Blog Abgreds

Posts Tagged ‘nombor

Korang kalau tengok orang main nombor, apa first impression korang? Mesti yang tak baik, kan? Pandangan kasar memang macam tu.

Tapi korang ada terfikir tak, apasal dia orang (orang kita/islam) tu main nombor? Suka-suka? Atau tabiat? Atau buang tebiat?

Aku ada kenal seorang kawan kaki nombor. Bukan kaki nombor sebarangan tau. Kawan ni ada ilmu. Ada agama. Ada imanlah pendek kata.

Ada iman hape kalo pi tikam ekor? Macam ni….

“Bapak aku pesan, Red. Kat dunia ni, semua Allah punya. Yang baik Allah punya, yang jahat Allah punya jugak”, kata dia.

“Bapak aku pesan lagi, nak buat benda baik, minta tolong Allah. Nak buat benda jahat, pun kena minta tolong Allah. Bapak aku pesan la…”

“Jadi satu masa tu, aku betul-betul tak ada sen (duit). Ada hutang kawan lagi. Nak kerja apa pun dah tak tau. Buntu aku masa tu”

“Entah macamana aku terfikir nak tikam nombor. Agaknya dah kesetanan aku nih. Tapi aku teringat pesan bapak aku tu”

“Aku pun buatlah. Aku berdoalah bio Allah bagi aku rezeki kena nombor. Eh, betul nih. Aku doa macam orang lain yang baik-baik tu jugak…”

“Tak lama lepas tu, aku nak beli nombor. Tapi ada ilham datang suruh aku belajo tikam betul-betul. Bio kena ribu-ribu…eh, betul jugak tu”

“Aku pun pergilah berguru. Aku cari otai-otai nombor yang aku tau. Akhirnya aku dapat ilmu tikam nombor ni. Ko tau apa dia?”

Ko pergi kedai nombor hari tutt…, masa tutt…hekhekhek…rahsia aku Red. Mana boleh kasi tau. Ko nak pergilah belajo sendiri!”

“Dah tu, aku pun pergi nombor. Sekali beli – tak kena. Dua kali – tak kena jugak. Aiii… apakebenda ni….aku dah kena tipu ke..?”

“Duit aku pun dah habis dah. Tapi aku tak putus asa. Aku pinjam duit kawan aku. Aku beli lagi. Tup-tup…, eh, kenalah!”

“Tapi aku tak boleh pulak ambil duit tu. Aku dah janji nak bagi semua duit tu kat dia kalau kena….alamak aii...”   

Rupa-rupanya kawan aku ni tak pernahnya dapat duit hasil tikam nombor tu. Dan dia pun perasan akan sesuatu. Sesuatu isyarat….bahawa…

Satu, kalau beli pakai duit dia – mesti tak kena. Orang lain belikan untuk dia pakai duit dia, pun tak kena.

Dua, tapi kalau beli pakai duit orang – boleh kena. Belikan orang lain pakai duit orang tu sendiri – pun boleh kena.

Fikir punya fikir, sedarlah dia bahawa bukan itu caranya minta rezeki. Doanya betul ditujukan kepada Allah, tapi kaedahnya pula yang tak direstu Allah. Tentulah rezeki tak sampai. 

Dan dia juga insaf, itu salah satu ujian dari Allah jua. Benar dia dalam kesempitan. Benar pesan yang sampaikan bapanya. Dan benar semuanya milik Allah.

Namun jika ada iman dan taqwa, biar sebesar zarah, Insya Allah, Allah akan melindungi hamba-hambanya. Sungguh Dia Maha Pengasih lagi Penyayang.

“Alhamdulillah, Red. Syukur aku dilindungi Allah tanpa aku sedar. Nasib baik aku tak sampai termakan duit nombor dulu…”

Memang kaki nombor itu buruk perangainya. Tapi tak semua kaki nombor busuk hatinya. Sebelum tahu kisah empunya, baik di doakan yang baik-baik saja…

p/s : Jangan main nombor okey…haram tu…

Advertisements

“Bapak, aku dah balik ni. Ni bapak, cikgu suruh bapak sain kat sini”

“Kat sini ya..ha..dah sain dah. Ko dapat nombor berapa, nak?”

“Nombor satu pak!”

“Nombor satu? Wah , pandai anak bapak! Yang ni biru-biru apa nak?”

“Itu markah pak. Biru tu bagus pak”

“Ooo…yang merah-merah ni apa, nak?”

“Itu lagi bagus pak. Cikgu tulis merah biar nampak terang pak”

“Ooo…macam tuh. Ha, nah. Besok cakap dengan cikgu yang biru tu kasi merah, ya nak?”

“Beres pak!”

Lagi imbasan kenangan abgreds. Ini kisah kawan abgreds. Kami dulu dikelaskan ikut prestasi peperiksaan. Kawan abgreds ni memang kureng sikit.

Dia pelajar lemah dan belajar di kelas paling lemah. Dikelilingi oleh persekitaran yang juga lembam. Tapi waktu periksa, dialah kawan abgreds yang paling ceria!

Rupanya dia paling cerdik dalam kelas yang lembap tu. Setiap kali periksa, dia mesti dapat nombor satu! Huh, hero tak hero la, kan?…

Dari 10 subjek, dia lulus 4 dengan markah paras hidung! Puuunn dapat nombor satu! Kui kui…kembang kempis bagi tau bapaknya setiap kali.

Si bapa pun level sama. Dengar nombor satu jer, dah senyum sampai telinga. Anak bapak pandai…nombor satu…dengan bangga bapak dia pun sain!

Maaf kawan. Bukan nak hina. Tapi kisah engkau ni cukup manis sampai melekat dalam memori abgreds sampai kini.

Dan sekarang kawan abgreds tu dah pandai dah. Dah kerja, dah kahwin dan ada keluarga. Kalau cerita bab ni mesti kami tertawa.

Ketawa? Ya… sebab dia tau dia siapa. Kenapa duduk kelas yang lemah? Kenapa boleh dapat nombor satu? Kenapa bapanya bangga dengan dia?

Semuanya berkisar tentang kurang ilmu…Dia tau dia tak pandai. Dan dia juga tau bapaknya lagi kurang pandai. Apa lagi…kena kelentong pun bangga…

Masa tu abgreds belajar di kelas yang pandai sikit kononnya. Periksa lepas 10 subjek dengan markah A dan B pun masih nombor belas-belas.

Jadi, nak pandai, berkawanlah dengan orang pandai! Tapi awas!, pandai ilmu bertambahlah ilmu, pandai tipu jadilah penipu!

Oh ya, ada satu pantun budak-budak yang teramatlah fofular masa tu…

Pen merah pen biru, U marah I lap (love) U….ngeee… 🙂 🙂

Abgred orang melayu. Entri ni bukan nak hina melayu. Cuma secebis kisah di blog abgreds…barangkali kes terpencil! (iya ka..?)

Abgreds dah cuba belajar tulis panjang sikit. Cuba cara bersiri. Apa macam? Jadi ke tak jadi? Entah, tak tau.

Kau orang pula cuba belajar baca panjang sikit. Cuba baca cerita bersiri abgreds. Apa macam? Faham ke tak faham? Entah tak tau.

Dan jangan kau orang tak tau, kita ada tetamu khas. Mereka cuba nak joint kelab pembaca abgreds. Terima ke tak terima? Entah tak tau.

Ya, inilah dia tetamu khas kita. Dipersilakan pakai keywords ‘rasmi’ untuk masuk blog abgreds…ya, masuk ramai-ramai. Kasi up sikit trafik…silakan…

 Keywords canggih, jangan marah…!keyword melayu

Ha ha… abgreds ni rabun bab keywords. Tak jelas pasal tags-tags, label, kategori…tah apa menatang tuh…

Publish entri pun main hantam saja. Janji jadi entri! Janji jadi blog. Kau orang kalau tak faham, abgreds minta ampun minta maaf.

Punyalah banyak perkataan, yang itu jugalah jadi pilihan. Abgreds nak cakap apa? Kau orang nak cakap apa? Takkan enjin tu tipu…

Kiranya masih samalah, ya? Abgreds attend ceramah tu dah lama dah… lima belas tahun lepas ada…buatkan jadi entri sebagai peringatan.

So, nak cakap apa? Terimalah hakikat ini. orang kita ni memang ada sindrom ketagih judi, nombor ekor, main bomoh-bomoh…

Yang pasti, tetamu khas kita ni dah belajar satu perkara – jangan masuk blog abgreds ni lagi – dia tipu kita…wa ha ha…

Dan statistik dan trafik pun normal balik – terhegeh-hegeh, tersengguk-sengguk…ngeh ngeh… 🙂 🙂

p/s : dah sebulan lebih dok tunggu nak tau camner fungsi terma enjin carian ni, sekali ini yang dapek…ceh…

* entri ini adalah sambungan 3 entri yang terdahulu.

3 calon

“Nombor tiga ni, tuan-tuan, memegang peranan yang cukup-cukup penting”

“Saya nak tanya tuan-tuan, khasnya beliawanis-beliawanis kita ni, siapa yang nak jadi paaaliiing cantik!, hah, ada?”

“Hek eleh,..tersiput-siput malu konon. Ada tu, bukan tak ada. Tak mau cakap saja. Dan siapa pulak yang nak jadi paaaliiing huduh? Yang ni confirm tak dak punyalah…manusia…”

“Baiklah, tuan-tuan sidang hadirin, tiap yang ekstrem, risikonya pun ekstrem. Nak jadi paling cantik contohnya, boleh. Tapi bersiaplah nak kena ngorat lelaki hari-hari. Kena gambo hari-hari…nak macam tuh?”

“Nakkk!”, eh,ada yang menyahut? “Wei, awak jantan memang le nak saja…!”, balas tuan penceramah tersengih.

“Oleh sebab itu, manusia ni lebih cenderung mengambil jalan tengah. Pertengahan. Itu dia keyword untuk kepala nombor tiga ni, tuan-tuan…”

“Pertengahan ni duduk di antara dua keadaan. Biasanya terjadi bila kita berhadapan dengan suatu pemilihan”

“Pilihan ini asalnya dua item saja. Contohnya baik dan jahat. Dan pilhan asal biasanya juga pilihan yang ekstrem sifatnya. Misalnya jahat sangat dengan baik sangat – dua-dua ni susah dan menyusahkan”

“Yang paling selamat, duduklah kat tengah…sederhana…buat baik berpada-pada, buat jahat masuk dalam paper…gitu”

Hadirin tergelak kecil mendengar simpulan bahasa versi si tukang cakap.

“Rasulullah saw. pun selalu ingatkan kita agar bersederhana. Jangan boros, jangan pula kedekut”

“Jangan selalu serius. Masam saja mukanya. Jangan pula asyik berlawak. Nanti kena cop lawak bodoh, ya tak?”

“Ambil jalan tengah. Kejap serius. Kejap ketawa. Ada masa suka, ada masa duka. Hidup pun tak le semacam saja…macam robot pulak

“Ni nak masuk bulan puasa ni. Ingat, sederhanakan bab berbuka tu. Tak payahlah borong juadah hari-hari. Kita nak puasa, bukan puaskan rasa”

Ha ha ha…. masing-masing tertawa. Adalah yang terkena pada diri sendiri tu.

“Secara mudahnya, nombor tiga ini menjadi pemudahcara untuk kita membuat keputusan yang lebih adil, lebih selamat dan meyakinkan”

“Nah, tuan-tuan sedara sedari, kita dah tahu sekarang apa yang disebut nombor kepala ni. Nombor satu apa dia, nombor dua apa dia, dan nombor tiga apa dianya”

“Memang beza sungguh dengan nombor ekor!, tuan-tuan. Tapi amat malang, sebahagian kita di luar sana dah tergelincir”

“Kepala dia orang dok ingat nombor ekor. Haram ke, dosa ke…dah tak pikir agaknya…sedih kita tuan-tuan. Kita harap agar mereka itu akan insaf…”

“Saya harap kita semua dah faham apa yang kita bicara dua tiga hari ini. Tidak ada istilah ilmu ini tak penting, ilmu itu lebih penting..”

“Semua bentuk pengetahuan penting untuk manusia. Semuanya ada manfaat bagi mereka yang mahu…”

“Baiklah, kita sudahi sessi kita dengan bersyukur kepada Allah Taala. Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah, yang buruk itu atas kelemahan saya jua…”

“Sekian, terima kasih banyak-banyak, dan assalamu’alaikum wbt…”

(Tamat)

number* entri ini adalah sambungan 2 entri terdahulu.

Catatan 3 :

“Tuan-puan, sedara sedari…, ini ada satu ujikajilah, ya”.

“Cuba pada suatu masa, kita sorang-sorang pergi dekat bus stand. Lepas tu kita cakap sorang-sorang!. Cuba jer…”

“Lepas tu, kita ketawa sorang-sorang… aaa…ha ha ha, aaa… ha ha ha…- agaknya tuan-tuan, apa orang pikir pasal kita?”

“Ya… tuan-tuan…, dah tentu orang pikir kita ni gi…? …gila…”

“Ada kat sini yang cakap sorang-sorang?”, tanya tuan penceramah.

“Tu yang tengah pegang mic tuh!”. Ha ha ha…berderai tawa di dewan. Tuan penceramah turut ketawa.

“Sapa yang cakap tu, mai sini engkau…”, tuan tukang cakap membalas. Dewan masih kedengaran tawa-tawa kecil.

“Baiklah, baiklah…pandai engkau ya. Sekarang kita pergi pada point kita. Kita dah dapat bayangkan, macamana kalau kita ni hidup sorang-sorang”.

“Memang susah tuan-tuan…, memang susah. Sebab itu Allah swt. beri kita kawan untuk hidup. Ada nombor satu, adalah kawannya , nombor dua. Pentingnya nombor dua ni tuan-tuan, banyak benar, mari kita tengok.”

“Bagi nombor dua ini, keyword dia ialah pasangan. Istilah pasangan ini merujuk kepada maksud ‘ada satu lagi yang berkaitan’.”

“Rujukan ini pula boleh dibahagi dua, iaitu rujukan sebanding dan rujukan silang. Rujukan sebanding adalah yang sama, padan, dan setara. Misalnya satu lelaki dengan satu lelaki, jadilah dua orang lelaki…”

“Manakala rujukan silang adalah rujukan pembeza, dan berlawanan. Misalnya, satu lelaki dengan satu perempuan, jadilah apa tuan-tuan?”.

“Jadi anak!”, sahut seorang. “Ish, sedara ni, jadi pengantin dulu lah…”, sampuk peserta lain. Tuan penceramah senyum saja.

“Betullah tu…apa yang perlu kita faham, bahawa kedua – dua rujukan ini membawa satu peranan yang sama iaitu pelengkap.”

“Allah swt. dah bagi banyak contoh, tuan-tuan. Ada sejuk – ada panas. Ada laki-laki – ada perempuan. Ada betul – ada salah. Ada kaya….ada miskin. Semua itu ada peranan masing-masing”.

“Dalam banyak-banyak contoh tentang dua ini, ada tiga perkara yang amat dekat dengan kita yang bernama manusia ini.”

“Pertamanya ialah tentang Allah swt. dan Nabi Muhammad saw. Kita sedia maklum, seluruh alam ini serta isinya adalah ciptaan Allah yang maha berkuasa. Dan Allah menciptakan seluruh alam ini dengan sebab kemuliaan yang diberi kepada nabi kita itu…”

“Justeru, kita sebagai orang mukmin, mestilah sentiasa ingat kepada kedua-duanya – Allah dan rasul-Nya… sentiasalah berwirid berzikir semampunya, ya tuan-tuan.”

“Jangan asyik lalai dengan dunia ni. Lalai dengan kerja. Lalai dengan pak we mak we, henset, komputer, internet tu…ya?” 

“Dua yang kedua, ialah tentang ibu dan ayah kita. Itulah dia duo yang berjasa. Mereka membesarkan kita, memelihara, mendidik, menjaga… tak terkira kita akan jasa dia orang, tuan-tuan”.

“Hormat dan kasihi mak ayah kita. Tak guna rumah besor, duit besor, keta besor, bini besor…eh bini lawo…kalau kita tak hormat orang tua kita, betul tak Tok Penghulu?”.

Gamat sekejap dewan dengan celoteh tuan penceramah. Tok penghulu terangguk-angguk.

“Tengok tok kita ni, jawatan besor pun sama saja macam kita. Makan pakai sama semua. Barulah namanya pemimpin masyarakat…ya tak?”

Tersengih tok penghulu. Buat-buat tak dengar le konon…

“Dua yang ketiga pula, tuan-tuan sedara sedari…ialah pasangan hidup dan mati. Ini satu lagi ni. Bab hidup okey. Suka kita cerita pasal hidup. Tapi bab mati ni…hei…susah!”

“Kalau saya tanya, esok siapa yang nak hidup? Wah, masing-masing panjang leher. Semua nak hidup. Konpidennn… je ,kan?”

“Kalau ditanya, esok siapa yang nak mati? Huh, mula la tunduk je. Nyorok-nyorokkan muka. Murung je. Buat muka seposen. Apa ni tuan-tuan?”

“Mana keadilan untuk diri kita ni? Tak boleh macam tu. Lepas hidup, kita akan mati. Jadi, kita kena belajar untuk hidup, dan untuk mati. Barulah jalannya tu tegak gitu… ”.

“Macamana nak belajar mati? Ha, yang informalnya, pergilah jenguk sedara-sedara kita yang dah meninggal tu. Ziarahi pusara dia orang…sedekah fatihah…doa, kan boleh macam tu.”

“Ingatlah, satu hari nanti kita pun akan mengikuti jejak mereka tu, kan?”

“Jadi, tuan-puan sedara sedari semua, inilah maksud saya dalam membincangkan tajuk kepala nombor ini. Kita dah tau pentingnya nombor satu. Kita dah tau perihal nombor dua.”

“Insya Allah, kita akan semak yang nombor tiga pada sesi seterusnya, ya. Er… mana tadi yang nak cakap sorang-sorang, marilah ke depan?”

Senyum-senyum semuanya. Entah, aku pun dah lupa yang mana orangnya.   

“Baiklah, baiklah…saya gurau aje. Kita berhenti rehat dulu, ya.”

“Sekian, terima kasih banyak-banyak, dan assalamu’alaikum wbt…”

Kepada pembaca baru, sila baca entri terdahulu berkaitan : Catatan 1 – Nombor ekor, nombor kepala!

 Catatan 2 :nombor

“ Dalam kumpulan nombor kepala ni, ada tiga angka, satu – dua – tiga”

Ketiga-tiganya penting tuan-tuan. ‘Kepala’ lah katakan… memang penting. Ya tak? Cuba tuan-tuan jalan tak de kepala… hahaha… saya pun cabut lari!”.

Seluruh dewan riuh dengan tawa yang banyak. Berdekah-dekah. Tok penghulu yang gigi rongak tu pun tak tahan nak ketawa juga.

“Baik tuan-tuan, sedara sedari, kita terus pergi ke angka satu. Satu ini memang kepala nombor paling besar”, tukang cakap meneruskan ceramah.

“Satu ini, kata budak-budak komputer – keyword dia ialah paling. Perkataan paling. Itulah perkataan kembor bagi angka satu ni…”

“Paling ini ertinya level terakhir. Sehabis peringkat. Tidak ada lagi selepas itu. Jadi, mana-mana perkataan yang di sambungkan dengan perkataan ‘paling’ ini, ia memberi erti ‘yang satu-satunya sahaja’…”.

“Contoh tuan-tuan ya, yang paling pandai-maknanya hanya seorang itulah yang pandai. Kalau ada dua tiga orang, kita namakan ‘antara yang pandai…’, kan?”

“begitu juga – yang paling bangang, paling lawa, paling hensem, paling kaya, paling kayap…. siapa yang paling kaya tuan-tuan?”

“Bill Gates la..”, jawap seorang peserta. “Robert Kuok, raja gula”, sahut yang lainnya. “Sultan Brunei lagi kaya”, kata lagi yang lain.

“Bukan tuan-tuan…”. Tukang cakap menyambung lembut. “Yang paling kaya itu adalah kaya hati…”

Toing…! Kena kat batang hidung aku lah pulak! Dewan turut menjadi senyap. Masing-masing terkesima. Padan muka korang, dan muka aku…ngeh ngeh…

“Kaya hati ni kaya yang paling hakiki. Kita ni bukan kaya hati, tapi kayappp hati!…ha ha …”

Berderai lagi ketawa. Mengetawakan diri sendiri…emh, dah nasib…

“Baik tuan-tuan, sedari sedari…, kita tahu dah bahawa satu itu cuma satu, tak ada dua tiganya. Maka perlulah kita faham, kita tahu, dan kita jaga dia. Kalau yang satu itu kita tak jaga, maka habislah kita…mana nak cari lagi?”

“Apa contoh ‘satu’ yang penting tuan-tuan?”

“Satu ‘anu’ tuan!”, jerit satu suara. Haha… semua peserta dalam dewan ketawa.

“Awak nih…., satu tu jer yang ingat?”, balas tukang cakap dalam tawa yang bersisa.

“Sebenarnya, ada beberapa perkara yang cuma ada satu, yang perlu kita tahu. Saya ringkaskan dengan contoh berikut : satu tuhan iaitu Allah swt. Dialah yang maha esa, tuhan seru sekalian alam”

“Yang kedua ialah satu agama iaitu Islam. Agama yang diredhai oleh Allah swt. Agama yang tinggi dan tiada yang mengatasi”.

“Yang ketiga ialah nyawa. Semua kita ni ada satu nyawa saja. Bukan dua bukan tiga”.

“Kita kena tahu perkara ini tuan-tuan. Kita ditakdirkan untuk hidup. Allah swt. memberi kita nyawa. Dan diturunkan pula al-quran”.

“Jadi, tugas kita sekarang ialah belajar. Belajar tentang nyawa, tentang agama. Belajar mengenal Allah…”.

“Pendek kata, jika kita rasa sesuatu perkara itu cuma satu-satunya yang ada pada kita, maka mestilah kita berusaha mengetahuinya”.

“Kemudian dari itu, wajib pula kita belajar dan melaksanakan hak-hak yang berkaitan perkara tersebut….faham semua?….”

Senyap. Ada yang terangguk-angguk. Ada pula yang tersengguk-sengguk…

“Itulah dia pentingnya kepala nombor – nombor satu – tuan-tuan sedari sedari. Tak ada satu, tak adalah dua, tiga , dan seterusnya”.

“Baiklah, hari pun dah petang. Kita rehat dulu. Esok kita sambung pasal kepala nombor – nombor dua pula”.

“Sekian dulu, terima kasih banyak-banyak, dan assalamu’alaikum wbt…”

nombor

nombor

Tarikh : bila – bila serba boleh

Lokasi : dalam dewan serba guna

Penceramah : tukang cakap serba tahu

Pencatat : tukang catit serba merah tahu!…..

Catatan 1 :

“Okey tuan-puan, sedara sedari, siapa kat sini kaki nombor, angkat tangan?”

“Hai, sorang pun tak de?. Baiknya sedara semua ni? Takkan saya sorang kot?”, tuan penceramah masih mengangkat tangannya.

“Wah, tak baik betul saya ni, kan?…”. Dewan masih penuh dengan dahi-dahi yang berkerut.

“Sedara semua dengar betul-betul. Siapa kat sini kaki nombor…kalau tuan semua tak mengaku, itu bohong.”

“Bangun pagi tengok nombor. Masuk kerja tengok nombor. Balik rumah pakai nombor. Kira bini ikut nombor…ha ha…ni yang ada bini lebih la, kot satu jer nak kira hape?..”

“Jadi tuan-tuan sedara sedari, kita ni kaki nombor. Hari-hari tengok nombor. Hari-hari kira nombor, kira kaki nombor lah,betul tak?”

Satu dewan mula tersengih. Tukang cakap ni lawak jugak ya, bisik sesetengahnya.

“Kalau kita ni kaki nombor, itu betul. Tak salah. Tapi kalau saya kata kita ni kaki nombor ekor, yaaa…itu baru betul kita salah”.

“Ada ke yang kaki nombor ekor kat sini, angkat tangan?”

Sorang pun tak ada?. Wei… baiknya orang sini. Betul ke Tok, tak ada kaki nombor ekor ni?”, penceramah menjeling Tok penghulu.

Tok penghulu sengih-sengih sumbang. Beberapa hadirin terbatuk-batuk kecil.

“Iyelah tu, Tok…, saya percaya. Kalau ada pun, mana nak ngaku. Lagi mahu tanya, nak cari nahas, ha ha …”

“Okey. Kita sambung… nombor ni tuan-tuan, memang ada kepala, ada ekor. Tapi yang dok orang perambat ramai-ramai…tu ha, ekor nombor”.

“Ekor nombor ni duduknya kat belakang kepala nombor. Dari nombor 4 sampai 9, sampai 0 balik. Itulah ekor nombor”

“Tapi kaki nombor ekor ni tamak. Di jamak semua dari nombor 1 sampai 9, sampai 0. Dipusing-pusing. Lepas tu, tikam!”

“Berbomoh berpawang dia orang nak beli nombor ekor. Betul punya bangang. Kalau tok bomoh tu pandai, baik dia tikam sendiri. Boleh dia jadi jutawan . Tak payah kerja jadi bomoh lagi…”

Ha ha…dewan bergema. Tertawa sakan para hadirin mendengar celoteh tukang cakap serba tahu itu.

“Tuan-tuan, sedara sedari,… tak payah lah nak main nombor ekor ni. Memang pun dah dilarang agama. Mudaratnya pun banyak”.

“Banyak lagi cara cari rezeki yang halal dan berkat. Cuba belajar kira nombor, sekurang-kurangnya kita tahu mengira. Tak lah nanti kena tipu dengan orang…”

“Nak expert lagi, belajar dengan Dr. Azizan Othman. Kira nombor tarikh lahir. Untung-untung bakal jadi jutawan!”.

Dewan agak riuh rendah, tawa bicara sama sendiri. Dan hari semakin petang. Sessi kali ini hampir ke hujung waktu.

“Eh, saya belum sampai point dah habis masa? Saya nak cerita pasal kepala nombor. Dok cerita nombor ekor memanjang, dah habis masa. Jadi, kita tutup dulu tajuk ni, ya”.

“Insya Allah, pada sessi akan datang, saya akan highlight pada tajuk kepala nombor. Tajuk yang lebih penting dari ekor nombor ni, atau nama glamernya nombor ekor”.

“Tuan-tuan, sedara sedari, balik dulu. Rehat cukup-cukup. Ingat, jangan tikam nombor ya, berdosa”.

Jadi kaki nombor – OK! Jadi kaki nombor ekor – KO!….haha…”

“Sekian dulu, terima kasih banyak-banyak dan assalamu’alaikum wbt…”


Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 56,770 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my