Blog Abgreds

Posts Tagged ‘selamat hari raya

Sempena aidil fitri, saya berkesempatan menziarahi sanak saudara di sekitar Johor Bahru kelmarin. Perjalanan yang agak jauh bagi saya.

Memperuntukkan waktu perjalanan lebih kurang 2 jam pergi dan 2 jam balik, dan 2 hari 2 malam tempoh ziarah, saya berdoa agar jentera usang kancil 660 saya tidak bermasalah. Baca baki entri ini »

Sebagai hamba kepada yang Empunya, pantas sekali untuk Dia menguji duga akan ciptaan-Nya sebagaimana pun jua.

Lebih-lebih lagi Dia telah berjanji pada suatu masa nanti, segala ciptaan-Nya akan di timbang sukat mencari yang mana yang hitam mana yang putih suci.

Begitu juga kita sebagai penghuni di dunia yang fana ini. Segala-galanya ada aturan ada anutan. Ada PR sebagai aras tandaan…

1. KA : MerdeKA.

Kesampingkan seketika masalah diri. Renung sejenak si ibu pertiwi. Tentang damainya. Tentang amannya. Tentang merdekanya.

imej dari googleIya, pentafsiran merdeka bisa saja berbeda. Kita manusia memang demikian sukanya. Namun terbatas di titik yang sama. Iaitu bahawa merdekanya kita suatu anugerah-Nya!

PR bagi merdeka tersangat luas. Negara terlepas dari penjajahan yang buas. Memerintah sendiri tentulah bebas. Namun rintangan begitu keras!

Berdoalah kita semua. Moga merdeka sepanjang usia. Ibu pertiwi tanah air tercinta. Akan kupertahan ke hujung nyawa!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan!

2. YA : RaYA.

Ramadhan sudah sampai ke hujung. Pencinta Allah sedih dan murung. Waktu yang berkat akan berlalu. Bagaimana PRnya aku dan kamu?

Syawal kembali menjengah hari. Untuk gembira untuk dirai. Maaf memaafi eratkan silaturrahmi. Itu lazimnya PR aidil fitri.

Aturan Allah sesungguhnya indah. Ada masa berlapar, ada masa melantak juadah! 🙂 Bagi sikecil lebih meriah. Perutnya kenyang poketnya mewah!

Abgreds menyusun sepuluh jari. Salah silap harap dimaafi. Dipanjangkan umur berjumpa lagi. Kehadrat Allah kita syukuri…

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri!

3. PR : PR 3

Blog Abgreds nama diberi. Setahun sudah ia beroperasi. Mencatat nukilan secara peribadi. Tiadalah canggih tiada sensasi…

Bicara santai tajuk pun bantai 🙂 . Banyak merapu, merepek, dan melepek 🙂 . Membuang masa korang yang pandai. Lebih baik korang makan kerepek! 🙂

Blog ini bukan istimewa. Anehnya ia dapat PR juga. Abgreds tak tau apa indikasinya. Alih-alih dapat PR 3. Iye kerrr…..

Bukan hendak membanggakan diri. Cuma nak beri kredit dan dedikasi. Tanpa korang apakan jadi? Abgreds gila cakap sorang diri! 🙂 …

TERIMA KASIH UNTUK KORANG SEMUA…!!!
TERIMA KASIH UNTUK KORANG SEMUA…!!!
TERIMA KASIH UNTUK KORANG SEMUA…!!!

Errr…nak tanya juga ni, agaknya PR kita bagi Allah berapa ye? Macam tak de PR jer… :(. Baik aku dan korang congak-congak seketika. Muhasabah diri kawan! Ingat kawan-kawan… :

                       PR ALLAH TAALA LEBIH PENTING DARI PR GOOGLE! 🙂

Selamat Mengira PR Korang Semua!

Mula-mula kawe (kawan) mintak izin nak cilok tokey Mail punya gantinama okey. Kawe dah lama teringin tulis macam nih.  Boleh tokey? Mintak halal tokey ya…

Satu hari sebelum raya

Ko main jauh-jauh Red. Ko tak tau. Ko kecik lagi.” Abe Man macam biasa memang eksen dengan kawe. “Ko nengok nih…susah ni…kena macam ni…macam nih…”

Eleh…setakat sapu-sapu macam tu kawe taulah…bisik hati kawe.

“Ha…dah siap. Ko jangan usik mende nih. Bahaya! Kang tangan ko tebako (terbakar).” Ujar abe Man. Matanya sengaja dibeso-besokan tengok kawe.

Eleh…ingat kawe takut ke..tembak kang dengan pistol air baru tau!, bisik hati kawe sambil jeling-jeling takut… 🙂

Petang tu kawe datang situ. Memang hajat kawe nak try buat kerja tuh. Bukan susah mana pun. Kang raya tahun depan dah boleh buat sendiri.

Dah tak de orang ni, bisik kawe lepas tengok keliling. Pelan-pelan kawe ambik tin tertulis ‘VARNISH’ tu dengan berus sapu dia. Kawe pun mulalah…

Dapat sapu dua tiga round, adik kawe datang. “Abang buat apa tu?”, tanyanya.  “Mana buat apa. Abe nengok jer…”, balas kawe. “Eleh…adik nampak…”

Ahh… Kawe pedulik hape… Kawe buat deekk aje…

Satu hari di hari raya

Kawe tengah makan pagi tuh. Tiba-tiba kawe dengo abe kawe jerit “ni sape punye keje ni !! Abih dah seluar aku !”

Semua pakat pergi depan. Abe Ari tengah marah-marah. Terpusing-pusing kepalanya menengok punggung seluar dia. Sebelah tangan pegang telefon.

“Apanya?” tanya mak tak paham. “Ni ha… mak nengok nih. Berbelang sudah seluo aku. Seluo mahal nih…” suara abe Ari separuh marah separuh sayu.

(Sebelum tu ada bunyi telefon. Telefon tu kat ruang tamu sebelah kerusi kayu. Sape-sape yang dapat call gerenti duduk kat situ).

“Man oo Man…mai sini. Ko tengok ni. Kata ko dah kering semalam…” Abe Man cepat-cepat jawab “ehh…semalam dah kering lah!”

“Tengok nih..tengok nih…mana ada…” abe Man duduk kat kerusi yang lain dua tiga tempat. “Tak de belang pun”

Abis yang nih…?!” tanya abe Ari. “Mana aku tau!”

Tiba-tiba adik kawe nyampuk “adik tau… adik tau…!” Alamak!…baru kawe ingat adik kawe ada kat sebelah semalam….aiseyman…

“Abe Red yang buat…abe Red…”

Demi mendengar je nama kawe disebut, apalagi, sepantas kilat kawe lompat ke tanah ikut pintu dapur. Kawe lari sekuat-kuat hati walaupun tak laju mana.

“Red!! Nak ke mana tu?! Siaplah ko nanti..!!” Sayup-sayup dengo jeritan abe Ari. Kawe dah kecut teloq nak toleh 🙂 .Lari jer…

Cis…macamana boleh tak kering pulak? Takkan sapu petang-petang tak kering….adeehhh… Dan kawe terus lari dan lari di pagi aidil fitri….

Kira-kira dah jauh, kawe pun rehat. Penat siott…tengok keliling… ahh sudah…kat mana pulak kawe ni??

Errr….. cuba korang teka kat mana kawe raya hari tuh…..yiiiiihaaaa…

*        *          *

Entri raya spesel untuk Encik Mail di http://dululainsekaranglain.com/maklumat-dan-notis/cabaran-blogger-satu-hari-di-hari-raya …dan untuk teman-teman yang lain juga… 🙂

Sesekali terdetik di hati saya, apakah berbaloi pengorbanan ini? Beberapa waktu saya terkorban depan skrin komputer?

Sesekali terasa juga, apakah faedah pengorbanan anda? Beberapa waktu anda terkorban depan komputer juga?

Apakah entri saya ada manfaat untuk para pembaca? Atau mungkin merugikan serta mensia-siakan masa pembaca di sini?

Sememangnya saya cuma manusia biasa. Cukup sedar akan kelemahan dan kekurangan diri.

Dan saya amat sedar, ada ketikanya, saya membuatkan anda kecewa. Tulisan yang biasa. Kisah yang serupa. Entri yang entah apa-apa!

Makanya saya telah membuatkan pengorbanan masa anda berkunjung ke sini adalah sia-sia. Hanya merugikan anda sahaja!

Barangkali pula ada yang berasa tidak faham, keliru, tersalah erti, bahkan mungkin berasa dipermainkan oleh tulisan saya, mana tahu?  

Tiadalah apa yang dapat diperbuat oleh saya. Kita boleh merancang, Allah yang menentukan. Pasti ada hikmahnya.

Di atas kekurangan dan kelemahan itu, saya bermohon maaf kepada anda semua. Sungguh bukan niat saya untuk membuatkan kesia-siaan itu.

Interaksi berblogging sebegini rupanya saling mengertikan erti pengorbanan. Sama-sama berkorban masa menulis dan membaca artikel.

Saya korbankan masa untuk menulis. Anda korbankan masa untuk membaca. Jika ada cacat, cela, kurang, lemah dalam interaksi itu, kita korbankan saja!  

Ambil yang baik, buang yang buruk. Mudah-mudahan kita semua beroleh manfaat dari surat-surat tulisan kita ini.

Oh ya, jangan lupa mengulang baca kisah pengorbanan tersohor Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Sungguh Allah telah mengangkat darjat mereka berdua…

Untuk semua pembaca blog ini, abgreds ucapkan Selamat hari raya korban…

imej dari google

Minggu lepas bersusun senarai rumah terbuka. Sabtu dan ahad penuh. Hari sabtu, memang aku terjah. Dapat dua tiga rumah, aku dah mengah.

Syukur aku dapat rasa makan free macam ni. Juadah pun enak banget! Naik boroi perut. Hari ahad? Wei, tak larat nak perambat rumah terbuka lagi. Aku hantar sms minta maaf. Aku ada rancangan lain.

Aku pergi ke satu daerah dan terjah rumah-rumah kenalan aku kat situ. Ada la empat lima buah jugak. Yang istimewa, kenalan aku ni merupakan kawan bapak angkat aku. So, semuanya warga emas, umur 60 lebih.

Ironis sungguh. Kalau sabtunya aku melantak makan kaw-kaw, dengan majlis yang happening, ahadnya cukup simple.

Ada satu keluarga tu, dah berkebun pun dia orang…haha…aku sampai saja, yang suami tengah tanam apa entah. Yang si isteri tengah merumput.

Dia orang dah tak beraya dah. Kuih pun ala kadar. Tapi dia orang hati baik. Last-last dipelawa aku tidur rumah dia orang. Alamak, aku datang nak beraya lah pak cik! Baik-baik aku tolak pelawaan tu…

Rata-rata sama saja keadaan dia orang. Pasangan warga emas yang serba susah. Hidup miskin. Rumah pun usang. Tinggal sendiri atau berdua. Ada jugak yang berteman anak cucu seorang dua.

Ada pula yang makin uzur dan sakit. Jalan bertongkat. Kurang jelas melihat dan mendengar. Begitulah, sedikit demi sedikit nikmat diangkat.   

Aku bukan apa. Menziarahi warga emas ini menyejukkan hati aku. Banyak yang mereka kongsi cerita dengan aku. Banyak ilmu dan teladan kat situ.

Aku teringat, kita ni selalu berdoa mintak umur panjang. Tapi belajar berumur panjang yang betul tak mau. Jenguk orang tua tak mau.

Jadi, kalau kau orang ada orang tua, atau kenal kawan-kawan orang tua kita, jenguklah mereka. At least dapat membuka minda kau orang.

Aku sendiri terbayang macamana kalau aku berada di tempat mereka. Tiada yang melawat dan menceriakan aku. Alamak! Terkedu aku sioott..

Yang penting, aku lebih rasa gembira bertamu kepada mereka daripada menerjah rumah-rumah terbuka.

Eh, esok dah sabtu lagi. Ada lagi rumah terbuka…aduuhhh…sabor jer.

selamat hari raya

imej: epicworld.com

Salam Ramadan semua. Ini entri terakhir abgreds sebelum raya. Tiada cerita, cuma ucapan selamat hari raya kepada semua.

Jika ada yang masih sudi menjenguk blog ini semasa abgreds cuti, bolehlah belek – belek entri lama. Mungkin ada manfaat yang berguna.

Abgreds dengan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua. Abgreds juga memohon ampun maaf atas salah silap abgreds sepanjang menulis diblog abgreds.

Di samping itu, jangan lupa kita masih di bulan ramadan yang mulia. Masih ada waktu yang berkat yang perlu diisi sebaik-baiknya.

Salam aidil fitri untuk anda semua.


Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 63,806 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my