Blog Abgreds

Posts Tagged ‘kisah lucu

Anak Muar pasti tahu medan selera Bentayan. Ia merupakan medan selera separuh hari yang beroperasi dari jam 6.00 petang hingga 2.00 pagi.

Terletak di kawasan perhentian bas Bentayan, medan selera ini terkenal di bandar ini kerana kedudukannya yang strategik serta kepelbagaian menu yang disediakan.

(Sebenarnya, di kawasan ini terdapat sebuah lagi medan selera yang namanya sama, tetapi ia terletak bersebelah hentian bas dan dibuka sebelah siang.)

Medan selera ini adalah menjadi sebahagian memori hidup penulis kerana pernah menjadi krew atau pramusaji di situ sekitar 1990 an.

Masa itu para krew mengenakan seragam baju putih dan topi merah. Itu antara pengalaman awal penulis bergelandangan mencari rezeki dan memegang duit sendiri.

Bersemangat betul buat tugasan tersebut. Walaupun bertugas dalam tempoh yang singkat, penulis memperolehi banyak kenangan dan pengalaman.

Paling tidak dilupa, Baca baki entri ini »

Mula-mula kawe (kawan) mintak izin nak cilok tokey Mail punya gantinama okey. Kawe dah lama teringin tulis macam nih.  Boleh tokey? Mintak halal tokey ya…

Satu hari sebelum raya

Ko main jauh-jauh Red. Ko tak tau. Ko kecik lagi.” Abe Man macam biasa memang eksen dengan kawe. “Ko nengok nih…susah ni…kena macam ni…macam nih…”

Eleh…setakat sapu-sapu macam tu kawe taulah…bisik hati kawe.

“Ha…dah siap. Ko jangan usik mende nih. Bahaya! Kang tangan ko tebako (terbakar).” Ujar abe Man. Matanya sengaja dibeso-besokan tengok kawe.

Eleh…ingat kawe takut ke..tembak kang dengan pistol air baru tau!, bisik hati kawe sambil jeling-jeling takut… 🙂

Petang tu kawe datang situ. Memang hajat kawe nak try buat kerja tuh. Bukan susah mana pun. Kang raya tahun depan dah boleh buat sendiri.

Dah tak de orang ni, bisik kawe lepas tengok keliling. Pelan-pelan kawe ambik tin tertulis ‘VARNISH’ tu dengan berus sapu dia. Kawe pun mulalah…

Dapat sapu dua tiga round, adik kawe datang. “Abang buat apa tu?”, tanyanya.  “Mana buat apa. Abe nengok jer…”, balas kawe. “Eleh…adik nampak…”

Ahh… Kawe pedulik hape… Kawe buat deekk aje…

Satu hari di hari raya

Kawe tengah makan pagi tuh. Tiba-tiba kawe dengo abe kawe jerit “ni sape punye keje ni !! Abih dah seluar aku !”

Semua pakat pergi depan. Abe Ari tengah marah-marah. Terpusing-pusing kepalanya menengok punggung seluar dia. Sebelah tangan pegang telefon.

“Apanya?” tanya mak tak paham. “Ni ha… mak nengok nih. Berbelang sudah seluo aku. Seluo mahal nih…” suara abe Ari separuh marah separuh sayu.

(Sebelum tu ada bunyi telefon. Telefon tu kat ruang tamu sebelah kerusi kayu. Sape-sape yang dapat call gerenti duduk kat situ).

“Man oo Man…mai sini. Ko tengok ni. Kata ko dah kering semalam…” Abe Man cepat-cepat jawab “ehh…semalam dah kering lah!”

“Tengok nih..tengok nih…mana ada…” abe Man duduk kat kerusi yang lain dua tiga tempat. “Tak de belang pun”

Abis yang nih…?!” tanya abe Ari. “Mana aku tau!”

Tiba-tiba adik kawe nyampuk “adik tau… adik tau…!” Alamak!…baru kawe ingat adik kawe ada kat sebelah semalam….aiseyman…

“Abe Red yang buat…abe Red…”

Demi mendengar je nama kawe disebut, apalagi, sepantas kilat kawe lompat ke tanah ikut pintu dapur. Kawe lari sekuat-kuat hati walaupun tak laju mana.

“Red!! Nak ke mana tu?! Siaplah ko nanti..!!” Sayup-sayup dengo jeritan abe Ari. Kawe dah kecut teloq nak toleh 🙂 .Lari jer…

Cis…macamana boleh tak kering pulak? Takkan sapu petang-petang tak kering….adeehhh… Dan kawe terus lari dan lari di pagi aidil fitri….

Kira-kira dah jauh, kawe pun rehat. Penat siott…tengok keliling… ahh sudah…kat mana pulak kawe ni??

Errr….. cuba korang teka kat mana kawe raya hari tuh…..yiiiiihaaaa…

*        *          *

Entri raya spesel untuk Encik Mail di http://dululainsekaranglain.com/maklumat-dan-notis/cabaran-blogger-satu-hari-di-hari-raya …dan untuk teman-teman yang lain juga… 🙂

“Bapak, aku dah balik ni. Ni bapak, cikgu suruh bapak sain kat sini”

“Kat sini ya..ha..dah sain dah. Ko dapat nombor berapa, nak?”

“Nombor satu pak!”

“Nombor satu? Wah , pandai anak bapak! Yang ni biru-biru apa nak?”

“Itu markah pak. Biru tu bagus pak”

“Ooo…yang merah-merah ni apa, nak?”

“Itu lagi bagus pak. Cikgu tulis merah biar nampak terang pak”

“Ooo…macam tuh. Ha, nah. Besok cakap dengan cikgu yang biru tu kasi merah, ya nak?”

“Beres pak!”

Lagi imbasan kenangan abgreds. Ini kisah kawan abgreds. Kami dulu dikelaskan ikut prestasi peperiksaan. Kawan abgreds ni memang kureng sikit.

Dia pelajar lemah dan belajar di kelas paling lemah. Dikelilingi oleh persekitaran yang juga lembam. Tapi waktu periksa, dialah kawan abgreds yang paling ceria!

Rupanya dia paling cerdik dalam kelas yang lembap tu. Setiap kali periksa, dia mesti dapat nombor satu! Huh, hero tak hero la, kan?…

Dari 10 subjek, dia lulus 4 dengan markah paras hidung! Puuunn dapat nombor satu! Kui kui…kembang kempis bagi tau bapaknya setiap kali.

Si bapa pun level sama. Dengar nombor satu jer, dah senyum sampai telinga. Anak bapak pandai…nombor satu…dengan bangga bapak dia pun sain!

Maaf kawan. Bukan nak hina. Tapi kisah engkau ni cukup manis sampai melekat dalam memori abgreds sampai kini.

Dan sekarang kawan abgreds tu dah pandai dah. Dah kerja, dah kahwin dan ada keluarga. Kalau cerita bab ni mesti kami tertawa.

Ketawa? Ya… sebab dia tau dia siapa. Kenapa duduk kelas yang lemah? Kenapa boleh dapat nombor satu? Kenapa bapanya bangga dengan dia?

Semuanya berkisar tentang kurang ilmu…Dia tau dia tak pandai. Dan dia juga tau bapaknya lagi kurang pandai. Apa lagi…kena kelentong pun bangga…

Masa tu abgreds belajar di kelas yang pandai sikit kononnya. Periksa lepas 10 subjek dengan markah A dan B pun masih nombor belas-belas.

Jadi, nak pandai, berkawanlah dengan orang pandai! Tapi awas!, pandai ilmu bertambahlah ilmu, pandai tipu jadilah penipu!

Oh ya, ada satu pantun budak-budak yang teramatlah fofular masa tu…

Pen merah pen biru, U marah I lap (love) U….ngeee… 🙂 🙂

Pukul tujuh buka puasa. Makan nasi tambah-tambah. Teguk air tak kira-kira. Perut kenyang duduk termengah.

Pukul lapan buka komputer. Layan internet, layan chatting. Ingat buka sekejap saja. Alih-alih sampai terbaring.

Pukul sembilan masih kat situ. Mak ayah tak ambil tahu. Pukul sepuluh member telefon. Ajak keluar nak pinjam handphone.

Pukul sebelas keluar rumah. Dekat dataran janji berjumpa. Pukul dua belas perut keroncong. Pergi ke gerai pekena mi bandung.

Pukul satu mata dah celang. Member borak tungtang tungtang. Pukul dua tidak terasa. Embun sejuk? Eh, jaket kan ada?

Pukul tiga telepon bunyi. Ingatkan umi, rupanya siti 🙂  . Cuma tanya “nak sahur apa?” “Dengar suara u pun dah kenyang” jawabnya.

Pukul empat telepon lagi. Ni kat mana ni? Tanya si umi. Ada ngan kawan, dia jawab. Dengan mata mulai sembab. 

Pukul lima singgah kat warung. Makan sahur esok puasa! Pukul enam mata dah cengkung. Balik rumah digagahkan jua…

Pukul tujuh sampai satu. Qada tidur qada mimpi. Pukul dua sedarlah baru. Ingat dah buka, em.. belum lagi.

Pukul tiga keluar rumah. Kedai bazar habis diredah. Pukul empat terasa penat. Lepak-lepak sambil mengurat…eh bukan,istirehat…

Pukul lima di bazar ramadan. Pilih-pilih mana berkenan. Pukul enam balik rumah. Tak sudah-sudah jeling juadah.

Pukul tujuh buka puasa, sila baca dari mula… 🙂

p/s : ha, kawan-kawan, Red tak cerita pun pasai sembahyang ka, terawih ka…kau orang jangan pandai-pandai tambah aarr…

Kita tengok zahirnya saja. Hati budinya kita tak tau. Bersangka buruk menambah dosa. Hanya Allah yang maha tahu.

Mari kita belajar baik sangka posa-posa ni. Tak gitu siti?

Sumber : kawan pakwe si siti payung.

senyum

Adegan satu.

Adi : Siapa nama dia? Berapa umur dia? Apa nombor henset dia?

Ida : Siapa nama awak? Berapa umur awak? Apa nombor henset awak?

Dia : Tak buat apa-apa. Dia cuma senyum aje…!

Adegan dua.

Ida : Siapa nama dia? Berapa umur dia? Apa nombor henset dia?

Adi : Siapa nama awak? Berapa umur awak? Apa nombor henset awak?

Dia : Tak buat apa-apa. Dia cuma senyum aje…!

Apa yang tak sama?

Dalam adegan satu, si Adi nak usha si Dia. Adi lantik Ida jadi poswomen dia. Dia itu adalah seorang perawan yang cantik manis.

Dalam adegan dua, si Ida nak usha si Dia. Ida lantik Adi jadi posmen dia. Dia di sini tentulah seorang jejaka macho idaman malaya.

Apa yang sama?

  1. Yang berhajat biasanya malu nak jumpa. Lidah kelu nak berkata. Pasang spy, pasang perantara. Cakap pun bunga-bunga.
  2. Yang menjalankan tugas biasanya tak tau malu. Janji misi selesai. Cakap pun terang dan jelas. Direct terus tak ada kias-kias.
  3. Yang dihajat biasanya malu-malu kucing. Malu tapi mau! Cakap pun macam tak dengar saja. Last-last cuma senyum ajer...
  4. Zaman sekarang mana ada gender. Siapa dulu dia dapat. Siapa malu dia terkulat-kulat..haha..(minta maaf sapa yang malu-malu tu..gurau je)

Apa yang jadi masalahnya?

Senyum tulah masalahnya. Angguk tidak geleng tidak. Yang jadi postor tu la masalahnya. Macamana dia orang nak jawap?  Ha, macamana?! Takkan nak jawab- dia senyum aje?

Apa yang tak jadi masalah?

Senyum tu tak jadi masalah asal kena tempatnya. Contohnya, masa nak jawap soalan tok kadi “awak setuju ke saya nikahkan awak dengan …”, senyumlah lebar-lebar. Jadi punyalah…

Abgreds : hoho…cuba test bahasa budak-budak sekarang ni dan belajar buat entri direct, no kias-kias…

Apapun, banyakkan senyuman, ok? Senyuman itu ibadah tanpa susah payah.

Tengok gambar di bawah, apa interpretasi korang?

Apa intepretasi dia orang ?

illusi

Ajam : gambar kartun.

Man : macam gambo muka.

Emy : muka hensem, boleh buat boipren!

Alang : wei, gelapnya kulit…

Tok Mat : aaa…? Gambar ke tu…?

Jijah : tok mat ni nak kena pakai spek macam gambar tu…

* ooi Jijah, orang tanya pasal gambar la. Bukan pasal tok mat!

David kopepil  : tulisan la tu.

David knigh rider : buat stiker keta, baru rock.

Tukang lukis : tu warna hitam dengan putih…

Tukang cerita : tu warna-warna kehidupan.

Tukang cap : tambah bunga boleh buat design batik ni…

Tukang sibuk : ah, pegi main jauh-jauh. Tak da masa ni!

Aku : eh, aku tukang tanyalah, mana boleh jawap!

Kau : …..(tak jawap pun – tah apa yang tengah dipikir, masalah negara kot!)

——-       ————      ———–        ————-     ———

Sekarang aku nak tanya ;

Apa itu  i.n.t.e.r.p.r.e.t.a.s.i…? Kenapa kita kena belajar pasal interpretasi?

Kenapa interpretasi mereka semacam itu? Kenapa interpretasi korang semacam ini? Kenapa ada interpretasi yang pelbagai?

Kenapa tak nak belajar intepretasi?

………………. Tak nak fikir? Malas nak fikir? Tak dapat cari jawapan?………..

Kenapa tak nak fikir? Eh, kat luar tu orang tengah interpretasi kau, tau tak?

Cuba le fikir sikit? Nak pandai ke tak nak?

………………..

Hem…ambik ko…aku buat entri pertanyaan hari ni, amacam?

Nak komen? Kena ada interpretasi. Tak dak interpretasi? Aku no komen , ngeh ngeh… 🙂 🙂 …

Suatu hari – suatu waktu dahulu…

Ima  :      ros, apasal kau tidur tadi? Kan tengah waktu belajar!

Ros  :      aku tak tidur. Aku belajar.

Ima  :      macam aku tak nampak. Mata dah katup. Tak gerak-gerak…

Ros  :      aku tak tidur,betul. Aku belajar memang macam tu lah!

Ima  :      hahaha, tidur macam tu boleh belajar? Boleh masuk ke?

Ros  :      aku tidur macam tu baru boleh masuk belajar.

Ima  :      ha..? macamana tu?

Ros  :      la..kau ni. Aku tanya kau, bila masa kau belajar makan?

Ima  :      masa tengah makan.

Ros  :      bila masa kau belajar mandi?

Ima  :      masa mandi.

Ros  :      tadi kita belajar apa?

Ima  :      kimia.

Ros  :      itulah, aku tadi pun belajar kimia. Tapi, masa mata aku terkatup tu, aku tak belajar kimia, aku belajar tidur! Faham?

Ima  :      ooo… macam tu ke?. Tidur pun kena belajar ke?

Ros  :      oi, tidur tak payah belajar pun boleh tidur. Tadi tu aku bukan belajar tidur. Tapi belajar tidur dalam kelas! Wah, aku berjaya!

Ima  :      huk aloh…

Adik-adik, begitulah cerita kita hari ini. Nak tidur ada ilmu. Nak nyenyak ada ilmu. Tak nak tidur pun ada ilmunya. Tapi kalau nak belajar tidur dalam kelas – sila tanya kak ros kita, ya. Oh ya, kalau adik-adik berjaya ikut jejak langkah kak ros, jangan beritahu dia! Nanti adik-adik kena denda macam yang dia kena dulu – lari kat padang tiga pusingan… baiklah, jumpa lagi minggu depan dalam rancangan Kak Yong. Babai…


Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 55,304 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Artikel Terbaik

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my