Blog Abgreds

Archive for Ogos 2010

Ini otak penjajah. Tidak begitu saja mengalah. Anak watan bangkit melawan. Penjajah pusing dengan tawaran.

Beri kemerdekaan, itu yang kamu mahukan? Tapi syaratnya, beri kerakyatan pada imigran. Malaya gumbira terima berita. Merdekalah kita daulatlah negara.

Otak penjajah otak keparat! Mereka (mencipta) merdeka penuh khianat! Satu tersurat seribu tersirat! Merdeka diberi seumpamanya jerat!

Lahirlah Malaya bumi bertuah. Anak warganya pelbagai wajah. Ada yang gelap tak kurang yang cerah. Penuh beda, penuh masalah, penuh karenah!

Tugas kerajaan bertahun-tahun sama. Perpaduan jadi agenda utama. Cukup sukar bertaat setia. Lantaran asal yang berbeda-beda.

Kini tembelang sudah membusuk. Jurang ekonomi semakin teruk. Dulu imigran, sekarang dah ‘datuk’. Kita juga yang terduduk, dan tertunduk…

Merdeka direka demikian rupa. Agar Malaysia sentiasa gelora. Agar rakyat tidak sekata. Agar waris porak peranda.

Anak muda, kamu jangan tertipu. Merdeka ini adalah palsu. Merdeka ini harus di perbaharu. Diisi semangat melayu yang jitu!

Anak muda, belajarlah mereka merdeka. Merdeka yang dipacu agama. Merdeka yang bermanfaat untuk diri dan bangsa.

Merdekakan akal fikirmu dari bodoh dan jahil. Gantikan dengan bijak dan adil. Merdekakan akal budimu dari sombong dan malas. Gantikan dengan lembut dan belas.

Merdekakan akal jiwamu dari sesat dan jahat. Gantikan dengan ilmu dan pengetahuan yang berkat.

Gantikan merdeka rekaan penjajah ini, dengan merdeka kita sendiri…

Salam 1Malaysia dan Selamat Hari Merdeka.

 

rumah usangDi sini aku dilahirkan. Di sini aku dibesarkan. Di sini, tanah tumpahnya darahku. Di sini, di desa permai yang indah.

Inilah rumah ayahanda dan bonda. Ketika itu, berdinding kayu beratap rumbia. Kecil, usang, penuh cerita derita.

Inilah sebuah perigi. Berdinding plastik empat segi. Tempat kami membersihkan diri. Tiada bath tab, shower apatah lagi.

Inilah sepohon manggis. Tempatku menyorok sambil menangis. Atau berlawan panjat, dengan mamat, hairul dan ijat.

Inilah dulu sepohon durian. Rasanya enak tidak terlawan. Itu dulu sebatas ubi. Menu popular sarapan pagi. (ubi rebus cicah gula – sedap sekali).

Di sana ada sereban ayam. Belakangnya pula sebatang parit. Tempat kecilku berkubang berendam. Sekarang sudah menjadi sempit.

Di situ ada satu mata air. Sampai sekarang ia mengalir. Main empang-empang air. Telatah aku dangan si basir.

Di depan rumah sebuah busut. ‘Port’ main baling kasut. Berkejar-kejaran sehingga semput. Kalah menang semua dicarut.

Di sini aku berdiri. Di hadapan rumah yang aku rindui. Di hadapan bonda yang aku sayangi. Di dalam minda yang penuh memori!

        —————                    ——————-                     ————-

Semalam abgreds berkesempatan untuk pulang ke rumah bonda abgreds. Tiap kali pulang ke kampung, abgreds tak dapat menahan terjahan kenangan – kenangan lalu. Bertujai-tujai. Berasak-asak.

Catatan di atas itu hanya sekelumit kenangan yang dapat abgreds kongsikan dalam entri ini. Cukuplah dulu.

Kepada sesiapa yang ada kampung, lagi-lagi yang masih ada orang tua tu, tak reti-reti nak balik ke?

Yang tak ada kampung? Baik kau orang belajar pasal kampung. Mana tau kot-kot dapat mamat atau minah kampung nanti. Tak lah gelabah. Orait…

Nama aku Man, kawan Red. Tumpang blog dia. Aku tak ada blog. Tak pandai buat blog. Tak reti tulis blog.

Aku nak citer sikit ni. Ala, citer orang marhaen macam aku. Semalam dok aku tengah lepak kat opis, boss suruh aku hantar barang.

Alamak boss, dah tengahari ni. Petang sikit le. Petang? Sergah boss aku. Panas ni boss. Aku kerut-kerutkan dahi. Ala, macam tak biasa, balas boss.

Bukan macam tu, semalam lupa sahur boss. Aik? Asyik lupa je. Buka tak lupa pulak. Dah-dah, customer dah tunggu tu. Pergi-pergi…

Aku tak kuasa la kan. Dia boss. Aku kuli. Aku ambil barang, ambil jaket, start motor. Hui, panas giler weh. Takpe-takpe, demi duit raya.

Dengan matahari terpacak atas kepala, dengan jalan jam, aduh! Panasnya korang tau la. Kena masa tunggu lampu hijau, peeehhh.

Tengah dok tunggu tu, parking lak sebelah cina jual buah potong. Tembikai, jambu, nenas. Ada air cikang, air kelapa… aduuhhh…

Nasib baik le aku anak cucu tok bendang. Dari kecit dah selalu berpanas berhujan. Kalau aku anak dato’ tak tau lah. Anak orang kaya ada rasa susah ke? Aku tak tau sebab aku bukan anak orang kaya !  🙂

Balik opis je, duduk bawah air-cond. Fuh, kering tekak beb. Ujian betullah. Dah lega sikit, aku pun terpikir. Agaknya dia orang yang kerja teruk-teruk tu macamana pulak? Yang kerja kontrek, kerja gali lubang tutup lubang.

Tak pun orang kampung yang kerja berpanas. Buat bendang. Memerun. Nyawit. Tukang rumah. Samalah kena lapar kena panas.

Pas tu, dia orang tak ada air-cond, aku ada la jugak,walaupun boss punya. Kira aku sikit okey dari dia orang.

Tapi boss aku lagi okey lah. Duduk dalam air-cond. Tak kena panas. Huhu, someday aku nak jadik macam dialah.

So, sapa-sapa yang kerja dalam air-cond, tak pun kerja yang tak kena panas dan hujan tu, syukurlah banyak-banyak.

Aku? Syukur jugak. Kerja kontrek? Sama. Semua pemberian dan kurniaan Allah Taala sama juga. Tinggal kita jer..nak syukur atau tidak.

Man : belajar bercerita.  Abgreds : belajar tulis cerita

Bmcc : bandar maharani city center…ceh!

Anda seorang blogger. Anda minat blogging. Anda tentu tahu istilah morfologi dan sintaksis. Apa? Ada yang masih belum tahu morfologi dan sintaksis?

Mari kita ketahui dan belajar morfologi dan sintaksis. Morfologi dan sintaksis adalah istilah kajian tentang bahasa melayu.

Morfologi adalah kajian tentang perkataan. Sintaksis pula kajian tentang ayat. Hasil kajian morfologi dan sintaksis ini, maka terbitlah ilmu laras bahasa.

Ada banyak laras bahasa. Ada bahasa iklan, bahasa politik, bahasa sastera, bahasa perundangan, bahasa dakwah, dan lain-lain lagi.

Dunia blog juga ada pelbagai laras bahasa, menurut gaya empunya blog. Blog iklan guna bahasa iklan. Blog politik guna bahasa politik. Dan seterusnya.

Jadi, inilah yang anda semua praktikkan. Anda berblogging. Anda menulis dan membaca, samada karya anda sendiri, mahupun hasil tangan orang lain.

Ketika anda membaca dan cuba memahami maksud, anda sebenarnya sedang meneliti perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang digunakan.

Anda akhirnya dapat mengenalpasti laras bahasa karya tersebut. Hasilnya mungkin berbeza di antara individu. Bergantung tahap mana ia tahu tentang morfologi dan sintaksis ini, serta kefahaman apa yang dibacanya.

Keputusan tersebut juga akan mengaitkan tulisan dengan penulisnya. Semakin anda  mahir tentang morfologi dan sintaksis, semakin tepat kaitannya.  

Seperti ciri identiti anda yang lain, tulisan dan karya anda juga boleh ditelaah dan dikaji. Karya anda ada pasti ada identiti tersendiri yang mewakili sebahagian peribadi diri anda.  

Sebab itu ada orang boleh membayangkan peribadi orang lain melalui gaya tulisan dan hasil karyanya.

Sebab itu juga ada orang boleh membayangkan peribadi dirinya kepada orang lain melalui gaya tulisan dan hasil karyanya.

Anda seorang blogger? Jadi anda tahu tulisan anda sedang dimorfologi dan disintaksis.  Jangan marah kalau orang tahu siapa anda.

Baiklah, itu saja untuk perkongsian ilmu kali ini. Mungkin ada yang sedang memorfologi dan mensintaksis tulisan abgreds ini…

Semoga anda berjaya ..  🙂

p/s : kalau kata terbitan morfologi dan sintaksis itu salah, sila beritahu. abgreds pun bukan pandai bahasa.

Jarang kami melihat Pak Tua semuram itu. Kenapa agaknya? Kami ada berbuat salahkah?

Tidak, katanya. Bahkan akulah yang berbuat salah. Aku telah keliru… Apa yang terjadi Pak Tua? Tanya salah seorang antara kami.

Tadi ini aku perhati lukaku. Sudah sembuh. Ada cebis kulit yang kering. Aku gosok lalu tanggallah cebisan kulit itu. Diam Pak Tua kemudiannya.

Sesudah senyap seketika, Pak Tua menyambung. Kamu pernah membuang sampah? Tanyanya. Kami sekalian mengangguk.

Apa erti sampah bagi kamu? Tanyanya lagi. Kotor, hina, jijik…tiada guna. Salah seorang dari kami menjawap.

Pak Tua diam lagi. Tiba-tiba matanya seakan berkaca-kaca. Satu helaan nafas yang panjang. Ternyata Pak Tua menahan suatu sebak.

Aku telah salah tadi, sambung Pak Tua. Demikianlah aku pandang pada cebisan kulit yang tertanggal itu. Kotor dan tidak berguna lagi.

Pak Tua tertunduk. Matanya pejam sambil mengeleng-gelengkan kecil. Kami semua diam. Betapa di depan kami seorang tua sedang menyeka matanya. 

Beberapa kali cuba bertutur, barulah keluar suara Pak Tua. Kalian tahu, rupanya aku sudah menghina makanannya si semut….rupanya kulitku itu Allah jadikan rezeki kepada semut. Ya Allah…

Aku malu. Aku orang salah. Kulitku turut berdosa. Layaknya jadi bahan kotor lagi hina. Tapi… tapi… Allah berkenan jadikan kulitku itu sebagai makanan semut…Subhanallah…

Aku sudah menghukum cebis kulitku itu sebagai sampah yang tiada guna. Padahal ia masih punya tugas menjadi rezeki kepada semut.

Tiadalah Allah menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Tiadalah sesuatu yang tiada guna melainkan berguna semua sebenarnya. Hanya kita yang ‘ tiada berguna’ menyalahtafsir.

Aku lupa. Kulitku itu juga makhluk yang menurut perintah. Dahulunya untuk melindungi dagingku. Sekarang sebagai makanan semut-semut. Ujar Pak Tua lagi.

Sungguh tidak pantas aku memandangnya sebagai sampah! Ampunilah aku ya Allah…aku selalu salah dan keliru…

Kami diam mendengar rintih Pak Tua. Pak Tua berhati lunak. Sejauh itu fikirnya. Selembut itu jiwanya.

Moga Allah mengampuni kami, dan mengampuni Pak Tua. Lunakkanlah hati kami selunak hatinya. Amin.

Belajar berhati lembut dari hati-hati yang lembut…

Pukul tujuh buka puasa. Makan nasi tambah-tambah. Teguk air tak kira-kira. Perut kenyang duduk termengah.

Pukul lapan buka komputer. Layan internet, layan chatting. Ingat buka sekejap saja. Alih-alih sampai terbaring.

Pukul sembilan masih kat situ. Mak ayah tak ambil tahu. Pukul sepuluh member telefon. Ajak keluar nak pinjam handphone.

Pukul sebelas keluar rumah. Dekat dataran janji berjumpa. Pukul dua belas perut keroncong. Pergi ke gerai pekena mi bandung.

Pukul satu mata dah celang. Member borak tungtang tungtang. Pukul dua tidak terasa. Embun sejuk? Eh, jaket kan ada?

Pukul tiga telepon bunyi. Ingatkan umi, rupanya siti 🙂  . Cuma tanya “nak sahur apa?” “Dengar suara u pun dah kenyang” jawabnya.

Pukul empat telepon lagi. Ni kat mana ni? Tanya si umi. Ada ngan kawan, dia jawab. Dengan mata mulai sembab. 

Pukul lima singgah kat warung. Makan sahur esok puasa! Pukul enam mata dah cengkung. Balik rumah digagahkan jua…

Pukul tujuh sampai satu. Qada tidur qada mimpi. Pukul dua sedarlah baru. Ingat dah buka, em.. belum lagi.

Pukul tiga keluar rumah. Kedai bazar habis diredah. Pukul empat terasa penat. Lepak-lepak sambil mengurat…eh bukan,istirehat…

Pukul lima di bazar ramadan. Pilih-pilih mana berkenan. Pukul enam balik rumah. Tak sudah-sudah jeling juadah.

Pukul tujuh buka puasa, sila baca dari mula… 🙂

p/s : ha, kawan-kawan, Red tak cerita pun pasai sembahyang ka, terawih ka…kau orang jangan pandai-pandai tambah aarr…

Kita tengok zahirnya saja. Hati budinya kita tak tau. Bersangka buruk menambah dosa. Hanya Allah yang maha tahu.

Mari kita belajar baik sangka posa-posa ni. Tak gitu siti?

Sumber : kawan pakwe si siti payung.

Diam tak diam, dah dua bulan dah. Two month kata orang putih. Mengadap  komputer. Ketak ketik ketak ketik menaip.

Kononnya nak jadi pengarang. Pandai tulis macam-macam. Haha…berangan jer. Boleh ke berangan macam itu ? Boleh, apa salahnya.

Yang tak boleh tu, berangan saja tak sudah-sudah. Tak buat kerja. Itu tak siap. Ini tak siap. Ha, berangan macam ni pelangkung je jawapnya.

Entri ni pun bukan dok tengoookkk je boleh siap. Nak citer apa? Citer cara mana? Rencana ke, cerpen ke, lawak ke, serius ke…

Itu belum kisah pasal pembaca. Boleh ke kau orang terima entri syok sendiri seperti ini? Hem…banyak benda nak pikir tu. Dulu tak ada blog, tak payah nak pikir semua ni. Ha, sekarang ambik ko abgreds! Huhu…

Ok anda di luar jangan terasa. Ini abgreds ngomel sendiri. Inilah rasanya bila kita mencuba sesuatu yang baru.

Pasti ada pro dan kontra dalam diri sendiri. Sebelum dan sesudah itu cukup berlainan. Kena bijak mencari imbangan. Kini , sesudah berada di alam siber, pro dan kontra itu melebar luas di kalangan pembaca pula.

Itu realiti. Jika kita berkeinginan menulis, serta membenarkan khalayak mengikutinya, maka bererti kita sedia berdepan dengan mereka.

Segala persepsi dan interpretasi mereka harus diterima dengan hati terbuka. Di mana ada penerimaan, di situ ada penolakan.

Sebagaimana kita rela dengan penerimaan, maka relalah pula dengan penolakan. Adil dan saksama. Setiap satunya ada rahsia.

Lewat dua purnama, abgreds belajar dunia siber. Segala komentar, kritik dan saranan dan sokongan anda semua, hanya Allah swt. yang membalasnya.

Sekian untuk kali ini, terima kasih sekali lagi…terima kasih

Tidak semua perkara kita ketahui secara tepat. Bukan semua cerita diberitahu dengan terang dan nyata.

Sebahagiannya tersembunyi. Sebahagiannya bersembunyi. Sebahagiannya disembunyikan. Kerana apa? Sebab ia adalah satu misteri…

Kita adalah penyeri misteri. Kita ada intuisi, gerak hati, dan mimpi serta realiti. Kita bersikap suka mengambil tahu, mencari erti dan belajar ilmu.

Semakin banyak yang kita tahu, semakin banyak rupanya yang kita tidak tahu. Dan semakin tinggi semangat untuk mengetahui apa lagi perkara yang kita tidak tahu itu.

Tiba di satu peringkat, kita sedar itu di luar keupayaan kita. Maka di situ, perkara itu menjadi misteri bagi kita. Kita ingin benar mengetahuinya. Tetapi tidak upaya. Ia misteri. Ia rahsia.

Kita semua adalah sama serupa. Di antara kita menjadi misteri satu sama lain. Kerana kita ada rahsia kita sendiri.

Siapa saya? Siapa anda? Adakah saya boleh mengenali anda, lebih dari anda kenal diri anda sendiri? Tidak boleh.

Tetapi cukup menarik untuk belajar dan melihat seri misteri ini. Semua orang ada skema sendiri, sejauh mana dirinya ingin dilihat misteri oleh orang lain.

Dengan kata lain, sejauh mana dia membenarkan dirinya dikenali oleh orang lain. Cukup sekadar kenal? Mungkin boleh menjadi teman tapi mesra? Atau sebagai calon dot dot dot? Sangat variasi. Penuh kreativiti. Penuh misteri!

Adakah saya misteri bagi anda? Sedikit misteri? Terlalu misteri? Atau tidak misteri langsung…! Haha… anda teka anda dapat!  🙂

“Jangan buat semua yang anda mampu, jangan percaya semua yang anda lihat, jangan cerita semua yang anda tahu, jangan simpan semua yang anda dapat.”

Itu kata-kata si bijakpandai. Cuma baris yang akhir itu saya tambah sendiri sempena bulan ramadan yang mulia ini. Sekadar buat renungan.

Misteri misteri juga. Tetapi ia hanya seri hidup manusia. Hakikatnya, kita sebagai umat islam adalah bersaudara antara satu sama lain.

Dan bagi Allah swt., tiadalah satu apa pun yang menjadi misteri…

senyum

Adegan satu.

Adi : Siapa nama dia? Berapa umur dia? Apa nombor henset dia?

Ida : Siapa nama awak? Berapa umur awak? Apa nombor henset awak?

Dia : Tak buat apa-apa. Dia cuma senyum aje…!

Adegan dua.

Ida : Siapa nama dia? Berapa umur dia? Apa nombor henset dia?

Adi : Siapa nama awak? Berapa umur awak? Apa nombor henset awak?

Dia : Tak buat apa-apa. Dia cuma senyum aje…!

Apa yang tak sama?

Dalam adegan satu, si Adi nak usha si Dia. Adi lantik Ida jadi poswomen dia. Dia itu adalah seorang perawan yang cantik manis.

Dalam adegan dua, si Ida nak usha si Dia. Ida lantik Adi jadi posmen dia. Dia di sini tentulah seorang jejaka macho idaman malaya.

Apa yang sama?

  1. Yang berhajat biasanya malu nak jumpa. Lidah kelu nak berkata. Pasang spy, pasang perantara. Cakap pun bunga-bunga.
  2. Yang menjalankan tugas biasanya tak tau malu. Janji misi selesai. Cakap pun terang dan jelas. Direct terus tak ada kias-kias.
  3. Yang dihajat biasanya malu-malu kucing. Malu tapi mau! Cakap pun macam tak dengar saja. Last-last cuma senyum ajer...
  4. Zaman sekarang mana ada gender. Siapa dulu dia dapat. Siapa malu dia terkulat-kulat..haha..(minta maaf sapa yang malu-malu tu..gurau je)

Apa yang jadi masalahnya?

Senyum tulah masalahnya. Angguk tidak geleng tidak. Yang jadi postor tu la masalahnya. Macamana dia orang nak jawap?  Ha, macamana?! Takkan nak jawab- dia senyum aje?

Apa yang tak jadi masalah?

Senyum tu tak jadi masalah asal kena tempatnya. Contohnya, masa nak jawap soalan tok kadi “awak setuju ke saya nikahkan awak dengan …”, senyumlah lebar-lebar. Jadi punyalah…

Abgreds : hoho…cuba test bahasa budak-budak sekarang ni dan belajar buat entri direct, no kias-kias…

Apapun, banyakkan senyuman, ok? Senyuman itu ibadah tanpa susah payah.


Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 65,658 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my