : entri pendek macam ni perlu ‘baca lagi…’ ke?  😉

Salam sejahtera buat anda semua. Penulis terlebih dahulu memohon maaf atas istirehat yang panjang dari menulis di blog ini.

Beberapa waktu ini, masa untuk menukilkan sesuatu di sini tidak kesampaian. Ada beberapa tugasan yang perlu dibereskan terlebih dahulu.

Pun begitu, penulis masih melayari internet untuk mengetahui perkembangan semasa blog kawan-kawan dan laman-laman web yang sering menjadi halwa mata dan telinga penulis.

Penulis sebenarnya teringin menulis sesuatu sempena setahun penulis menulis di blog ini. Namun hasrat itu tak tercapai nampaknya. Tak mengapalah. Apalah sangat pencapaian berblog bagi penulis kerdil ni…

Yang penting, penulis sudah berusaha untuk memberi nukilan yang pada fikiran penulis berguna untuk kalian. Itu matlamat penulis. Dan penerimaannya tentulah bergantung kepada para pembaca sendiri.

Insya Allah, kiranya diizinkan, penulis akan menulis lagi. Banyak kisah dan kasih yang boleh dikongsi untuk tatapan kita semua.

Sesiapa yang nak pergi BERSIH tu, bersihkanlah dulu hati anda. Bersihkan dulu jiwa anda. Ambil wuduk, buatlah sembahyang istiharah. Mintalah petunjuk dari Allah. Dia tuhan yang Maha Mengetahui.

Ops…lari tajuklah pulak…macam-macamlah dia orang nih…

Sekadar ini dulu kali ini. Oh ya, kepada para pengunjung blog ini – samada yang sudah biasa atau yang baru, penulis ucapkan terima kasih banyak-banyak.

Berapakah usia yang sesuai untuk memperkenalkan IT kepada si kecil?

Pertanyaan ini tercetus apabila aku terlihat sekumpulan budak sekolah rendah baru ni. Masing-masing memegang henpon sorang satu.

Bila aku risik-risik, peh..! kalah henpon aku. Dia orang punya ada kamera, ada tv, ada online game, ada internet.. macam-macam ada!

Lepas tu, aku terbaca juga cerita perihal anak-anak, adik-adik atau budak- budak sekolah rendah yang dah pandai berinternet.

Yang lebih hebat, ada juga yang diceritakan itu masih belum bersekolah. Kiranya umur kanak-kanak lagi. Pun dah berjinak-jinak main game.

Agaknya apa motif keluarga dia orang buat macam tu? Mengenalkan subjek internet dalam usia yang begitu muda? Kenapa ya?

Kalau pun memang ada duit, boleh belikan anak-anak henpon yang canggih-manggih, takkan tak boleh tunggu besar kot?

Tak pun belikan dulu henpon yang ‘cap ayam’ punya dulu. Bila anak tu dah besar, dah sekolah menengah, baru beli yang sofistikated tuh, tak boleh ke?

Budak-budak kecik (belum sekolah) tu tak payahlah dihadapkan kat depan komputer dulu. Tak payahlah dibukakan internet kat dia orang.

Entahlah. Aku cuma buat ‘demo’ perasaan aku je. Buruk baik pun, anak-anak korang jugak. Aku ni bukan siapa-siapa.

Okeylah, sapa-sapa yang pandai pasal psiko budak-budak berkaitan internet ni mungkin boleh kongsi panduan kat sini. Aku nak tau jugak.

Pukul tujuh buka puasa. Makan nasi tambah-tambah. Teguk air tak kira-kira. Perut kenyang duduk termengah.

Pukul lapan buka komputer. Layan internet, layan chatting. Ingat buka sekejap saja. Alih-alih sampai terbaring.

Pukul sembilan masih kat situ. Mak ayah tak ambil tahu. Pukul sepuluh member telefon. Ajak keluar nak pinjam handphone.

Pukul sebelas keluar rumah. Dekat dataran janji berjumpa. Pukul dua belas perut keroncong. Pergi ke gerai pekena mi bandung.

Pukul satu mata dah celang. Member borak tungtang tungtang. Pukul dua tidak terasa. Embun sejuk? Eh, jaket kan ada?

Pukul tiga telepon bunyi. Ingatkan umi, rupanya siti 🙂  . Cuma tanya “nak sahur apa?” “Dengar suara u pun dah kenyang” jawabnya.

Pukul empat telepon lagi. Ni kat mana ni? Tanya si umi. Ada ngan kawan, dia jawab. Dengan mata mulai sembab. 

Pukul lima singgah kat warung. Makan sahur esok puasa! Pukul enam mata dah cengkung. Balik rumah digagahkan jua…

Pukul tujuh sampai satu. Qada tidur qada mimpi. Pukul dua sedarlah baru. Ingat dah buka, em.. belum lagi.

Pukul tiga keluar rumah. Kedai bazar habis diredah. Pukul empat terasa penat. Lepak-lepak sambil mengurat…eh bukan,istirehat…

Pukul lima di bazar ramadan. Pilih-pilih mana berkenan. Pukul enam balik rumah. Tak sudah-sudah jeling juadah.

Pukul tujuh buka puasa, sila baca dari mula… 🙂

p/s : ha, kawan-kawan, Red tak cerita pun pasai sembahyang ka, terawih ka…kau orang jangan pandai-pandai tambah aarr…

Kita tengok zahirnya saja. Hati budinya kita tak tau. Bersangka buruk menambah dosa. Hanya Allah yang maha tahu.

Mari kita belajar baik sangka posa-posa ni. Tak gitu siti?

Sumber : kawan pakwe si siti payung.

Diam tak diam, dah dua bulan dah. Two month kata orang putih. Mengadap  komputer. Ketak ketik ketak ketik menaip.

Kononnya nak jadi pengarang. Pandai tulis macam-macam. Haha…berangan jer. Boleh ke berangan macam itu ? Boleh, apa salahnya.

Yang tak boleh tu, berangan saja tak sudah-sudah. Tak buat kerja. Itu tak siap. Ini tak siap. Ha, berangan macam ni pelangkung je jawapnya.

Entri ni pun bukan dok tengoookkk je boleh siap. Nak citer apa? Citer cara mana? Rencana ke, cerpen ke, lawak ke, serius ke…

Itu belum kisah pasal pembaca. Boleh ke kau orang terima entri syok sendiri seperti ini? Hem…banyak benda nak pikir tu. Dulu tak ada blog, tak payah nak pikir semua ni. Ha, sekarang ambik ko abgreds! Huhu…

Ok anda di luar jangan terasa. Ini abgreds ngomel sendiri. Inilah rasanya bila kita mencuba sesuatu yang baru.

Pasti ada pro dan kontra dalam diri sendiri. Sebelum dan sesudah itu cukup berlainan. Kena bijak mencari imbangan. Kini , sesudah berada di alam siber, pro dan kontra itu melebar luas di kalangan pembaca pula.

Itu realiti. Jika kita berkeinginan menulis, serta membenarkan khalayak mengikutinya, maka bererti kita sedia berdepan dengan mereka.

Segala persepsi dan interpretasi mereka harus diterima dengan hati terbuka. Di mana ada penerimaan, di situ ada penolakan.

Sebagaimana kita rela dengan penerimaan, maka relalah pula dengan penolakan. Adil dan saksama. Setiap satunya ada rahsia.

Lewat dua purnama, abgreds belajar dunia siber. Segala komentar, kritik dan saranan dan sokongan anda semua, hanya Allah swt. yang membalasnya.

Sekian untuk kali ini, terima kasih sekali lagi…terima kasih

Ini persoalan yang datang di benakku. Beberapa waktu tadi, aku semacam tiada idea untuk menulis. Kosong.

Lantas itu, aku mahu menutup saja komputer. Baik aku buat hal lain. Sembahyang pun belum. Ah, sembahyang dululah…

Sekonyang-konyong, berbondong-bondong idea datang mencurah!

Aku teringat beberapa peristiwa sekaligus. Dan tiba-tiba banyak pula perihal peristiwa itu menerjah ke otak. Semuanya bagus-bagus.

Segera tersusun aksara-aksara membangun kosa kata dan frasa. Terus berpintal bertaut membentuk ceritera dan mahakarya.

Wah! Terpana aku seketika. Betapa nipis dan tipisnya lapisan iman dan takwa. Tertunduk simpuh disirna igauan idea yang datang entah dari mana.

Lupa langsung pada hajatku untuk bersembahyang. Entri cantik lagi gempak. Jangan tangguh nanti hilang pulak!

Begitu liciknya godaan ini. Hampir tertangguh ibadahku. Pastinya ini ujian. Suatu peringatan dan pemeriksaan. Manakah jalan yang aku pilih?

Berbaloikah aku menangguhkan entri?

Cukup barbaloi. Andai entri ini dapat melalaikan aku…andai posting ini telah menjauhkan aku dari ibadah…bukankah itu satu bentuk ujian?

Tidak payahlah. Lebih baik tiada posting. Lebih baik tiada entri. Tutup komputer… Esok, Insya Allah masih ada…

Sudah semalaman aku tangguhkan entri ini.Dan kini, tibalah masa untuk intuisi ini diterbitkan. Ikut jadual seperti biasa.  

Kita menulis kerana Allah. Tapi kalau bersebab kita menulis itu, kita menjauh dari Allah, maka berehatlah dahulu. Berfikirlah dahulu.

Berehat itu juga satu pelajaran dan pembelajaran. Belajar berehat. Dapatkan rehat yang berbaloi pula…


Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 55,016 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my