Blog Abgreds

Posts Tagged ‘malu

Minta maaf kawan-kawan semua. Aku ghaib seketika. Ingat ghaib langsung. Rupanya tak jadi. Belajar tak habis. Ilmu tak jadi!

Kenapa aku ghaib? Sebab aku sudah aib. Kenapa aku aib? Sebab aku tak boleh ghaib. Kenapa tak boleh ghaib? Sebab aku ada aib! 🙂

Haha… Sudah. Terpusing-pusing pulak. Baca baki entri ini »

garangAku teringat kepada cikgu aku yang seorang ni. Muka dah la garang gaya algojo. Yang paling aku ingat – tak pernah nampak dia senyum.

Kami semua memang kecut dengan dia. Bila tiba masa subjek dia aje, sunyi sepi kelas macam dilanggar garuda.

Satu hari tu, dia masuk dengan muka yang super masam punya 😦 . Biji mata macam nak terkeluar. Pucat lesi kami dibuatnya.

“Hari ini saya nak kamu buat kerja sendiri. Jangan bising. Faham?” katanya dengan suara yang kuat. “Faham, cikgu”, jawab kami.

Lega sikit. Tak mengajar maknanya tak adalah antara kami yang kena marah, kena herdik, kena denda itu ini seperti selalu.

Cikgu lalu duduk di meja guru dan sibuk buat sesuatu. Sesekali dia menjeling kami. Muka tetap garang. Kami tak terkutik pun. Terpaku kaku.

Tiba-tiba cikgu tu berdiri. Mukanya lebih masam. Dikepal-kepal sehelai kertas lalu dibaling ke tong sampah. Fuh! Kami dah cuak semacam.

Semua mata terarah ke cikgu. Cikgu tu juga memandang kami. Seketika kemudian, mukanya bertambah merah.

Tiba-tiba kau orang tahu, dengan muka yang bertambah merah tu, cikgu jalan perlahan-lahan. Mata kami mengikut saja. Pergi ke mana?

Laa… dia pergi kat tong sampah tadi. Dia ambil balik kertas yang dibuang tadi. Dan itulah…itulah kali pertama kami tengok dia senyum.

Senyum dengan muka merahnya. Mulalah ada antara kami yang tersenyum. Lama-lama… cikgu ketawa. Pecah juga ketawa kami seisi kelas, wakaka… gelinya hati kami.

Tak tertahan kami dengan insiden cikgu tu. Bayangkan muka seorang algojo tiba-tiba berubah jadi wajah badut sarkas…lawak la cikgu!

Kadangkala kita terkena juga peristiwa yang memalukan diri. Apa nak buat. Sesekali jadi sang badut okey apa…mengembirakan orang lain.

Dan cikgu kami itu telah belajar sesuatu – kurangkan garang, tambahkan senyuman… betulkan, cikgu?

p/s : gambo hiasan je…bukan gambo cikgu ensem aku arr.. 🙂

Raya kali ini, aku jumpa dengan salah seorang sahabat yang aku rindui. Dia seorang rakan sekelas aku yang sangat rapat masa sekolah dulu.

Dia pun katanya rindu juga nak jumpa dengan aku. Berpeluk-peluk aku masa dapat jumpa dengan dia. Syahdu beb…

Semua kenangan lalu semasa aku rapat dengan sahabat aku ni terbayang sebaik aku menatap wajah dia.

Aku sebenarnya bukan ada ramai kawan. Yang ada ni pun kawan biasa saja. Tapi kawan yang aku anggap sahabat memang sikit – boleh kira pakai jari.

Betul. Sahabat tu pangkat yang mahal dalam silaturrahim. Cikgu aku cakap, sahabat tu adalah diri kita yang kedua.

Seorang sahabat boleh mengingati diri sahabatnya yang lain, sebagaimana dia mengingati dirinya sendiri. Nah, bukankah sahabat itu istimewa sifatnya.

Dalam sesetengah keadaan, kedudukan sahabat lebih utama dari kedudukan keluarga. Para ulama juga memuliakan para Sahabat nabi, berbanding keluarganya, terutama dalam aspek perluasan kuasa empayar Islam.

Aku dengan sahabat aku ni dah lima tahun loss contact. Telefon dia rosak jadi puncanya. Sekali dia pergi format, hilang semua nombor dalam tu.

Sepanjang tempoh itu, aku cari dia, dia pun cari aku. Sekali raya tahun ni, huhu…dia boleh beraya sorang-sorang semata-mata nak jumpa aku…

Anak isteri dia raya kat Klang. Sahabat aku ni pulak balik Muor sorang – sorang sebab nak jumpa aku… Woo…terharu aku beb.

Sahabat, kalau ko baca cerita aku ni, mesti ko dapat teka siapa abgreds. Ko jangan kepoh ye. Aku ni pemalu! Ngee… 🙂

Terima kasih ko sahabat. Ko memang sahabat aku paling ngetop kat Muor ni. Nanti aku belajo nak jadi sahabat ko yang ngetop pulak okey?

Salam syawal untuk engkau, Sahabat!

Label: , ,

senyum

Adegan satu.

Adi : Siapa nama dia? Berapa umur dia? Apa nombor henset dia?

Ida : Siapa nama awak? Berapa umur awak? Apa nombor henset awak?

Dia : Tak buat apa-apa. Dia cuma senyum aje…!

Adegan dua.

Ida : Siapa nama dia? Berapa umur dia? Apa nombor henset dia?

Adi : Siapa nama awak? Berapa umur awak? Apa nombor henset awak?

Dia : Tak buat apa-apa. Dia cuma senyum aje…!

Apa yang tak sama?

Dalam adegan satu, si Adi nak usha si Dia. Adi lantik Ida jadi poswomen dia. Dia itu adalah seorang perawan yang cantik manis.

Dalam adegan dua, si Ida nak usha si Dia. Ida lantik Adi jadi posmen dia. Dia di sini tentulah seorang jejaka macho idaman malaya.

Apa yang sama?

  1. Yang berhajat biasanya malu nak jumpa. Lidah kelu nak berkata. Pasang spy, pasang perantara. Cakap pun bunga-bunga.
  2. Yang menjalankan tugas biasanya tak tau malu. Janji misi selesai. Cakap pun terang dan jelas. Direct terus tak ada kias-kias.
  3. Yang dihajat biasanya malu-malu kucing. Malu tapi mau! Cakap pun macam tak dengar saja. Last-last cuma senyum ajer...
  4. Zaman sekarang mana ada gender. Siapa dulu dia dapat. Siapa malu dia terkulat-kulat..haha..(minta maaf sapa yang malu-malu tu..gurau je)

Apa yang jadi masalahnya?

Senyum tulah masalahnya. Angguk tidak geleng tidak. Yang jadi postor tu la masalahnya. Macamana dia orang nak jawap?  Ha, macamana?! Takkan nak jawab- dia senyum aje?

Apa yang tak jadi masalah?

Senyum tu tak jadi masalah asal kena tempatnya. Contohnya, masa nak jawap soalan tok kadi “awak setuju ke saya nikahkan awak dengan …”, senyumlah lebar-lebar. Jadi punyalah…

Abgreds : hoho…cuba test bahasa budak-budak sekarang ni dan belajar buat entri direct, no kias-kias…

Apapun, banyakkan senyuman, ok? Senyuman itu ibadah tanpa susah payah.

Kau orang tengok kat tepi tu, aku dah letak statistik blog. Mulanya nak tahan dulu. Malu tak ada orang jenguk blog aku. Kononnya nak tunggu sampai ‘sepuluh ratus orang’. Ha ha ha, berangan saja aku ni.

Aku sedar siapa aku. Hidung kemek. Kaki kematu. Kau orang dah cerita gajet ini, gajet itu. Aku terkial-kial pasal link pasal setting. Hu hu, kocik kocik tak mau tau, dah kedut baru kelam kabut.

Tentang statistik tu, kau orang nak sengih ke, nak gelak ke, kau orang punya pasal. Aku tak ada hal. Yang aku nak cerita adalah pasal malu tu. Ha, kalau nak cerita pasal malu ni, esok lusa tak habis lagi. Jangankan satu posting, satu blog tak cukup. Bukan satu blok, satu bangunan tak cukup!

Tapi aku kecilkan skop malu pada diri aku sendiri. Lebih tepat lagi pada saat aku publish statistik blog tu. Alah, dilema kecil yang konon-kononnya besar. Apa nak dimalukan? Angka ciput? Tak ramai kawan? Blog tak fofular? Tak dak ranking?

Tak masuk semua tu dalam kepala. Jangan ingat aku sombong pula. Aku tau kau orang semua sebahagian daripada landskap sesuatu blog. Aku pun suka jenguk laman lain juga. Cumanya, aku kena la berpijak di bumi nyata. Dah itu bahagian aku. Terima sajalah.

Itu statistik biasa seorang tua di kaki gunung! Dulu kawan kurang, duduk jauh sepelaung. Dulu hidup berteman mergastua dan burung. Dunianya kecil macam tempurung. Dah jumpa zaman kemajuan, berubah juga gaya kehidupan. Ngaji pasal komputer dengan laman sesawang. Ceh, belajar gaya sastera sikit.

Jadinya, cerita soal malu ni, kembaran dia adalah ‘biar bertempat’. Malu yang bertempat tu dimuliakan. Malu tak bertempat dihinakan. Dengan variasi kepercayaan, adat budaya dan macam-macam lagi, maka malu jadi sifat yang sungguh terbuka.

Setiap kita ada skema malu tersendiri. Itu hak aku dan kau orang juga. Jangan berhenti jadi malu yang bertempat. Belajar pula untuk menjauhi malu tak bertempat. Mungkin saat ini, kau orang sedang belajar malu. Aku pula saat ini sedang belajar tak tau malu, ngeh ngeh…

Oh ya, kalau tengok sekeliling, ramai rupanya yang tak tau malu. Dia orang ni ada belajar ke tidak?

p/s : semasa post entri ini, jumlah hits adalah 62.

Label:

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 55,748 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Artikel Terbaik

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my