Blog Abgreds

Medan selera Bentayan

Posted on: 15 Februari 2012

Anak Muar pasti tahu medan selera Bentayan. Ia merupakan medan selera separuh hari yang beroperasi dari jam 6.00 petang hingga 2.00 pagi.

Terletak di kawasan perhentian bas Bentayan, medan selera ini terkenal di bandar ini kerana kedudukannya yang strategik serta kepelbagaian menu yang disediakan.

(Sebenarnya, di kawasan ini terdapat sebuah lagi medan selera yang namanya sama, tetapi ia terletak bersebelah hentian bas dan dibuka sebelah siang.)

Medan selera ini adalah menjadi sebahagian memori hidup penulis kerana pernah menjadi krew atau pramusaji di situ sekitar 1990 an.

Masa itu para krew mengenakan seragam baju putih dan topi merah. Itu antara pengalaman awal penulis bergelandangan mencari rezeki dan memegang duit sendiri.

Bersemangat betul buat tugasan tersebut. Walaupun bertugas dalam tempoh yang singkat, penulis memperolehi banyak kenangan dan pengalaman.

Paling tidak dilupa, mungkin itu saat paling komited penulis terhadap tugas tersebut, iaitu penulis boleh mengambil pesanan tanpa buku nota.

Bukan seorang dua pelanggan. Lebih kurang 10 pelanggan dengan 3 meja dirapatkan. Tapi ada faktor tambahanlah…pelanggan tadi kesemuanya anak-anak dara gitu… 🙂

Sewaktu mahu membayar, mereka memanggil penulis. Sekali lagi, penulis mengira dengan cekap kononnya. Lalu wang bertukar tangan.

Selepas mereka beredar, seorang tauke gerai memanggil penulis. “Ko dah silap kira ni Red” bisiknya perlahan. “Alamak, macamana?”

“Dia orang ada tambah tadi. Siap ada telur lagi”. “Cehapsal tak bagitau tadi”. “Dah aku nengok ko tengah kontrol macho, haha…” “Ciss!

Terpaksa penulis bayar ganti rugi tauke tu. Nasib baik ada duit tabung krew. Kan sudah kena. Itulah penangan anak dara… ;).

Pernah juga pelakon Ridhuan Hashim dan rakan artis lain singgah makan. Mungkin masa tu mereka ada kerja penggambaran di daerah ini.

Selain itu, itulah pengalaman pertama dan terakhir penulis mencari rezeki di waktu malam. Kerjanya memang penat.

Kalau berjalan tegak, mungkin berkilometer jadinya sepanjang bertugas mundar mandir menguruskan pesanan pelanggan.

Pesanan makan minum biasanya dihentikan sekitar pukul 1.00 pagi. Tetapi kerja-kerja mengemas meja dan kerusi jejak hingga lebih 2.00 pagi.

Perhentian bas Bentayan ini tak pernah sunyi dari manusia. Ada yang berehat dalam suatu perjalanan. Ada juga yang merupakan penghuni tetap yang menjadikan bangku-bangku di situ sebagai tempat melelapkan mata.

1001 ragam manusia dapat dilihat. Sampai sekarang medan selera Bentayan tetap gah. Penulis sendiri selalu juga ‘mampir ngeteh’ di situ…

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat kena usha awek…hekhekhek…

Nota : Agak lama tidak ada entri kerana komputer penulis rosak. Hantar untuk pembaikan. Akhirnya dikhabarkan tak panjang umur. Nasiblah..

Nota 2 : Terima kasih penulis ucapkan untuk para pengunjung sekalian atas ziarah samada dengan niat sengaja atau sebaliknya ke blog ini.

Nota 3 : Insya Allah, jika masih ada rezeki, blog ini akan cuba penulis kemaskini dari masa ke semasa. Tengok nasiblah yee…

7 Respons to "Medan selera Bentayan"

basten pagoh… John……

Selamat Beraya.. (>.<)

Assalaamu’alaikum wr.wb, Abgreds…
Hadir menyapa setelah lama tidak bersilaturahmi..

Setitik tinta jadi noda,
Setitik salah jadi dosa
Bulan penuh berkah segera tiba
Mari tekun ibadah di bulan puasa
Marhaban ya ramadan,sambutlah dengan senyuman

Maaf zahir dan bathin.
Selamat berpuasa
Salam Ramadhan dari Sarikei, Sarawak. 😀

proud to be johorean

Assalaamu’alaikum wr.wb, Abgreds…

Hadir menyapa Abgreds setelah lama tidak bertandang bertanya khabar ? Masih belum update juga tulisannya ya. Mudahan silaturahmi ini tetap baik dan masih aktif lagi.

Salam mesra dari Sarikei, Sarawak. 😀

mmg best makan kat sini. sedap dan murah. dpt tgk sungai muar lagi kan

pengalam hidup yang sanagt berharga kan….

waaa….lamanya tak kesian.tuan blog pun dah kurang berblog sekrang ye.

Tinggalkan komen

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 65,658 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my