Blog Abgreds

Archive for Julai 2011

Hamba berada di sebuah masjid disuatu permukiman. Kami sedang menanti masuknya waktu solat subuh. Syukurlah. Ramai anggota kariah kelihatannya.

Sekali pandang seolah penuh seisi masjid itu dengan para penduduk seperti waktu sembahyang Jumaat ramainya.

Sesudah masuk waktu, maka hamba pun melaungkan azan hingga selesai. Maka berdirilah orang- orang semuanya itu untuk bersolat.

Hamba melangkah perlahan menuju saf utama di hadapan. Tatkala itu, hamba terasa begitu aneh. Orang-orang tadi yang turut bangkit tiada pula ke arah mimbar!

-Hei, mau ke mana kamu semua ini? Bisik hati hamba.

Aneh sungguh. Mereka berbondong-bondong menuju arah kanan masjid. Hampir kesemuanya. Apa ertinya semua ini?

Sekonyong-konyong, mereka sudah tegak berbaris mengadap dinding kanan seolah-olah mahu bersolat! Berderau hati hamba melihat perkara itu.

Sedang hati hamba tertanya-tanya, hamba melihat sekujur tubuh sahabat hamba dan beberapa orang lagi di saf depan sana. Sahabat itu hamba kenal di dunia nyata. Memang orangnya baik, soleh dan alim.

Segera hamba menyertai mereka. Bilangan yang kecil saja. Boleh bilang dengan jari. Hamba kembali tenang dan yakin. Syukur pada-Mu ya Allah…

Sedetik, hamba merenung jauh ke arah dinding kanan itu. Orang-orang sedang berasak berbaris. Apa yang mereka buat?

Apakah mahu solat? Mengapa tiada mereka mengadap kiblat? Na’uzubillahi min zalik…peliharakanlah hamba ini dari musibah itu!”   

Itulah mimpi seorang hamba Allah, lewat malam Jumaat yang berkat lalu. Tuan-tuan hamba semua tahukah mentafsir mimpi?  

Hamba ini tiadalah pandai ilmu mimpi. Tapi hamba yakin ada mimpi yang mengandungi erti…seperti mimpi hamba Allah tersebut.

* “Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak” *

Kelmarin :

“Alwi masuk tak pertandingan mewarna esok?”

“Masuk”

“Alwi pergi dengan siapa?”

“Dengan ayah dengan mak”

Semalam :

“Mana budak Alwi cikgu? Katanya dia masuk pertandingan?”

“Alwi? Tak adalah cikgu. Dia tak masuk. Sekolah saya dah cukup peserta dah…”

Hari ini :

“Alwi pergi pertandingan mewarna tak semalam?”

“Pergi!”

“Alwi pergi dengan siapa?”

“Dengan mak dengan ayah”

“Alwi menang tak?”

“Menang! Dapat nombor sembilan…”

“Apa hadiahnya?”

“Err…tak tau. Tak bukak lagi…”

* * *

Sah! Kita dah kena kencing kelmarin. Ya lah, kita ngaku kita jenis cepat percaya. Tapi kan, dia ni kecil lagi. Baru tadika.

Air muka nampak comel. Cakap petah. Intonasi penuh yakin. Dia jawab bersahaja jer sambil tenung mata kita. Macam tak tipu pun…

Ah! Inilah kali pertama kita diperdaya oleh budak tadika. Sungguh malang nasib kita. Tapi lebih malang si Alwi ini…

Dalam usia sebegitu muda, dia sudah belajar, malah berupaya mempraktikkan ilmu temberang dengan jayanya. Siapakah dalang di sebalik itu semua?

Ayahnyakah? Keluarganyakah? Kawan-kawan? TV? Internet?…

Ah, sungguh besar cabaran kita sebagai guru. Sungguh besar dugaan Alwi- dikelilingi nilai hidup yang salah di sana-sini…

* adaptasi keluhan rasa seorang teman guru tadika.  

Artikel ini menyambung tema artikel sebelumnya, iaitu tentang kegagalan para bapa atau suami memainkan peranan di dalam rumahtangga.

Rentetan kegagalan untuk membentuk keluarga (atas pelbagai faktor), maka sudah tentu mewujudkan suasana muram dan sukar. Kasih sayang tiada, keharmonian lenyap ditelan masa.

Salah satu akibatnya adalah berlakunya fenomena ibu tunggal sebelum cerai. Ini terjadi bilamana si ibu dengan rela atau terpaksa memikul beban suami yang gagal dilaksanakannya.

Samada rela atau terpaksa, perkara pokok bahawa suami gagal menjadi ketua keluarga tetap menjadi punca utama.

Ibu yang barangkali ada pendapatan tetap, atau berilmu, atau memang bersemangat waja, akan bekerja keras meneruskan hidup keluarga tempang tersebut. Mungkin untuk diri sendiri. Tetapi biasanya kerana anak-anak.

Apabila si suami melihat demikian, apatah lagi kelihatannya si ibu boleh menguruskannya, maka dia akan lebih menjauh dari kewajipannya.

Apatah lagi jika tiada bimbingan, teguran atau nasihat daripada mereka yang rapat dengannya, nescaya suami ini akan terus hilang fokus kepada keluarga.

Seorang ibu lebih menyayangi anak dan keluarganya. Naluri wanita dan keibuan seorang ibu memang lebih tinggi dari kaum Adam.

Sebab itu, demi kebahagiaan keluarga, si ibu pasti sanggup berbuat apa saja. Kegagalan suami menjadi nakhoda tidak dapat tidak mesti ditebus oleh si ibu. Tidak sanggup dia melihat keluarga tersebut terus muram menderita.

Sekali lagi, artikel ini ingin mengajak para bapa dan suami agar menyedari kedudukan anda sekalian dalam rumahtangga.

Selaku ketua keluarga dan rumahtangga, tentulah ada tanggungjawab dan amanah yang harus dipikul. Tentu ada pula pertanyaan-pertanyaan yang akan kena jawab di akhirat kelak. Pastilah ada pula balasan yang menanti.

Jangan persiakan kepercayaan daripada isteri anda. Jangan dahagakan kasih sayang untuk anak anda. Jangan khianati amanah keluarga anda.

Jangan jadikan isteri anda ibu tunggal sementara anda masih bergelar suami kepadanya. Janganlah anda terus hanyut dan gagal…

Masih ada masa. Masih ada ruang. Masih ada bicara. Masih ada peluang.

Teruslah perbaiki prestasi peribadi kita selaku lelaki, selaku suami, selaku ayah. Insya Allah anda boleh…

Hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan malam. Anak berderet enam, umur setahun sampai lapan (satu pasangan kembar).

Sewa rumah dua bilik, tak ada pagar, tak ada lapik. Tak ada kereta tak nak jalan-jalan. Sekejap ke depan ke belakang. Itulah rutin harian…

Anak membesar tak cukup panduan. Pagi buta dah ada di laman. Yang sekolah tak mandi pagi. Cukup sarapan air dan roti.

Bukan menidak rezeki Tuhan. Bukan menjaga tepi kain orang. Bukankah hidup saling saling mendoakan? Agar semua dapat keberkatan?

Alang berkahwin biar berfikir. Jadi bapak bukannya mudah. Buat anak pun kena zikir. Inikan pula jadi khalifah?

Anak terbiar disiplin kurang. Menganggu tetangga siang dan malam. Bapaknya kerja pendapatan jarang. Terpaksa ibu bekerja kilang.

Anda sekelian, terutama yang bergelar bapak, masa kini dan akan datang, insaflah. Kita lelaki ini sebenarnya yang menjadi mesin cetak untuk keluarga kita. Tanggungjawab kita untuk membahagiakan rumahtangga kita.

Selaku ketua keluarga, tidak dapat tidak, kitalah yang bergelar bapa ini menjadi punca segenap segi. Baik keluarga itu bahagia maupun sebaliknya.

Justeru, semua permasalahan keluarga sehingga membawa kepada kesengsaraan atau lebih teruk, perpisahan, tetap dipertanggungjawab kepada suami atau bapa.

Sebuah keluarga bahagia boleh direalisasikan jika suami atau bapa mempunyai ilmu yang cukup. Ilmu tentang keibubapaan, kewangan, kebertanggungjawaban dan sebagainya.

Sebenarnya, bahagia seorang bapa itu adalah melihat keluarganya bahagia. Jika zahir keluarganya nampak susah, bolehkah dia merasa bahagia?

Kalau si bapa itu tidak kisah akan hal itu, mungkin untuk dirinya sendiri sudah bahagia, itu sudah jadi masalah lain! Mesti ada yang tak kena!

Tulisan ini bukan pula menafikan peranan kaum hawa atau ibu. Sememangnya keluarga yang ideal adalah keluarga yang mana ibu dan bapa memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Tetapi bukankah yang cari calon ibu dulu adalah LELAKI juga?

Tak gitu LELAKI-LELAKI di luar sana?

Korang kalau tengok orang main nombor, apa first impression korang? Mesti yang tak baik, kan? Pandangan kasar memang macam tu.

Tapi korang ada terfikir tak, apasal dia orang (orang kita/islam) tu main nombor? Suka-suka? Atau tabiat? Atau buang tebiat?

Aku ada kenal seorang kawan kaki nombor. Bukan kaki nombor sebarangan tau. Kawan ni ada ilmu. Ada agama. Ada imanlah pendek kata.

Ada iman hape kalo pi tikam ekor? Macam ni….

“Bapak aku pesan, Red. Kat dunia ni, semua Allah punya. Yang baik Allah punya, yang jahat Allah punya jugak”, kata dia.

“Bapak aku pesan lagi, nak buat benda baik, minta tolong Allah. Nak buat benda jahat, pun kena minta tolong Allah. Bapak aku pesan la…”

“Jadi satu masa tu, aku betul-betul tak ada sen (duit). Ada hutang kawan lagi. Nak kerja apa pun dah tak tau. Buntu aku masa tu”

“Entah macamana aku terfikir nak tikam nombor. Agaknya dah kesetanan aku nih. Tapi aku teringat pesan bapak aku tu”

“Aku pun buatlah. Aku berdoalah bio Allah bagi aku rezeki kena nombor. Eh, betul nih. Aku doa macam orang lain yang baik-baik tu jugak…”

“Tak lama lepas tu, aku nak beli nombor. Tapi ada ilham datang suruh aku belajo tikam betul-betul. Bio kena ribu-ribu…eh, betul jugak tu”

“Aku pun pergilah berguru. Aku cari otai-otai nombor yang aku tau. Akhirnya aku dapat ilmu tikam nombor ni. Ko tau apa dia?”

Ko pergi kedai nombor hari tutt…, masa tutt…hekhekhek…rahsia aku Red. Mana boleh kasi tau. Ko nak pergilah belajo sendiri!”

“Dah tu, aku pun pergi nombor. Sekali beli – tak kena. Dua kali – tak kena jugak. Aiii… apakebenda ni….aku dah kena tipu ke..?”

“Duit aku pun dah habis dah. Tapi aku tak putus asa. Aku pinjam duit kawan aku. Aku beli lagi. Tup-tup…, eh, kenalah!”

“Tapi aku tak boleh pulak ambil duit tu. Aku dah janji nak bagi semua duit tu kat dia kalau kena….alamak aii...”   

Rupa-rupanya kawan aku ni tak pernahnya dapat duit hasil tikam nombor tu. Dan dia pun perasan akan sesuatu. Sesuatu isyarat….bahawa…

Satu, kalau beli pakai duit dia – mesti tak kena. Orang lain belikan untuk dia pakai duit dia, pun tak kena.

Dua, tapi kalau beli pakai duit orang – boleh kena. Belikan orang lain pakai duit orang tu sendiri – pun boleh kena.

Fikir punya fikir, sedarlah dia bahawa bukan itu caranya minta rezeki. Doanya betul ditujukan kepada Allah, tapi kaedahnya pula yang tak direstu Allah. Tentulah rezeki tak sampai. 

Dan dia juga insaf, itu salah satu ujian dari Allah jua. Benar dia dalam kesempitan. Benar pesan yang sampaikan bapanya. Dan benar semuanya milik Allah.

Namun jika ada iman dan taqwa, biar sebesar zarah, Insya Allah, Allah akan melindungi hamba-hambanya. Sungguh Dia Maha Pengasih lagi Penyayang.

“Alhamdulillah, Red. Syukur aku dilindungi Allah tanpa aku sedar. Nasib baik aku tak sampai termakan duit nombor dulu…”

Memang kaki nombor itu buruk perangainya. Tapi tak semua kaki nombor busuk hatinya. Sebelum tahu kisah empunya, baik di doakan yang baik-baik saja…

p/s : Jangan main nombor okey…haram tu…

Salam sejahtera buat anda semua. Penulis terlebih dahulu memohon maaf atas istirehat yang panjang dari menulis di blog ini.

Beberapa waktu ini, masa untuk menukilkan sesuatu di sini tidak kesampaian. Ada beberapa tugasan yang perlu dibereskan terlebih dahulu.

Pun begitu, penulis masih melayari internet untuk mengetahui perkembangan semasa blog kawan-kawan dan laman-laman web yang sering menjadi halwa mata dan telinga penulis.

Penulis sebenarnya teringin menulis sesuatu sempena setahun penulis menulis di blog ini. Namun hasrat itu tak tercapai nampaknya. Tak mengapalah. Apalah sangat pencapaian berblog bagi penulis kerdil ni…

Yang penting, penulis sudah berusaha untuk memberi nukilan yang pada fikiran penulis berguna untuk kalian. Itu matlamat penulis. Dan penerimaannya tentulah bergantung kepada para pembaca sendiri.

Insya Allah, kiranya diizinkan, penulis akan menulis lagi. Banyak kisah dan kasih yang boleh dikongsi untuk tatapan kita semua.

Sesiapa yang nak pergi BERSIH tu, bersihkanlah dulu hati anda. Bersihkan dulu jiwa anda. Ambil wuduk, buatlah sembahyang istiharah. Mintalah petunjuk dari Allah. Dia tuhan yang Maha Mengetahui.

Ops…lari tajuklah pulak…macam-macamlah dia orang nih…

Sekadar ini dulu kali ini. Oh ya, kepada para pengunjung blog ini – samada yang sudah biasa atau yang baru, penulis ucapkan terima kasih banyak-banyak.


Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 65,658 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my