Blog Abgreds

Rahsia suami pendiam.

Posted on: 21 Disember 2010

Dia dah kahwin. Ada anak. Jumpa Abgreds tempohari. Pening, katanya. Nak menumpang telinga Abgreds untuk mendengar luahan hatinya.

Dia sayang isteri anak dia. Dia cuba berikan apa yang terbaik. Tapi mungkin masih ada yang kurang di mata isterinya.

“Aku dah beli rumah. Aku beli kereta. Makan pakai insya Allah. Mungkin aku tak sekaya yang diharap isteriku”, katanya lagi.

“Kau tak beritahu isterimu?”, tanya Abgreds.

“Dulu-dulu beritahu. Tapi kelihatannya seperti kemahuannya makin tambah. Mintanya makin banyak. Aku sudah kehabisan ikhtiar. Lalu aku terdiam beberapa waktu”

“Aku sayang isteriku. Dia baik. Aku takut dia terlepas sangka padaku?”, terangnya. “Macamana tu?”, tanya Abgreds. Kurang jelas.

“Aku takut dia menyangka sesuatu yang tiada padaku. Misalannya aku tidak berusaha sekuatnya. Atau aku tidak menjaga kebajikannya. Tak sayang padanya. Sakiti hatinya…”

“Dan aku juga takut andai sangkaannya lebih kuat dari itu”.

“Lebih kuat?”, tanya lagi Abgreds. Kurang ilmu…jadi asyik kurang jelas.

“Ya, lebih kuat. Mungkin hingga dianggapnya aku ni kejam dan zalim dan menganiaya dia dari sebab kemahuannya tidak tertunai.., bagaimana Red?”

Waduh, kompleks juga masalah abang ni, fikir Abgreds dalam hati.

“Isteriku akan mencuka masam bila aku gagal penuhi permintaannya. Aku dah jelaskan. Dia macam tak percaya. Itu yang aku sedih, dan terkadang agak marah…”

“Tapi aku tak mau zahirkan marah aku depan dia. Sebenarnya aku akan cuba tahan marahku, Red. Kalau aku marah, tak pasal-pasal dia berdosa pada aku. Sedangkan dia tak tau. Dia ingat aku biasa saja…

Betul juga kata kawan Abgreds tu. Walau sehebat mana ujian Allah melalui karenah si isteri, suami yang hebat akan cuba menahan amarahnya.

Kerana dia tahu, isterinya di kebanyakan waktu, tidak tahu atau tidak perasan, perbuatannya itu menyakiti hati suami.

Jadi, mengapa dia harus memarahi isterinya atas perkara yang si isteri tidak sedar akan kekhilafannya…

Biarpun susah meneka diam para suami, kalangan isteri haruslah berusaha memahaminya. Kadang diamnya suami itu untuk menyelamatkan isteri dari jatuh dosa dan derkaha tanpa dia ketahui.

Itulah antara perkara yang menyebabkan kaum bapa menjadi lebih pendiam. Pun begitu, kita mesti ingat bahawa Allah Taala itu Maha Adil.

Dia (Allah) juga Maha Pengatur. Adalah hikmahnya disebalik setiap suatu yang kita pandang seperti tiada persefahaman seperti itu.       

Wallahualam

Nota : memang kedapatan juga suami yang ternyata berperilaku di luar batasan, tapi itu bukan fokus entri ini…

75 Respons to "Rahsia suami pendiam."

as salam. diam tu diam berubi, mana lah tahu dlm hati nak tambah lagi…hehehe…..jgn marah, kita usik2 saja. selalu nya terjadi, suami pendiam dan isteri pula byk mengomel, tapi bagus juga mcm tu, barulah dinamakan pasangan serasi.

Ini respon orang pandai ni…itulah skema perkahwinan Cintarosa. Semuanya ada hikmah yang perlu dicari dengan sabar dan dengan ilmu…
Terima kasih ya drop komen yang baik banget tu… 🙂

alahai saya suka la part suami dia yang mendiamkan diri sebab tak nak isteri dia dosa. Jarang jumpa suami macam ni. tapi saya tak suka part dia yang biarkan isteri dia terus meminta benda sedangkan tahu suami tak mampu dan bila tak bagi muka monyok.. huhuhu. tak bagus tu…

Salam Chempaka..
Maaf tertinggal pula nak balas komen anda. Semua perkara ada buruk baik dia Chempaka. Tinggal kita yang kena usahakan agar dapat maksimumkan kebaikan atau minimumkan keburukan dia.
Dan soal ini pastinya terlalu subjektif dan terlalu banyak faktor yang menjadi penentu..
Terima kasih bagi pandangan anda…

amalkan doa yg lembutkan ht isteri…

alorhhh siannye suami die..tpi trus trg kan ag bagus..
tp klo lelaki y terlalu panas baran lak cmne?cmne nk atasi tu…sb cik ima bdepan ngn situasi lelaki pns baran ni…nk wt suami pun takot…erkkk….pendapat pless?

Bahagian masing-masing cik Ima..
Dah bagitau pun belum tentu jelas, belum tentu faham, belum tentu boleh terima…
Pasal soalan ko tu, tengok rejeki la yer..belum ada idea nak jawab masa ni.. 🙂

betul bila suami ada masaalah mereka memang suka mendiamkan diri,suka pemdam dan akhirnya si isteri berperangsangka yg bkn2,seharusnya bila ada masaalah mestilah diluahkan,baru boleh saling memahami bak kata orang tua2 berat sama di pikul ringan sama dijinjing….

Suami biasanya berfikir tidak mahu membebankan isteri dengan masalah dia sebab masalah suami kadang bersangkut paut dengan urusan luar rumah seperti pekerjaan, pendapatan, dan sebagainya…
Namun begitu memang sepatutnya suami kena jelaskan kenapa dia diam. Sekurang-kurangnya isteri tahu diam itu bukan sebab isteri. Jadi taklah isteri terfikir yang tidak-tidak..
Terima kasih bagi pandangan ya PPL..

omu tak de pengalaman cuma melihat pada ayah omu…ayah omu jarang marah mak omu…menengking apatah lagi mengangkat tangan…ayah omu banyak diam dengan famili…tapi banyak cakap kalau dengan orang luar…kadang2 omu pelik, nape tak mesra dengan kitorang…huhu…

Jangan sedih Omu. Ayah Omu juga insan biasa yang ada kelebihan (tidak kasar terhadap keluarga) dan juga kekurangan (terbawa-bawa sikap pendiam kepada anak-anak)…
Omu akan lebih mengerti bila Omu lebih dewasa dan berilmu nanti. Belajarlah apa-apa yang baik untuk hidup Omu dari masa ke semasa…

Salam abgreds,

SK jadi tak keruan kalau suami diam membisu. Rasa seperti ada berbuat kesalahan yang dia tak mampu beritahu. Biasanya, SK lebih suka berbincang secara terus supaya hati tak membeku dengan macam-macam perasaan.

Anyway, terima kasih atas perkongsian cerita ini. Masih banyak dan tak akan habis belajar tentang kehidupan dari sahabat-sahabat semua supaya SK boleh jadikan panduan hidup.

Apapun, tetap bersyukur dengan kehidupan yang dilalui sekarang dan menerima seadanya apa yang diberi oleh suami. Itu janji saat SK terima akad dan nikahnya.

W’salam wbt SK,

Saya kira SK dapat memahami dan menyelami hati budi suami SK semampunya SK. Memang tak akan dapat hingga 100 peratus, tapi sudah memadai untuk memelihara kerukunan rumahtangga SK.

Pembelajaran akan terus hidup dalam diri insan yang merasa dirinya adalah pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu. Setiap saat yang berlalu penuh dengan usaha mencari kebaikan dan kebajikan untuk diri sendiri..

Salam abg reds..
lady nak tanye soklan yg xde kaitan dgn entry kat atas ni..
ape pendapat abg reds jika perkahwinan tanpa restu ibu si lelaki..
sdgkan perempuan dan lelaki tu dah berjanji tuk berkahwin..

(nanti kalau abg reds jwb bgtahu kat shoutbox lady ek, nant lady menyusul ke sini)

—‘lihat entri kawin tanpa restu’—

waahh…mcm tu ye?…semoga saya mendapat jodoh yang penyabar suatu hari nanti…amin~ huhu

ya…diam itu lebih baik…

Diam ubi baik, diam penggali karat.. terima kasih Queila..

tak salah kan tegur isteri secara baik? mana tau dia boleh berubah. mungkin dia akan lebih sedar akan silapnya…

Nak cari cara baik tu yang subjekti Atie…penerimaannya lagi lah subjektif…
Terima kasih bagi komen Tie..

diam itu lebih baik.

Yup..tapi jangan diam terus! tak baik! ngee… 🙂

assalam tuan blog 😀

Assalaamu`alaikum abgreds, lama tidak menjenguk blog abgreds. Masih belum terlewat rasanya saya mengucapkan selamat tahun baru hijrah buat abgreds. Pada saya mendiamkan diri adalah tindakan yang tidak betul kerana ia bukan sahaja menambah beban bahkan mendatangkan kesan lain. Nasihatilah kawan abgreds supaya berbincang dengan isterinya secara baik dan damai untuk mengelakkan salah faham di kemudian hari.

Mungkin dengan hanya mendiamkan diri, penyelesaian sementara boleh diperolehi, tetapi bagaimana jika si isteri berpandangan negatif? Merasakan si suami semakin dingin atau pelbagai tanggapan lain?

Wa’alaikumussalam MM…
Selamat Maal Hijrah untuk MM juga.
Dalam konteks kawan Abreds, dia diam selepas memberi penjelasan. Barangkali diskusinya bersama isterinya belum selesai atau bertambah rumit. Jadi dia untuk meredakan keadaan. Bahkan untuk meredakan MARAHnya. Itulah tujuannya. Tentu ini cuma pilihan sementara. Dia juga fikir perlunya diskusi diteruskan agar tanggapan negatif si isteri dapat dielakkan, serta menyelesaikan masalah itu..

Salam…

Hmmm, n3 ni sedikit sebanyak boleh sedarkan kaum isteri yg tidak memahami situasi si suami…
Nasib baik suaminya seorang yg penyabar…

W’salam kak Iza…
Nampak macam kecil..tapi kiraannya besar kat ‘sana’ nanti..

memang perbezaan itu untuk saling melengkapi.
cewwahhh cewaaahhh.

😛

Betul kata awak Naddy.. terima kasih jenguk mai Abgreds..

bukan senang nak memahami suami yang pendiam.tapi sbg isteri kena jugak cari jalan nak faham isi hati suami.insya’Allah Allah akan permudahkan.kadangkala diam itu bukan bermakna mengalah, tapi cuba untuk menjernihkan keadaan..

Janji kedua-dua pihak ada diskusi. Bincang dan fahamkan keadaan… Kalau dua-dua cakap susah. Kalau dua-dua diam lagi susah…

sabarnya si suami melayan karenah isteri..susah nak jadi isteri solehah kalo selalu sangat minta yg bukan2 kt suami..isteri yg baik sentiasa merasa cukup apa yg diberi oleh suami..

Yup, pusing-pusing kena belek balik kitab-kitab ngaji dulu…baca balik.. dulu belajo jer…tak sama macam praktikal 🙂

pnh baca buku Mens are from Mars Women are from Venus? buku ni mmg mantap dlm menghuraikan antara perasaan wanita dan rasionalnya lelaki..cubalah cari kat kedai..hihi

salam
terima kasih abgreds. namun kadang kala hati jadi marah jug bila dengn kita, sepatah kita sepatah dia. walau kenangan silam sukar terpadam, dalam hati lansung tiada dendam. pasrah dan sandarkan segalanya kepada Allah jalan paling indah…alhamdulillah.

thanks again. really appreciate this info.

W’salam wbt.. kak CT.
Sama-sama tambah ilmu. Suami banyak yang kena fikir. Lebih fokus perkara besar, survival hidup dll. Tu sebab kadang terlepas perilaku yang mengecilkan hati isteri..
Alah..itulah namanya suami isteri. Nikmat kahwin tu indah dan besar ertinya, maka ujiannya juga turut besar dan mencabar..

Mungkin judul di atas cocok sekali dengan aku mbak. Suami pendiam, dan kebanyakan cocoknya dengan wanita yang agak cerewet, meski istriku tidak. 😆 Salam dari Kendal, Jateng, Indonesia.

Ahlan wa sahlan Pak Wandi. Salam kenal juga dari saya.
Beneran isteri Pak Wandi kurang cerewetnya, kuranglah pusing kepalanya ya Pak Wandi… 🙂
Moga berpanjangan silaturrahmi kita ya pak..

– salam singgah.. 🙂

adakala, diam adalah jawapan kepada semua persoalan..pun, adakala ia menyumbang kepada persoalan demi persoalan yang lain-tanpa putus..

selagi namanya manusia, takkan ada kesempurnaan..begitupun, andai kita letakkan rasa syukur di hadapan, pasti khilaf diri bisa menjelmakan rasa redha..

sampaikan salam kepada teman kamu, dan katakan padanya bahawa kekurangan isterinya itulah yang melengkapkan kesempurnaannya sebagai suami..kerana dia mampu membentuk sifat sabar dalam diri..dan insyaallah, selalu berdoa…

hidup itu sendiri anugerah, walaupun ia sangat mujarad…. 🙂

Usahakan agar kita dapat meletakkan diam itu ditempat yang paling dekat dengan kebenaran iaitu untuk menjawap persoalan.. namun jika diam menyebabkan lebih banyak persoalan, eleoklak berbincang, jangan diam. Itu diam yang salah dan menambah masalah.

Memang sukar, tapi tidak boleh dibiar macam tu saja. Insya Allah nasihat yang baik dari kamu bukan saja bermanfaat untuk teman saya itu, malahan kita semuanya ini.

Terima kasih bertamu di sini, dan sudi berkongsi rasa, Escapism..

kesian kat para suami yang dapat isteri tak memahami….

salam
kadang2 si isteri perlu penjelasan. kendati perempuan itu fitrahny lebih berperasaan berbanding akal fikiran. wallahua’alam.

doakan dia orang solleh..spesis kiter tuh.. 🙂

aduh abgreds. jd takut plak nak kawen mcm ni. moga tuhan permudahkan segalanya. ameen

aiseh..Shakir, mana boleh lagu tu pulak..kesian kat awek ko yang tengah tunggu tuh ngeee…
bukan nak takutkan ko or bujang-bujang teruna lain tu, ini cuma pesan-pesan. kalau nak kahwin tu siap sedialah banyak sikit. jangan terburu nafsu. belajo dulu pandai-pandai..atok ada, abah ada, pak sedara ada..belajo dengan dia orang okey..

Suami sy seorg yg pediam, tp kadang kala ada juga buat lawak. Dia sgt syg pada saya (itulah yg saya nmpk & dengar dari kwan2 dia). cara dia cakap dgn saya sgt berhemah, apa saja yg saya nak seboleh2nya dia akan tunaikan, apa yg saya buat dia akn support 100%. tapi masalahnya saya sendiri.

Kadangkala saya yg rasa curiga dgn dia (actually bukan tak percaya dia) saya curiga dgn org2 sekeliling dia esp. rakan2 perempuan di office. pernah sekali saya menuduh dia ada hubungan dgn seorg janda di office dia. tapi dlm hati saya, saya menidakkannya dan dia jelaskan semuanya. Alhamdulillah mmg tiada apa2. tapi saya masih sangsi dgn perempuan itu sbb beberapa kali saya keluar dinner dgn rakan2 sekerjanya dan saya sendiri nmpak bagaimana pandangan perepmpuan itu pada suami saya dan saya tahu dia ada hati dgn suami saya.

Abg Reds….salahkah saya curiga???

Terima kasih bagi komen kak CM.

Saya berpendapat selagi sayang atau benci, percaya atau curiga kita berdasarkan niat Lillahi Taala, kesemuanya adalah benar dan tidak salah.

Berdasarkan kisah kak CM, saya rasa kak CM masih dalam curiga yang bermanfaat. Kak CM ingin memelihara kesejahteraan rumahtangga serta kasih kakak untuk suami. Suami kak CM juga ketara sebagai suami yang baik.
Kak CM juga tahu prasangka terdahulu tu tak benar, dan jauh di sudut hati Kak CM memang percaya dengan suami.

Sandarkan semuanya kepada Allah kak CM. Dalam curiga itu ada garis halus antara bisikan syaitan dan panduan yang hak dari Quran dan Hadis. Kak CM usaha, doa dan istiharah misalnya, supaya mendapat gerak hati yang benar sebenar-benarnya. Dan dapat membuat keputusan yang sewajarnya.

Sekadar ini dapat saya berikan jawapnya. Minta maaf kalau tidak menepati soalan kak CM. Apapun, moga rumahtangga kak CM terpelihara dari musibah fitnah atau sebagainya yang tidak baik…

TQ Abg-reds..
Yerlahhh….’curiga yang bermanfaat’ suka ayat tue.
Saya akan cuba memanfaatkan kecurigaan ini ke jln yg baik.

Takut tau, coz saya ni suka meminta2, takut pula ada rasa tidak suka dlm hati suami yg saya tak tahu dlm dia trus menuruti kehendak.
Takut kalau suami berubah hati, coz ibu tunggal selalunya berdikari.

Hermmm…..byk kalau nak dirungkai permasalahan rumah tangga ini.

Masaalah rumahtangga sebegini memang biasa berlaku di mana-mana. Lumrah alam rumahtangga tentunya ada konflik yang susah nak diselesaikan. Terutamanya bila pasangan itu dibesarkan dengan cara yg berbeza dan dengan kemewahan yg berbeza juga.

Memang sbg suami t/jwan amat berat dan iblis sentiasa berbisik ditelinga agar masjid yg dibina dihancurkan begitu sahaja.

Kebanyakkan wanita zaman ini lebih educated dan terdedah kepada pelbagai maklumat. Akibatnya, tidak seperti zaman dahulu, isteri2 dan pandai argue dan berdebat. Byk suami kdg ambik jalan simple iaitu mengalah sekejap dan berdiam diri. Namun, berdiam diri tak juga sampai ke tahap tak meluahkan pendapat langsung.

Dalam hal ini kawan Abgreds kena kuatkan lah semangat utk berdiskusi dengan isterinya. Banyakkan solat dan berdoa utk mohon kekuatan dari allah sw.t. Insya-allah..

Setuju dengan abg Mail.. masalah ni global..ada kat mana-mana rumahtangga..cuma skala dia beso kecik jer..
Aku pernah tanya sorang orang tua, bila dia dah khatam ngaji bab jadi suami nih, rasanya tak selera dia nak kahwin..huhu..
Bukan apa, kalau lelaki ni paham betul-betul tuntutan agama bab jadi suami, harus goncang mengendur nafsu dia dek tanggungjawab yang terpikul kelak..betul nih…
Tapi dia sendiri pun dah kahwin masa dia belajo tu..so..teruskan aja sambil usaha dan doa mana-mana yang patut. Masalah suami sekarang ni ialah kurang ilmu. Setakat kursus dua hari tu mana cukup..
Terima kasih bagi pendapat abg Mail tu..

hurmm .. sayu pulak hati bila ada kes macam ni, kadang kadang jauh kat sudut hati niat nak jadi isteri yang baik suatu hari nanti tapi bila ade pulak cerita yang suami control, suami baran, kaki pukul, terasa nak jadi macam isteri abang ni lak. huhu

Niat ko tu dah bagus Duyya..
Nanti masa cari mr. right ko tu usahalah baik-baik. Berdoa, munajat, istiharah dapat suami yang baik dan bukan jenis panas baran sebagai tuh..
Lelaki dan perempuan yang baik atau sebaliknya nih semua ada tanda gaya dia.. ko bacalah mana-mana info kat internet nih..yang penting, sendiri mau baik dulu ok..

salam
kadang2 si isteri perlu penjelasan. kendati perempuan itu fitrahny lebih berperasaan berbanding akal fikiran. wallahua’alam.

salam abgreds, terpegun membaca kisah suami ini… kesabarannya menangani nafsu kehendak isterinya mmg patut dipuji.. beruntung si isteri itu yg punya suami yg terlalu menjaga hati isterinya sehinggakan takut utk marah apatah lagi menegur sikap isterinya itu. Suamiku bernasib baik mendapat isteri spt aku…hehehehe…ter’puji’ diri sendiri lak…ya betol..aku tak pandai meminta2 kerana aku juga harus melihat dari kemampuannya pula… syukur sekadar ada rumah, ada kereta, ada duit utk bayar elektrik, air, astro, wifi dan makan… sesekali makan diluar dan sesekali pergi bercuti sekeluarga..syukur sangat.. nasihat aku pada suami itu berterusteranglah pada si isteri atau beritau jika ada rezeki dia akan tunaikan permintaannya… agar dia tahu keadaan yg sebenarnya…kesian pada suami itu..

Wa’alaikumussalam wbt…kak Yatie.
Si suami bukan takut nak marah isterinya. Tapi takut SEBAB akan apa yang dimarah itu tidak diketahui isterinya. Maka
isterinya tak tau dan tak faham. Kalau sebab itu jelas diketahui si isteri, maka menjadi hak suami untuk marah dengan niat mendidik isterinya…
Alhamdulillah, kak Yatie dapat suami yang baik budi. Mudah-mudahan rumahtangga kak Yatie rukun damai. Doakan pula kawan-kawan kita yang dilanda musibah seperti cerita ini agar mereka dapat selesaikannya…

abgreds & yatie : kak ct pun sangat2 bersyukur walau pun kadangkala bersyukur tapi tetap bersyukur apa adanya.

suami akak yg beruntung dpt isteri mcm akak ni yg tak pandai meminta minta….

Kesian kalau dapat isteri macam tu,tidak pernah cukup dan tidak pernah memahami,saya ada juga kawan lelaki yang dapat isteri seperti diatas…memang sisuami selalu makan hati jer..semoga sisuami tabah..

Pokok pangkal ilmu, iman dan amal..kalau ada semua tu insya Allah ada jalan penyelesaian..

Semoga ni jadi perhatian tuk para istri agar tak minta lebih dari kemampuan yang di punya suami.

Makasih mas GusPur…
Bukan tak boleh minta lebih, boleh aja asal dalam mampunya suami..kalau sampai menggoncang rukun rumahtangga, nah itu perlu diskusi..

ya Rabb..kak ct selalu berdoa jgn sampai kak ct susahkan dia dunia dan akhirat, ameen.

nice info…sangat berguna utk kaum wanita ^_^

Pesan-pesan sesama kita Yana…

hm betul lelaki memang kurang berkata-kata. tetapi seharusnya isteri dan suami saling memahami dan tahu limit masing-masing bukan.

Bak kata ustazah Bahyah, cari titik persamaannya tu..tang mana tang mana…nak cari yang tak sama bersepah doh…

wallahweih…betol jugak kata abgreds tu.

diam2 berisi kot..kekeke

Berisi tetap berisi Yanie…cuma tak tau isi lembut ke kenyal ke keras kematu ker… 🙂

Mendiamkan diri kerana mengelakkan pertelingkahan itu perbuatan terpuji, namun jika mendiamkan diri tanpa memberi jawapan pasti pihak satu lagi sukar meneka apa sebenarnya yang terbuku di hati.

Dah jelaskan juga abg Azam…telinga boleh terima, tapi hati tak boleh. Tu yang jadi berpanjangan. Tapi suami pun usaha lebih masa bagi penjelasan. Dua tiga kali kot.. (biasanya sekali jer dah.. :))

Tinggalkan Jawapan kepada Suara Kalbu Batal balasan

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 65,642 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my