Blog Abgreds

Archive for the ‘aksara niaga’ Category

Pada suatu petang, semasa Jepun masih jauh dari mewah, seorang pengemis memasuki sebuah kedai kuih yang mahsyur untuk membeli sebiji manju (sejenis pau Jepun berinti kacang).

Pembantu kedai yang terkejut melihat seorang pelanggan yang begitu hina dalam kedai kelas pertamanya, lekas-lekas membungkus manju itu.

Tetapi sebelum dia sempat menyerahkan kepada pengemis itu, pemilik kedai tiba dan berkata “tunggu sebentar, biar saya melayannya”.

Pemilik kedai mengambil manju itu lalu diserahkan kepada pengemis. Sebaik pengemis itu membayarnya, pemilik kedai itu tunduk dan dengan sopan berkata “terima kasih banyak kerana sokongan awak”.

Pembantu kedai berasa hairan lalu bertanya “kenapa tuan melayannya sendiri? Sedangkan dengan pelanggan yang lain tidak berbuat demikian?”

Jawab pemilik kedai, “kita patut gembira dan berterima kasih kepada semua pelanggan yang datang ke kedai ini. Tapi dalam kes pelanggan tadi, ia suatu yang istimewa”.

“Hampir semua pelanggan kita berkemampuan, dan bagi mereka tidak ada masalah untuk membeli kuih manju di sini”.

“Tetapi bagi pelanggan tadi, dia berkehendak sangat untuk merasa sebiji manju kita. Dia mungkin telah membelanjakan segala wang yang ada padanya untuk membeli”.

“Jadi saya tahu ini amat penting kepadanya. Justeru, saya fikir dia patut dilayan oleh pemilik kedai ini sendiri. Itulah maksud perniagaan”   

*   *   *

Kisah ini saya petik dari buku Bukan Kerana Periuk Nasi Sahaja. Ia sebuah buku tulisan pengasas Syarikat Industri Elektrik Matsushita Berhad.

Pengasas tersebut, Konosuke Matsushita, merakamkan kisah tersebut dalam satu segmen di dalam bukunya itu.

Beliau menyatakan sangat tertarik dengan kisah tersebut yang memberikannya inspirasi dalam perniagaan iaitu :

“Setiap pelanggan berhak mendapat penghormatan yang sama. Bukan berdasarkan saiz pembelian atau prestij peribadi” 

Beliau juga menyatakan itulah kegembiraan seorang peniaga yang sebenar, iaitu mencari dan meletakkan hak sama taraf bagi setiap pelanggan.

Kisah ini memang menarik. Persoalannya, masih relevankah ia dengan senario perniagaan kontemporari?

Bolehkah dinilai akan status jujur pemilik kedai serta pengemis tersebut dengan keadaan semasa yang semakin penuh kecurigaan?

Itulah secebis putaran kisah dalam dunia perniagaan dan keusahawanan. Anda mungkin ada persepsi yang lain?

Aku saja letak gambar Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari kat entri aku kali ini sempena tahun baru 2011.

Aku harap aku dan kau orang semua dapat sedikit sebanyak menyerap semangat yang ada pada beliau untuk mengharungi tahun baru ini. 

Semua orang tau siapa beliau. Tapi tak semua orang tau kisah beliau. Dan tak semua kisah beliau diketahui orang.

Aku pun tidak pernah jumpa beliau. Cuma aku ada seorang kenalan yang agak rapat dengan beliau.

Semestinya kenalan tersebut seorang usahawan yang pada mulanya menjadikan beliau sebagai idolanya.

Setelah beberapa tahun berlalu, perusahaannya mula berhasil. Kenalan niaganya bertambah seorang demi seorang.

Akhirnya, berkenalanlah beliau dengan Tan Sri Mokhtar. Kemudian, selepas beberapa waktu lagi, kisah kenalan aku dengan Tan Sri tu bertambah seri dan serius! Haha…

Beliau bukan saja dapat berurusniaga dengan idolanya, malah mula mendapat perhatian Tan Sri untuk menjadi kawan akrabnya.

Bermulalah hubungan yang lebih erat antara kenalan aku dengan Tan Sri hingga mereka pernah ‘ngeteh’ kat warung tepi jalan kat Muar ni.

Banyak kisah bangun jatuh Tan Sri dalam bidang perniagaan hingga bergelar jutawan ini. Dan banyak kisah terkini beliau diceritakan kepada kenalan aku tu yang tidak diketahui umum.

Sebagai kawan, dapat jugalah aku dengar kisah-kisah yang barangkali bukan rahsia rasmi disampaikan oleh kenalan aku tu tentang Tan Sri. Sungguh panjang perjalanan beliau…

Beliau memang contoh seorang Melayu baru yang kental mendokong ciri-ciri bangsa melayu jati walaupun bergelar jutawan…itu baru Melayu namanya…

Nota : Hmm… bilalah aku nak tengok melayu baru yang lain nih… 😦 

Nota 2 : Baiklah, sempena tahun baru ini, marilah sama-sama kita berusaha lebih baik pada tahun ini dan semoga dapat mencapai cita-cita dan impian masing-masing.. 🙂

Selamat tahun baru 2011 kepada kau orang semua!

“Boss, cari kerja lain lah… apa kejadah boss ambik kerja ni. Tak sesuaiii le…”

“Ha, korang tak nak kerja, pergi balik. Aku tak nak tengok muka korang. Biar aku buat sendiri. Nanti aku juga yang untung kan?”

“Boss ni… main ugut-ugut pulak. Okeylah, kita redah lah. Ni berbaloi ke upahnya ni boss? Tinggi risiko ni …silap gaya kena kurung karang”.

“Berbaloi la tu. TIGA BULAN gaji, amacam?”

“Emmm… tambah lagilah boss. Lepas ni sah-sah kita orang tak boleh makan, tak boleh minum, tak boleh dekat-dekat bini…”

Korang ni cengkadak jugak yea. Okeylah, tambah lagi elaun rawatan susulan korang DUA BULAN gaji. Last! Tak mau kalu, aku cari orang lain”

Abis tu, boss tak joint kita orang ke?”

“Bukan tak nak joint, aku nanti nak jaga korang pulak. Tah ada yang masuk sepital ke, masuk wad, kena halau ke… sapa susah? Akuuu jugakkk! Dah, dah… nanti tak settel kerja lagi tak dapat upah, sapa susah? Akuuu lagi!”

“Huh, gampang punya boss!”

“Ha, apa lagi? Masuk la. Masuk… jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri! LIMA BULAN GAJI weh…lima bulan. Jangan ingat lain. Korang bayang duiiittt aje! Okey? Ha, masuk-masuk….”

.

.

.

.

.

.

Huhu… inilah tempat boss kita orang tender tu. Tempat gaji lima bulan untuk kerja lima jam! Sekali jerwa cakap lu…sekali jer wa nak kerja macam ni. SESUMPAH!

Skop kerja : cari kat mana menatang rosak benda alah mesin tu. Dengar kata dah DUA bulan tak jalan. DUA BULAN beb!! Bayangkan aroma dia…!

Betul pun kena kuarantin lepas tu. Pejabat kesihatan yang pantau.Sebulan bau taik ko. Berpuluh kali mandi. Sabun wangi dozen-dozen abis.

Boss?? Ada la belikan perfume sorang lima botol…jadilah…

Kawan abgreds : ustaz kata itu rezeki halal. Cuma busuk le… memang wajib mandi!

p/s : cari gambar masa mesin rosak tak ada la pulak. Masa tu ‘air’ tenang jer. Paras pinggang. Tapi kena ‘berenang’ jugak. Mesin tu ada kat dasar…

Red : Assalamualaikum, tokeh.                                  

Bang amid : Wa’alaikum salam. Ha, Red. Apsal nampak boring ni?     

Red : Baru balik opis tanah ni bang. Mau tak boring…                

Bang amid : Ai, takkan tak settel lagi? Berapa bulan dah ni? Engko tak pakai kabel ke?                                                    

Red : Kabel kecik bang. Kabel cap ayam. Kejap putus. Kejap hilang. Nak sambung bukan main susah.                                                

Bang amid : Pakai le yang besar lagi. Projek besar, kabel kecik, mana jadi?                                                

Red : Kabel besar pun tak boleh pakai lagi, bang. Dia orang pakai kabel hantu! Wireless! Tau-tau fail dah kena cantas!                                                      

Bang amid : Dah tu, engko punya wireless mana?                    

Red : Tak de, bang. Boss sengkek. Duit ciput, macamana nak pakai wireless?                                                    

Bang amid : Eh, sengkek-sengkek pun ada mers (mercedes) maa. Boss engko tak kaw tim ke dengan opis tanah?                                

Red : Dulu ada. Tapi kawan dia tu dah pencen pulak. Patah kaki sekarang. Semua fail sangkut. Kabel saya lagilah tak boleh harap.                                                 

Bang amid : Itulah korang. Dulu main kabel siapa suruh?             

Red : Bukan saya bang amid. Boss yang ajar ni. Boss cakap, boss dia dulu pun ajar dia macam tu. Dia follow. Saya ni pun follow jer…            

Bang amid : Huh, dosa warisan betullah…ha, sekarang apa jadi? Macamana nak mengadap dengan customer?                                                      

Red : Tu yang mari sini, bang. Nampak ada clien depan boss. Saya angkat kaki le. Biar boss pulak yang mengadap… sama – sama rasa la…                                              

Bang amid: Pandai jugak engko ya. Eh, tu siapa pulak ramai-ramai tuh?             

Red  : Alamak, bang. Boss saya tu! Er.. saya cabut dulu bang !!

****

Anda mungkin berminat dengan entri ini :

https://abgreds.wordpress.com/2010/07/24/pusing-pusing-jangan-pening/

Nama aku Man, kawan Red. Tumpang blog dia. Aku tak ada blog. Tak pandai buat blog. Tak reti tulis blog.

Aku nak citer sikit ni. Ala, citer orang marhaen macam aku. Semalam dok aku tengah lepak kat opis, boss suruh aku hantar barang.

Alamak boss, dah tengahari ni. Petang sikit le. Petang? Sergah boss aku. Panas ni boss. Aku kerut-kerutkan dahi. Ala, macam tak biasa, balas boss.

Bukan macam tu, semalam lupa sahur boss. Aik? Asyik lupa je. Buka tak lupa pulak. Dah-dah, customer dah tunggu tu. Pergi-pergi…

Aku tak kuasa la kan. Dia boss. Aku kuli. Aku ambil barang, ambil jaket, start motor. Hui, panas giler weh. Takpe-takpe, demi duit raya.

Dengan matahari terpacak atas kepala, dengan jalan jam, aduh! Panasnya korang tau la. Kena masa tunggu lampu hijau, peeehhh.

Tengah dok tunggu tu, parking lak sebelah cina jual buah potong. Tembikai, jambu, nenas. Ada air cikang, air kelapa… aduuhhh…

Nasib baik le aku anak cucu tok bendang. Dari kecit dah selalu berpanas berhujan. Kalau aku anak dato’ tak tau lah. Anak orang kaya ada rasa susah ke? Aku tak tau sebab aku bukan anak orang kaya !  🙂

Balik opis je, duduk bawah air-cond. Fuh, kering tekak beb. Ujian betullah. Dah lega sikit, aku pun terpikir. Agaknya dia orang yang kerja teruk-teruk tu macamana pulak? Yang kerja kontrek, kerja gali lubang tutup lubang.

Tak pun orang kampung yang kerja berpanas. Buat bendang. Memerun. Nyawit. Tukang rumah. Samalah kena lapar kena panas.

Pas tu, dia orang tak ada air-cond, aku ada la jugak,walaupun boss punya. Kira aku sikit okey dari dia orang.

Tapi boss aku lagi okey lah. Duduk dalam air-cond. Tak kena panas. Huhu, someday aku nak jadik macam dialah.

So, sapa-sapa yang kerja dalam air-cond, tak pun kerja yang tak kena panas dan hujan tu, syukurlah banyak-banyak.

Aku? Syukur jugak. Kerja kontrek? Sama. Semua pemberian dan kurniaan Allah Taala sama juga. Tinggal kita jer..nak syukur atau tidak.

Man : belajar bercerita.  Abgreds : belajar tulis cerita

Bmcc : bandar maharani city center…ceh!

Red               :      Assalamualaikum, tokeh.

Bang amid     :      Wa’alaikum salam. Ha, red. Lama tak nampak muka.

Red               :      Ha’a. Bang. Lama tak lalu sini, nak singgah camane?

Bang amid     :      Ai sibuk nampak. Banyak projek nih. Mana sempat jeling       warung aku ni..

Red               :      Tak ada la bang. Red tengah pening ni. Projek kurang! Tu yang menjajau sana sini.

Bang amid     :      Janganla pening-pening. Ada la tu. Engko yang tak nampak.

Red               :      Tak de, bang.

Bng amid       :      Alah, mai sini. Engko nak makan apa?

Red               :      Tak makan, bang. Nak bungkus aje.

Bang amid     :      Ha, macam tu la. Jangan pening-pening. Tak ke mana red. Esok lusa adalah tu…

Red               :      Konfiden jer abang nih…

Bang amid     :      Bukan engko tak tau, duit tu pusing-pusing. Tokey kau tu nak makan jugak. Dia tengah

perambat projek tuh! Esok lusa adalah projek untuk engkau.

Red               :      Ialah bang. Aku ni kadang blur sampai tak boleh pikir..

Bang amid     :      Memang macam tu. Pusing-pusing. Nanti tokey kasi kau    projek, adalah duit masuk.

Lepas engkau ada duit, engkau beli lauk kat warung abang ni, duit abang pun masuk.

Lepas tu, abang beli sayur ikan kat pasar, orang pasar pulak dapat duit.

Red               :      Karang orang pasar nak makan, pegi warung bang amid.

Bang amid     :      Ha, kalau orang pasar tu nak buat rumah, aku suruh cari engko.

Red               :      Karang perut lapar masa buat rumah, datang kat warung abang lagi…

Bang amid     :      Ha, macam tu la. Jangan pening-pening. Duit tu pusing-pusing…

Red               :      Huh, terrer jugak abang amid ni. Dulu belajo sampai mana bang?

Bang amid     :      Sekolah hape? Belum SRP dah tercongok kat warung nih..hehehe…

Red               :      Ngeh ngeh….tu yang jadi tokey sekarang nih bang amid!

Bang amid     :      Ye la tu, tokey alias kuli !

Red               :      Standard tuh ! Okey, bang, red balik dulu.

Bang amid     :      Dah okey dah pening kau ?

Red               :      Dah………..!

*     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *

Bang amid     :      (belajar bisnes dan maintain bisnes)

Red               :      (belajar tak pening dan maintain jangan pening…) boleh ke?

p/s   :      kalau pening, jangan belajar. Kalau belajar, jangan pening !

p/s   :      kalau mengajar perihal pening, cikgu jangan pening-pening, nanti anak murid yang pening ! 🙂 :)…..


Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 65,658 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my