Blog Abgreds

Cantik! Tak perasan cantik!

Posted on: 15 November 2011

11.11.11. Ramai yang perasan dengan tarikh tersebut. Cantik. Aku PERASAN juga. Tapi PERASAAN aku lagi cantik daripada tarikh itu pada hari itu. Perasan akulah!

Hari itu, aku ada tugasan kerja di Batu Pahat. Berpagi-pagi aku dah susun semua barang. Ada surat, ada pelan, ada cek, dan lain-lain. Semua macam sudah diperiksa. Perasan akulah!

Pernah dengar ungkapan ‘rancang kerja anda, kerjakan rancangan anda’? Pernah? Ok. Aku tambah sikit ‘ rancangkan dengan sempurna, sempurnakan rancangan anda’. Lebih baik, kan? Perasan akulah!

Dengan adanya sembahyang jumaat, waktu rehat kakitangan awam yang lebih panjang, kemungkinan-kemungkinan luar jangka lain, aku pun bergerak pergi dengan perasaan aku dah ‘sempurnakan’ rancangan aku. Perasan akulah!

Dipendekkan cerita, syukur aku sudah kembali ke Muar kira-kira waktu asar. Aku terus solat di masjid jamek. Aku berkira-kira rancangan pekerjaan aku hari ini sudah selesai dan ‘sempurna’. Perasaan akulah!

Lalu aku menuju ke kereta untuk pulang. Cantik tarikh hari ni. Cantik perjalanan hidup aku hari ni…perasan akulah!

Tiba-tiba telefon samsung aku berbunyi… ‘helo’ ‘helo, encik Reds ke ni?’ ‘ya, saya’, ‘tadi ada bagi cek untuk plan payment ye?’, ‘ya’, ‘maaf encik Reds, cek tu tak sain lagi’, ‘HAH….!!’…macam dah sain tadi…perasan akulah!

Begitulah cantiknya perasan dan perasaan aku pada tarikh 11.11.11 itu. Cukup cantik. Cukup ‘sempurna’. Apa rasanya perasan dan perasaan aku tu? Padan muka akulah!!

Aku tak perasan cek itu masih belum tandatangan. Kerani bahagian bangunan tak perasan. Bahagian pelan tak perasan. Bahagian bil tak perasan. Bahagian kewangan pun tak perasaan! Sungguh satu keTIDAK PERASANan yang ‘sempurna’!

Tengok, berapa punya banyak mata memandang, satu pun tak perasan!

Masa aku bayar tak perasan. Aku masih ada di BP tak perasan. Sampai Semerah tak perasan. Sampai Parit Jawa tak perasan. Sampai Parit Bakar tak perasan lagi. SUDAH sampai Muar baru perasan! Cantik, kan?

Tengok, berapa punya banyak masa berjalan, sekali pun tak ada panggilan!

Bayangkanlah tuan-tuan dan puan-puan dan sedara dan sedari sekelian….

Perasan jadi sempurna itu tak salah. Yang salah ialah TAK PERASAN kesempurnaan manusia itu adalah TIDAK SEMPURNA!

Allah maha adil. Kita diberi perasaan ‘perasan sempurna’ untuk mendorong kita bersungguh-sungguh, tekun dan kuat berusaha.

Biarpun nanti ‘sempurna’ yang kita capai ada cacat celanya, itu latihan untuk berjiwa besar, tabah dan sabar mengharungi dugaan-Nya.

Tapi aku yakin dan perasan, ada antara kalian yang lebih ‘sempurna’ keTAK PERASANannya berbanding kisah aku ini. Perasan akulah! 🙂 🙂

6 Respons to "Cantik! Tak perasan cantik!"

aku juga selalu je perasan cantik
hehe
memang muka tak malu

Assalamu`alaikum abgreds,
ada sesiapa yang masih berperasaan dirinya sempurna selepas membaca artikel berkias abgreds kali ini? Bagi saya ianya terlalu subjektif, terlalu banyak yang cuba dikupas oleh abgreds.

Walau nampak lurus sebenarnya ianya memang berliku. Walau mulut selalu berkata yang kita memang tidak sesempurna itu, tapi perasaan manusia tetap tidak dapat menafikan fitrah perasaan sempurna yang melanda diri masing-masing.

terlalu cantik ker Red sampai begitu teruja dan lupa tandatangan? 😀

No cantik bukan benchmark untuk kebahagiaan

Selalu kena cheque tak bersain,sebab kerani tu “perasan bagus” yg dia dah check segalanya…Saya pun perasan semua dah ok he3..

betul.. ujian membesarkan jiwa.. :D.. smg jiwa terus besar dan tabah.. :D..

p/s : tarikh tu mmg cantik.. hari pun cantik.. penghulu segala hari..

Tinggalkan komen

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 65,649 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my