Blog Abgreds

Aib yang ghaib.

Posted on: 4 November 2011

Minta maaf kawan-kawan semua. Aku ghaib seketika. Ingat ghaib langsung. Rupanya tak jadi. Belajar tak habis. Ilmu tak jadi!

Kenapa aku ghaib? Sebab aku sudah aib. Kenapa aku aib? Sebab aku tak boleh ghaib. Kenapa tak boleh ghaib? Sebab aku ada aib! 🙂

Haha… Sudah. Terpusing-pusing pulak.

Yang sebenarnyakan, entri aku yang last hari tu kan, yang baca betul-betul tu kan, dia kan, dia sudah ‘kan’ (marah dalam bahasa cina) sama aku.

Dia kata, aku ni sapa nak betul-betulkan orang! Sendiri punya tak betul pun melambak-lambak, ada hati nak betulkan orang…haa…amekawsebijik!

Aku pun terpelanting terkontang-kanting. Makin aku baca makin aku kena! Sebijik…dua tiga empat…sudahlah. Dah tak terkira.

Tu la pasal aku ghaib ni. Tak boleh nak tulis entri. Selagi aku tak betulkan apa-apa yang tak betul tu, selagi itulah aku ‘dighaibkan’ oleh aku sendiri haha…

Rupa-rupanya banyak betul aib aku ni. Yang terang banyak macam bukit. Yang tersembunyi (ghaib) banyak macam gunung.

Yang terang tu boleh nampak. Nak betulkan mudahlah jugak. Yang ghaib ni ni yang susah. Kecik. Halus. Samar-samar. Nak dibetulkan? Payah…

Payah-payah pun kena buat, kan?

Tu la pasal aku ghaib sekejap. Takkan nak biar je aib-aib yang ghaib ni macam tu aje. Tu namanya aku yang tak aib tu.

Banyak juga kerjanya. Betulkan tiang. Betulkan dinding. Atap-atap. Tampal sana. Tampal sini. Ganti sana. Ganti sini. Eh, apa bendanya nih?

Alah, benda aib takkan aku nak cerita habis-habis. Malulah.

Apapun, rasanya macam dah baik kot. Kalau tak banyak, sikit-sikit, insya Allah ada. Tu pasal aku boleh tulis balik ni…

Untuk korang yang sering datang berziarah, aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Terimalah kasih aku yang ghaib ni untuk korang!

Sesekali, eh, cubalah berkali-kali, kita duduk sendiri-sendiri. Kita tengok apa dalam hati. Hati yang ghaib ni. Banyak yang ghaib. Banyak yang aib.

Daripada korang susah payah belajo ilmu ghaib, nak kasi keluo aib-aib orang semua, baik korang belajo ilmu hati, kasi keluo semua aib-aib diri sendiri.

Ingat, satu jari menuding orang, tiga lagi menunjuk diri sendiri! 🙂 

Oh ya, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Yang ada rezeki lebih jangan menghaibkan diri masa raya. Jangan aib untuk melakukan ibadah korban!

6 Respons to "Aib yang ghaib."

salam abg reds.. bgs abg red ni.. jrg org yg menerima teguran dgn baik dan muhasabah diri.. cuba perbaiki kelemahan diri.. lady ingtkan kenapalah abg reds lama menyepi.. rupenye nak jadi halimunan.. Alhamdulillah skrg dah kembali normal.. teruskan menulis yer abg reds.. sbg manusia kite mmg ade sifat kekurangan.. jd.. jgnlah trus menghilangkan diri krn kekurangan itu.. stp org ade kekurangan msg2, keaiban masing2..

W’salam wbt LB. Terima kasih atas komen LB. Teguran yang abgreds maksudkan dalam entri ini sebenarnya datang dari diri sendiri. Dari sisi yang lain. Terima kasih kerana memberi semangat dan motivasi yang amat berguna itu.

haih abg reds ni..mmg suke buat entri mcm tu..pusing kpala..haha

Abgreds ni memang kepala pusing cik kasih. Maaf je la kalau buat cik kasih pusing-pusing… 🙂

tidak mudah nak puaskan hati semua orang kan.

Hati sendiri pun tak pernahnya nak puas…itulah manusia namanya…

Tinggalkan komen

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 65,653 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my