Blog Abgreds

Hari ini 3 Oktober 2013. Abgreds kembali menatap blog yang sepi ini. Masih lagi berbaki musim yang dulu. Yang sedih dan pilu. Yang gundah yang sayu.

Namun itulah kejadian alam yang jati. Kembalilah diri menginsafi dan menyedari. Tidak ada suatu pun ciptaan-Nya berlaku sia-sia. Pasti ada hikmah dan rahsia…

Dikesempatan ini, sejenak kembalilah mata ini menatap wajah blog yang tidak sepertinya ini. Menerawang seketika memori ini menyusuri perjalanannya hingga ke awal waktu.

Ya, panjang juga gebangnya. Entah apa-apa isinya. Iyalah. Hanya itulah yang abgreds termampu. Yang lain tentu lebih hebat dan bagus.

Untuk kali ini, abgreds kembali dengan iltizam yang baru. Baru bagaimana? Itu tak perlulah abgreds terangkan. Adalah kisahnya itu…

Baiklah, terima kasih atas kunjungan rakan-rakan maya sama yang lama atau yang baru. Insya Allah, pada lain kesempatan, abgreds akan kembali lagi..

Hari ini pun ada insan yang abgreds kenali telah KEMBALI bertemu Illahi…

Hanya ingin memberitahu kepada para pengunjung dan khalayak pelayar di luar sana bahawasanya empunya blog ini masih lagi ada di sini.

Hanyasanya dukacita dimaklumkan bahawa empunya itu kini dalam belungkasawa diri yang amat- amat begitu 😦 …hingga sukar mengaktifkan suis jari jemari bergerak untuk kembali seperti dahulu.

Dalam mencari erti seni dalam suatu sepi yang sungguh panjang… tatkala tiada upaya menolak takdir, hadirlah segala kekerdilan diri…

Sekadar itulah upaya yang diizinkan oleh-Nya kali ini…permisi…

Anak Muar pasti tahu medan selera Bentayan. Ia merupakan medan selera separuh hari yang beroperasi dari jam 6.00 petang hingga 2.00 pagi.

Terletak di kawasan perhentian bas Bentayan, medan selera ini terkenal di bandar ini kerana kedudukannya yang strategik serta kepelbagaian menu yang disediakan.

(Sebenarnya, di kawasan ini terdapat sebuah lagi medan selera yang namanya sama, tetapi ia terletak bersebelah hentian bas dan dibuka sebelah siang.)

Medan selera ini adalah menjadi sebahagian memori hidup penulis kerana pernah menjadi krew atau pramusaji di situ sekitar 1990 an.

Masa itu para krew mengenakan seragam baju putih dan topi merah. Itu antara pengalaman awal penulis bergelandangan mencari rezeki dan memegang duit sendiri.

Bersemangat betul buat tugasan tersebut. Walaupun bertugas dalam tempoh yang singkat, penulis memperolehi banyak kenangan dan pengalaman.

Paling tidak dilupa, Baca baki entri ini »

Agak lama juga tidak menulis di blog. Manusia makin ramai. Makin banyak mulut dan perut yang minta diisi.

Jadilah kek ekonomi makin kecil, makin kenit. Terpaksa peruntukan lebih masa mencari-cari di mana kek yang kita punya.

Baiklah, entri kali ini berkaitan blog ini sendiri, iaitu kaedah memendekkan entri bagi sesiapa yang belum mengetahuinya, khususnya untuk platform wordpress macam blog aku ni.

Aku bukan tergolong manusia yang pintar IT. Pembabitan aku dalam dunia blog dan internet ini tidak lebih untuk menambah ilmu disamping tidak mahu ketinggalan dalam arus perdana media terkini.

Untuk mencari kaedah yang semacam ini (memendekkan entri) pun sudah jadi masalah buat aku. Sedangkan sudah lama ingin berbuat demikian.

Korang boleh bandingkan entri aku terdahulu yang memaparkan semua isi kandungan entri. Aku punya page pun jadi panjang macam ketapi… 🙂 Tapi sekarang tidak lagi!

Baiklah, aku sertakan link kaedah tersebut di sini untuk sesiapa yang ingin merujuk. Banyak lagi tips-tips tentang komputer ada di dalam blog sedara kita ni…

Dipersilakan dengan segala hormatnya berziarah ke blog beliau…
http://ibnrajab.wordpress.com/ atau terus ke link berkenaan iaitu http://ibnrajab.wordpress.com/2009/11/09/baca-lagi-read-more/

Terima kasih daun keladi, insya Allah aku pun nak ke sana lagi…

Nota : entri pendek macam ni perlu ‘baca lagi…’ ke?  😉

11.11.11. Ramai yang perasan dengan tarikh tersebut. Cantik. Aku PERASAN juga. Tapi PERASAAN aku lagi cantik daripada tarikh itu pada hari itu. Perasan akulah!

Hari itu, aku ada tugasan kerja di Batu Pahat. Berpagi-pagi aku dah susun semua barang. Ada surat, ada pelan, ada cek, dan lain-lain. Semua macam sudah diperiksa. Perasan akulah! Baca baki entri ini »

Minta maaf kawan-kawan semua. Aku ghaib seketika. Ingat ghaib langsung. Rupanya tak jadi. Belajar tak habis. Ilmu tak jadi!

Kenapa aku ghaib? Sebab aku sudah aib. Kenapa aku aib? Sebab aku tak boleh ghaib. Kenapa tak boleh ghaib? Sebab aku ada aib! 🙂

Haha… Sudah. Terpusing-pusing pulak. Baca baki entri ini »

Pada suatu hari, betul-betul tak ingat tarikh tepatnya, aku teringat suatu peristiwa. Aku disuruh oleh cikgu ‘tulis betul-betul’.

Aku pun tulis perkataan ‘betul-betul’ banyak-banyak. Dah siap, aku bagi pada cikgu. Cikgu mengetap bibir. Geram!

Saya bukan suruh awak tulis ‘betul-betul’!, bentaknya. Tulisan awak tu yang tak betul. Kejap rapat kejap jarang…betulkan tulisan awak! Baca baki entri ini »

Sejarah besar Bukit Kepong, korang mesti tau punya!

1. Peristiwa serangan komunis terhadap pasukan keselamatan di Balai Polis Bukit Kepong, seperti yang korang baca dalam buku sejarah.

2. Dato’ Jins Shamsuddin melakar sejarah dengan pembikinan filem bersejarah ‘Bukit Kepong’, seperti yang korang tengok setiap kali hari Merdeka.

3. Peristiwa serangan pembangkang terhadap pasukan pemerintah di arena politik negara berkaitan ‘Peristiwa Bukit Kepong’, seperti yang korang lihat dalam senario terkini.

Cukuplah tu. Korang dah tau pun. Tapikan ada sejarah yang korang tak tau, terutamanya masa Dato’ Jins buat filem tu. Betul! Mari aku bagi tau… Baca baki entri ini »

Sempena aidil fitri, saya berkesempatan menziarahi sanak saudara di sekitar Johor Bahru kelmarin. Perjalanan yang agak jauh bagi saya.

Memperuntukkan waktu perjalanan lebih kurang 2 jam pergi dan 2 jam balik, dan 2 hari 2 malam tempoh ziarah, saya berdoa agar jentera usang kancil 660 saya tidak bermasalah. Baca baki entri ini »

Syukur alhamdulillah, seminggu sudah aidil fitri disambut oleh umat islam. Mudah-mudahan pengisiannya dapat kita laksanakan menurut syariat.

Antara memori indah penulis kali ini ialah pertemuan semula rakan-rakan persekolahan dulu yang ada antaranya sudah berbelas tahun tidak ketemu.

Sebaik bertentang mata, ingatan penulis langsung mengimbau pelbagai peristiwa dan kenangan yang pernah dilalui saat bergelar pelajar bersama dengan rakan-rakan tersebut.

Kami bersembang panjang tentang diri masing-masing. Memang tak cukup masa. Tapi cukup memadai untuk merungkai rindu kepada mereka yang Allah takdirkan bagi kita sebagai SAHABAT.

Sahabat ialah orang yang sangat kita percayai. Seorang yang menjadi diri kita yang kedua. Yang sanggup bersusah payah dan berkorban untuk kita.

Penulis pernah bertemu seorang guru yang mengungkapkan betapa pentingnya peranan sahabat bagi seseorang.

Mengambil contoh dari riwayat Rasulullah, Nabi sendiri berkenan mengangkat sebilangan pemeluk Islam awal sebagai sahabat kepada Baginda.

Sokongan keluarga memang penting. Namun jika tiada para sahabat, tugas Baginda untuk berdakwah tentu menjadi lebih sukar.

Para sahabat Bagindalah yang mewarisi kitabullah dan segala macam sunnah untuk disebarluaskan di kemudian hari.

Para sahabat Bagindalah yang bekerja keras dan bertungkus lumus berusaha agar syiar islam terus berkembang dan ke seluruh alam ini.

Atas usaha para sahabat itulah jua kita dapat mengenal Allah dan mengecap kemanisan iman dan taqwa di bumi nusantara sekarang ini…

Ala, kisah pasal kawan saja? Bagi penulis, setiap peristiwa ada hikmahnya. Tidak mengira kecil besarnya, penting tidaknya, semua terkandung ilmu yang sangat tinggi.

Seharusnya kita insaf, apa jua peristiwa yang berlaku di sekeliling kita adalah dengan takdir Allah. Sudah tentu ada ‘sesuatu’ yang menjadi bahagian kita.

Setidak-tidaknya, kita terfikir perihal persahabatan kita. Adakah kita punya sahabat? Bagaimana kita menjaga persahabatan dengan teman-teman rapat kita?

Adakah kita waktu ini tidak punya sahabat sejati? Jika tiada, kenapa? Kenapa orang lain sukar berkawan dan bersahabat dengan kita?

Adakah boleh sahabat di alam siber ini menjadi sahabat di alam realiti? 🙂
Tentu saja boleh asal ada kemahuan…kan?

Seperti kisah kawan penulis ni… http://familiazam.com/dari-alam-maya-ke-alam-nyata.html

 

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 65,649 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my