Blog Abgreds

Posts Tagged ‘teman

Syukur alhamdulillah, seminggu sudah aidil fitri disambut oleh umat islam. Mudah-mudahan pengisiannya dapat kita laksanakan menurut syariat.

Antara memori indah penulis kali ini ialah pertemuan semula rakan-rakan persekolahan dulu yang ada antaranya sudah berbelas tahun tidak ketemu.

Sebaik bertentang mata, ingatan penulis langsung mengimbau pelbagai peristiwa dan kenangan yang pernah dilalui saat bergelar pelajar bersama dengan rakan-rakan tersebut.

Kami bersembang panjang tentang diri masing-masing. Memang tak cukup masa. Tapi cukup memadai untuk merungkai rindu kepada mereka yang Allah takdirkan bagi kita sebagai SAHABAT.

Sahabat ialah orang yang sangat kita percayai. Seorang yang menjadi diri kita yang kedua. Yang sanggup bersusah payah dan berkorban untuk kita.

Penulis pernah bertemu seorang guru yang mengungkapkan betapa pentingnya peranan sahabat bagi seseorang.

Mengambil contoh dari riwayat Rasulullah, Nabi sendiri berkenan mengangkat sebilangan pemeluk Islam awal sebagai sahabat kepada Baginda.

Sokongan keluarga memang penting. Namun jika tiada para sahabat, tugas Baginda untuk berdakwah tentu menjadi lebih sukar.

Para sahabat Bagindalah yang mewarisi kitabullah dan segala macam sunnah untuk disebarluaskan di kemudian hari.

Para sahabat Bagindalah yang bekerja keras dan bertungkus lumus berusaha agar syiar islam terus berkembang dan ke seluruh alam ini.

Atas usaha para sahabat itulah jua kita dapat mengenal Allah dan mengecap kemanisan iman dan taqwa di bumi nusantara sekarang ini…

Ala, kisah pasal kawan saja? Bagi penulis, setiap peristiwa ada hikmahnya. Tidak mengira kecil besarnya, penting tidaknya, semua terkandung ilmu yang sangat tinggi.

Seharusnya kita insaf, apa jua peristiwa yang berlaku di sekeliling kita adalah dengan takdir Allah. Sudah tentu ada ‘sesuatu’ yang menjadi bahagian kita.

Setidak-tidaknya, kita terfikir perihal persahabatan kita. Adakah kita punya sahabat? Bagaimana kita menjaga persahabatan dengan teman-teman rapat kita?

Adakah kita waktu ini tidak punya sahabat sejati? Jika tiada, kenapa? Kenapa orang lain sukar berkawan dan bersahabat dengan kita?

Adakah boleh sahabat di alam siber ini menjadi sahabat di alam realiti? 🙂
Tentu saja boleh asal ada kemahuan…kan?

Seperti kisah kawan penulis ni… http://familiazam.com/dari-alam-maya-ke-alam-nyata.html

 

“Tak sempurna itu adalah kesempurnaan manusia. Tak salah dan tak silap kita tersalah dan tersilap…”

Ini kali kedua entri berdasarkan satu komentar yang aku tulis di blog orang lain. Komentar ini aku tulis di blog Kakcik Seroja http://kakciknurseroja.blogspot.com/2011/03/bila-jari-dan-otak-tidak-sekata.html tidak berapa lama dulu.

Bertepatan pula dengan suatu insiden yang sungguh mendalam terjadi dalam hidup aku, aku teringin untuk mencoretkannya kat sini.

Sedikit sebanyak akan berlaku kesalahfahaman orang terhadap perkataan dan perbuatan kita. Itu sangat mudah terjadi dan amat banyak pemudahcaranya.

Yang mengesalkan aku adalah apabila kesannya itu berlanjutan hingga mencapai hilangnya kepercayaan secara total.

“Aku hampir hilang kepercayaan terhadap engkau Red…”

Itu kata bicara seorang kawan aku tak lama dulu. Bermula dari perselisihan yang sekelumit cuma – bagi pendapat aku.

Dia kecewa kerana aku gagal menjawab beberapa perkara yang menjadi kemusykilan di benaknya. Barangkali jawapan aku tidak sama dengan pengharapan dan doa baginya. Aku tidak tahu.

“ Kata sekolah pandai. Kata ngaji pandai. Tengok rajin sembahyang…”

Sambung kawan aku memuaskan hatinya meluahkan persepsinya terhadap aku. Aku biarkan saja. Namun hati aku mula terasa.

Aku bukan terasa dengan kawan aku tu. Itu hak dia untuk melihat aku dengan caranya. Tapi aku terasa dengan perkataan dia.

Kata-katanya yang secara langsung mengaitkan guru-guru aku begitu mengesankan. Bukan salah dia sama sekali.

Tetapi akulah yang sememangnya harus memikul beban salahfaham tersebut. Kata-katanya menyedarkan aku betapa besar dan berat tanggungjawab seorang manusia yang mengaku islam dan beriman.

Tingkahlaku dan perkataan aku tentu saja diperhati dan diteliti, terutama oleh mereka yang dekat hidupnya denganku.

Di satu sisi, aku kesal kerana tidak dapat memberikan cerminan yang terbaik buat kawanku itu. Suatu tanggapan yang tentunya kurang enak sudah menguasai akal fikirnya. Ah, aku tidak dapat mengubah kenyataan itu.

Namun di satu sisi, aku fikir ini satu peringatan dari-Nya juga. Satu petanda untuk mengejutkan aku yang sudah alpa dan leka.

Seharusnya aku giat untuk terus berusaha memperbaiki diri. Peribadi luaran dengan pengisian dalaman sepatutnya sama sejalan. Tidak berlebihan dan tidak berkurangan.

Aku tahu, sebagaimana aku meletakkan kepercayaan kepada beberapa orang teman, seperti itulah kawanku itu percaya kepadaku.

Dan kepercayaan itu sendiri bukan diundang dan bukan dimimpi. Ia datang dari keikhlasan hati pemberi dan penerima.

Justeru, suatu wajaran tertentu harus dirujuk bila berlaku perselisihan faham. Janganlah sampai berpatah arang berkerat rotan. Ini cuma kehidupan yang fana.

Kawan, aku seorang manusia biasa. Bukan bijak pandai menelaah tandatanya. Aku manusia tidak sempurna. Kadang tersalah kadang terlupa.

Tidak mengapa kawan. Kau tetap kawan aku sampai bila pun.

Selisih tetap selisih. Faham tetap faham. Kawan tetap kawan okey…

Apa yang terjadi akan terjadi dengan ketentuan Ilahi…

“Depan rezeki ni, abg Red aku cerita. Bukan nak mengajar ke apa ke…tak ada. Betul-betul pengajaran buat aku bang…”

“Masa aku jumpa doktor, doktor tu pun terkejut. Eh, dua ratus lebih ni. Macamana awak boleh ke sini? Biasa macam ni dah tumbang dah…”

“Aku jawablah, doktor tak payah tanyalah…itu semua kan kerja Allah. Orang sihat pun boleh mati. Doktor buat jer kerja doktor..”

“Aku lalu ditahan dan di masukkan ke wad. Macam-macam kes ada. Ada yang darah tinggi macam aku ni. Ada kencing manis dan lain-lainlah…”

“Abang Red tau, wad tu rupa-rupanya untuk kes kronik. Aku dah termasuk kronik juga. Aku kat wad tu tiga hari”

“Tapi dalam tiga hari itulah aku rasa ajal aku dah dekat, bang. Pesakit dalam wad tu sorang-sorang ‘pergi’. Kejap kiri, kejap yang kanan…”

“Nanti ganti pesakit lain, macam tu juga. Kalau nampak ada ahli keluarga dah sain borang tu…alamatlah…tak lama akan diusung keluar…”

“Betul-betul aku insaf, bang. Dah tak ingat apa lagi dah. Ingat mati jer. Ingat dosa aku yang banyak. Ingat nak ngadap ajal…takut bang…”

“Ada sorang pesakit tu, dah berenti dah jantung dia. Doktor buat renjatan elektrik. Dua tiga kali aku tengok dadanya ditekap lalu terangkat-angkat”

“Tak lama lepas tu, aku pergi tengok dia. Aku cuit la beberapa kali- bang…bang…senyap..tak ada respon.”

“Aku cuit lagi…bang-bang…lama-lama dia buka mata. Dia tengok aku atas bawah atas bawah…eh, AKU HIDUP LAGI?…tanyanya kat aku…”

“Aduhh…berdebar aku. Dengan kepala yang berdenyut-denyut, badan dah tak  bermaya, tenaga dah tiada…agaknya akan tiba masa aku pula?”

“Di depan aku terasa ajal sedang menanti. Malaikat Izra’il sedia menjemput…hanya menunggu sampainya masa…”

Demikian luahan hati seorang teman. Patutlah sudah lama saya tidak ketemu dengannya. Rupa-rupanya sedang berjuang dengan nyawa.

Bukan dipinta nasib sebegitu. Siapalah yang mahu derita sengsara? Namun takdir bukan di tangan hamba. Ia mutlak milik Yang Esa.

Teman itu memelihara ibunya yang sudah uzur. Dengan pendapatan yang tidak seberapa, mungkin sedikit menjejaskan sabar tabahnya.

Mungkin juga untuk memberi insaf akan dirinya, serta kita sebagai manusia, maka diujikan Allah dengan pengalaman begitu.

Hidup ini penuh kematian. Mati hati, mati jiwa, mati semangat, mati jasad…namun kita sebagai mukmin dan muslim punya Allah yang Maha hidup,  punya nabi yang amat pengasih.

Itulah iman kita. Itulah tujuan kita. Hidup ini hanya sementara. Akhirat jualah yang kekal selama-lamanya…

Raya kali ini, aku jumpa dengan salah seorang sahabat yang aku rindui. Dia seorang rakan sekelas aku yang sangat rapat masa sekolah dulu.

Dia pun katanya rindu juga nak jumpa dengan aku. Berpeluk-peluk aku masa dapat jumpa dengan dia. Syahdu beb…

Semua kenangan lalu semasa aku rapat dengan sahabat aku ni terbayang sebaik aku menatap wajah dia.

Aku sebenarnya bukan ada ramai kawan. Yang ada ni pun kawan biasa saja. Tapi kawan yang aku anggap sahabat memang sikit – boleh kira pakai jari.

Betul. Sahabat tu pangkat yang mahal dalam silaturrahim. Cikgu aku cakap, sahabat tu adalah diri kita yang kedua.

Seorang sahabat boleh mengingati diri sahabatnya yang lain, sebagaimana dia mengingati dirinya sendiri. Nah, bukankah sahabat itu istimewa sifatnya.

Dalam sesetengah keadaan, kedudukan sahabat lebih utama dari kedudukan keluarga. Para ulama juga memuliakan para Sahabat nabi, berbanding keluarganya, terutama dalam aspek perluasan kuasa empayar Islam.

Aku dengan sahabat aku ni dah lima tahun loss contact. Telefon dia rosak jadi puncanya. Sekali dia pergi format, hilang semua nombor dalam tu.

Sepanjang tempoh itu, aku cari dia, dia pun cari aku. Sekali raya tahun ni, huhu…dia boleh beraya sorang-sorang semata-mata nak jumpa aku…

Anak isteri dia raya kat Klang. Sahabat aku ni pulak balik Muor sorang – sorang sebab nak jumpa aku… Woo…terharu aku beb.

Sahabat, kalau ko baca cerita aku ni, mesti ko dapat teka siapa abgreds. Ko jangan kepoh ye. Aku ni pemalu! Ngee… 🙂

Terima kasih ko sahabat. Ko memang sahabat aku paling ngetop kat Muor ni. Nanti aku belajo nak jadi sahabat ko yang ngetop pulak okey?

Salam syawal untuk engkau, Sahabat!

Label: , ,

Tidak semua perkara kita ketahui secara tepat. Bukan semua cerita diberitahu dengan terang dan nyata.

Sebahagiannya tersembunyi. Sebahagiannya bersembunyi. Sebahagiannya disembunyikan. Kerana apa? Sebab ia adalah satu misteri…

Kita adalah penyeri misteri. Kita ada intuisi, gerak hati, dan mimpi serta realiti. Kita bersikap suka mengambil tahu, mencari erti dan belajar ilmu.

Semakin banyak yang kita tahu, semakin banyak rupanya yang kita tidak tahu. Dan semakin tinggi semangat untuk mengetahui apa lagi perkara yang kita tidak tahu itu.

Tiba di satu peringkat, kita sedar itu di luar keupayaan kita. Maka di situ, perkara itu menjadi misteri bagi kita. Kita ingin benar mengetahuinya. Tetapi tidak upaya. Ia misteri. Ia rahsia.

Kita semua adalah sama serupa. Di antara kita menjadi misteri satu sama lain. Kerana kita ada rahsia kita sendiri.

Siapa saya? Siapa anda? Adakah saya boleh mengenali anda, lebih dari anda kenal diri anda sendiri? Tidak boleh.

Tetapi cukup menarik untuk belajar dan melihat seri misteri ini. Semua orang ada skema sendiri, sejauh mana dirinya ingin dilihat misteri oleh orang lain.

Dengan kata lain, sejauh mana dia membenarkan dirinya dikenali oleh orang lain. Cukup sekadar kenal? Mungkin boleh menjadi teman tapi mesra? Atau sebagai calon dot dot dot? Sangat variasi. Penuh kreativiti. Penuh misteri!

Adakah saya misteri bagi anda? Sedikit misteri? Terlalu misteri? Atau tidak misteri langsung…! Haha… anda teka anda dapat!  🙂

“Jangan buat semua yang anda mampu, jangan percaya semua yang anda lihat, jangan cerita semua yang anda tahu, jangan simpan semua yang anda dapat.”

Itu kata-kata si bijakpandai. Cuma baris yang akhir itu saya tambah sendiri sempena bulan ramadan yang mulia ini. Sekadar buat renungan.

Misteri misteri juga. Tetapi ia hanya seri hidup manusia. Hakikatnya, kita sebagai umat islam adalah bersaudara antara satu sama lain.

Dan bagi Allah swt., tiadalah satu apa pun yang menjadi misteri…

Sesungguhnya Allah Taala itu Maha Adil bagi setiap hamba-Nya…

p/s :  skrip ini adalah hasil semasa belajar fungsi ‘tab’ dulu. Pakai Komputer ‘baring’.  Moniternya tercongok kat atas.  Buka komputer pakai database dia…


Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 63,806 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my