Blog Abgreds

Cikniza90 & propaganda kristian.

Posted on: 6 Januari 2011

Usaha memurtadkan ummat islam telah, sedang, dan akan sentiasa berjalan dari masa ke semasa. Kita sentiasa perlu waspada.

Sebelum itu, sesiapa yang bernama Niza tu jangan terkejut pula. Bukan anda orangnya. Cuma nama anda telah ‘terpilih’ untuk dakyah berkenaan.

Cikniza90 adalah nick name dalam shoutbox di salah satu blog yang saya lawat. Tanpa sebarang prejudis, saya tekan untuk membukanya.

Nah, saya sudah memasuki laman web aktivis kristian. Butang undo nya dinyahaktif. Bererti, saya perlu teruskan untuk menekan next.

Saya pasti jika berbuat demikian, saya akan mula membaca dakyah kristian yang ada di situ seperti mempelajari bible, dan lain-lain lagi. 

Lantas saya menekan butang ‘x’ dan keluar. Persoalannya, jika diketemui oleh mereka yang tidak tahu, kurang ilmu, atau bersikap suka-suka ingin tahu, bukankah itu merupakan satu perangkap menyesatkan akidah?

Inilah salah satu sisi dunia siber yang perlu diawasi oleh kita sebagai pengguna dan pengamal media internet.

Sudah banyak sebenarnya cara dan kaedah yang digunakan oleh para aktivis kristian ini untuk berusaha memurtadkan ummat Islam.

Belajar untuk mengetahui agama yang lain pada dasarnya tidak salah. Namun terdapat pengkhususan ilmu dan bukan terbuka untuk orang awam.

Sebagai umat yang mengaku Islam, maka sewajarnya meletakkan Islam sebagai keutamaan dalam setiap segi kehidupan.

Belajar dulu tentang Islam. Belajar dulu yang fardhu ain. Sesudah itu belajar pula ilmu fardhu kifayah. Banyak lagi yang kita belum faham sebenarnya.

Saya fikir mempelajari tentang Islam saja sudah tidak kesampaian, tidak kehabisan dan senantiasa ada yang terkini. Islam itu dinamik.

Tidak perlulah kiranya kita sebagai orang awam ingin tahu atau ingin menguji ketakwaan diri dengan cuba mempelajari akidah lain selain Islam ini. Lebih tinggi mudharatnya dari manfaat.

Saya menyeru terhadap pihak yang bertanggungjawab agar dapat menjalankan tugas mengawasi perkembangan dunia internet dengan lebih teliti.

Saya pernah terjumpa blog yang menunjukkan betapa terancangnya pihak kristian ini cuba menyebarkan dakyah mereka di negara ini.

Semua data kependudukan tepat dan terkini siap dengan taburan penduduk, anutan agama, pola pekerjaan dan sebagainya.

Semua cukup berstrategi menjalankan dakyah mereka. Dan yang penting, mereka mensasarkan umat Melayu untuk dimurtadkan.

Saya kira kita semua perlu lebih waspada dan peka dengan persekitaran kita. Yang baik dan yang batil cuma bersebelahan saja.

Nampak sama. Nampak serupa. Sukar dibaca dan susah dibeza. Waspadalah saya dan anda semua. Kata ustaz Pahrol, kuatkan fikir, tingkatkan zikir !

Update 4.00 pm : sila baca penjelasan sdr. Hisyam : http://arraubi.blogspot.com/2010/04/jangan-salah-taip-url.html

Terima kasih atas penjelasan sdr. Hisyam. Saya minta maaf jika terdapat kekeliruan sebelum ini…

30 Respons to "Cikniza90 & propaganda kristian."

Assalaamu`alaikum abgreds.. Mungkin ada benarnya cikniza90 telah tersilap menulis url yang sepatutnya dalam shoutbox abgreds, tapi kita tidak boleh menolak kemungkinan yang propaganda kristian untuk memurtadkan kita sememangnya ada. Buktinya, saya pernah beberapa kali diajak untuk memperbincangkan isu agama oleh orang-orang tertentu yang mungkin mempunyai maksud tersirat disebaliknya. Bukan takut akidah akan terpesong dengan propaganda mereka, tapi seperti yang abgreds katakan, ilmu Islam itu besar. Ada banyak lagi yang perlu dipelajari sebelum cuba membahaskan agama yang lain. Berhati-hatilah.

Wa’alaikumussalam wbt. MM..
Saya yakin itu memang salah satu propaganda kristian MM. Berdasarkan keterangan sdr. Hisyam yang saya link kan di situ, saya fikir itu memang salah satu gerakan dakyah mereka.
Betul MM, saya juga berpendapat ilmu dalam Islam itu sendiri cukup luas dan berkembang untuk sentiasa dipelajari dari masa ke semasa.
p/s : ada lagi yang tersilap taip url dan memasuki shoutmix saya..aduhai..bertenanglah masa taip url kawan-kawan..

Saya pun dah terkena.Tak guna punya orang!!!Ingatkan Cik Niza mana!

Sabo jer O’hara…
Itu resam dunia siber yang serba kemungkinan dan kemungkiran..🙂

info yg bagus…tenkiu abgreds…

wah, bahaya..

Betul Lan…ko musti ambik tahu ok..

sebenarnya benda ni dah lama saya perasan..cuba abgreds taipkan http://www.abgreds.logspot.com..akan keluar laman web bible tu..jangan lupa buang “b” jadikan logspot sahaja..hasilnya memeranjatkan…

Memang dah lama Man, aku jer yang tak tau..maklum le baru buat blog..
Apapun ia satu perkara yang kita semua kena peka dan kena ambil tahu..

Bukan dakyah Kristian shj yg perlu diawasi. Kader2 Yahudi ada di mana2. Pujuk rayu dgn hiburan, muzik, ekonomi, sosial, politik, pendidikan dlm dan luar negara, di alam siber dan di alam nyata. Sekeliling kita penuh dgn manusia yg kian jauh dari tali agama Allah swt. AlQuran hanya utk manusia2 yg beriman…. Mohon petunjuk Allah swt. Permisi.

Salam Mamawana…
Komen yang bagus dan bernas. Sememangnya keliling kita dipenuhi elemen dan kesesatan beragama dan kemusnahan akhlak. Justeru, setiap masa kita perlu mengingati Allah dan memohon pertolongan-Nya untuk berhadapan dengan semua itu..
Terima kasih atas kunjungan dan ziarah anda.

Saya rasa tak boleh jugak nak salahkan depa sebab mahu kembangkan ajaran mereka. Kita pun ada group tabligh, dakwah dan sebagainya.

Sebaliknya kita sebagai umat Islam wajar berpesan-pesan dan mencukupkan diri dengan ajaran agama kita. Ulamak kita juga perlu sepakat dalam memberikan fatwa dan tafsiran agama.
Kerana ulamak kita bertelagah, ramai umat Islam yg cuba jadi pendai2 nak tafsir Al-Quran dsb.

Bhs Arab tak reti, jawi tak leh baca tetapi google je internet cari sumber. Ada yg eksyen lagi tulis artikel keagamaan dan kritik sana-sini. Entah betul atau tidak sumber yang dirujuk..wallahulam..

Terima kasih bagi pendapat.

Menurut sdr Hisyam dalam entrinya, ada juga bantahan di kalangan sesama dia orang, sebab cara ini juga termasuk cara yang salah dan seperti manipulasi…namun tetap diteruskan juga…

Setuju bahawa golongan ulama sepatutnya lebih proaktif untuk mewujudkan situasi kesepaduan antara umat Islam. Hari ini suara ulama seperti kurang kedengaran dan kurang menyerlah..sedih…

Setuju juga tentang penulisan artikel keagamaan itu. Itu sebab saya jarang mengetengahkan petikan ayat atau hadis. Saya cuma sentuh secara umum dan pendekatan secara bercerita.

dahsyatkan kristian ni…mana2 ade dia…untuk menyesatkan kita…kalau kita lemah agama pasti terjerumus ke arah yang tak sepatutnya…

Itu dah memang kerja dia Omu…kita ni yang patut lebihkan usaha memahami Islam dan lebihkan praktiknya..

singgah sbentar fr blogwalking!!..
info yg bagus…baek tuk dkongsi…

Terima kasih singgah Mior..

ish macam-2 skang ni
menakutkan

Kena waspada lebih jer Cik Aienz… ambil tahu mana yang patut..

Salam…
Pernah jgk keluarkan n3 ttg benda ni di sini

http://azilas.blogspot.com/2010/06/tersalah-destinasi.html

Sebenarnya pihak kristian telah dan sanggup habiskan wang untuk membeli blogpot.com, blogpsot.com dan macam2 lagi huruf yang hampir sama dgn blogspot.com dan kadang kala buat kita tersasar.
Kecuaian kita sbg blogger juga tak dapat dinafikan.kita lazimnya cuai dalam menaip url menyebabkan ianya melencong jauh.

Dalam blog yang saya jumpa dulu, semua maklumat ‘musuh’ dia orang (umat Islamlah) tersusun rapi dalam fail. Setiap negara, negeri, daerah…semua ada.
Dia orang akan start kat negara/negeri yang mudah dulu dan seterusnya. Memang terancang… tapi kita yakin sesungguhnya Allah lah yang Maha Merancang…

JADUAL ZIARAH DAN DAKWAH GURU MULIA AL-HABIB UMAR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ IBN SYEIKH ABU BAKAR BIN SALIM حفظه الله DI MALAYSIA (Safar 1432H/Januari 2011M)

8 JANUARI 2011 7.00-10.30 PM DI MASJID WILAYAH JALAN DUTA KL

11 JANUARI 2011 7.00-10.30PM DI MASJID MUHAMMADI, KOTA BHARU KELANTAN

12 JANUARI 2011 7.00-10.30PM DI YAYASAN AL JENDERAMI, JENDERAM SELANGOR.

MAKLUMAT LANJUT LAYARI BLOG PONDOKHABIB

Hisyam: Owhh!!! info yang baik..

P/s: Anyway, kena kena berhati gak ngan propaganda kristian nie.. Jgn disesatkan dan menyesatkan diri sendiri.. Nauzubillah..

Sendiri mau ingat Missgee ar…setakat ni tak berani ah nak masuk web tu…terkonar karang sia-sia jer..

saya tak fikir cikniza tu membuat propaganda. pada saya dia sendiri tersilap memasukkan url blog dia sehingga tetringgal huruf s atau tertukar kedudukan huruf pada perkataan blogspot itu. kalau type betul2 cikniza90.blogspot.com kita akan dapat membuka blog nya ang sebenar! jemput baca entri saya mengenai usaha dakyah kristian itu di sini http://arraubi.blogspot.com/2010/04/jangan-salah-taip-url.html

Terima kasih atas penjelasan sdr Hisyam yang saya kira lebih tepat. Entri ini cuma pendapat peribadi sebelum saya ketahui perkara sebenar..haha..ketinggalan keretapi saya ni Syam…

AbgReds – takpe, sharing is caring. apa yang penting, umat Islam juga perlu merancang gerak kerja dakwah yang lebih sistematik di dalam siber ini.

MasyaAllah..sampai macam tue skali orang kristian nie nak sebarkan agama dia..isk..isk..isk..kalau dapat dekat orang yg masih terumbang ambing dan pegangan agama kurang memang murtad la..nauzubillah..laknatullah betul la kan abg reds?

Itu usaha dia orang nak sebarkan agama dia orang. Walaupun dibantah kerana cara itu seperti trick atau manipulasi teknologi, dia orang tetap buat jugak…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: