Blog Abgreds

Pecut dengan pengecut!

Posted on: 10 Oktober 2010

 

imej dari google

0 kmj – vromm..vromm… Botak panas kan enjin kereta. Slurpp..slurp.. kawan panaskan enjin perut. Teh Botak dah licin dah. Sekali teguk je.

“Ha, kau kat mana? Batu Pahat? Gila kau..jauh tu..aku kat Tangkak ni. Apa? Setengah jam? Ok ok..kau tunggu..” “Red, kita jalan”

“Ke mana Botak?” tanya kawan. “Batu Pahat” jawab Botak. “Hish..sempat ke setengah jam?” “Naik je.. nanti kau tengok la ”

10 kmj – bandar Tangkak. Kereta masih banyak walaupun jam sudah pukul 10.00 malam. Botak mula bergerak perlahan. Kawan stabil je masa ni.

30 kmj – keluar dari bandar Tangkak. Sebaik melepasi Kg Sri Makmur, kenderaan dah kurang. Jalan pun dah lengang.

50 kmj – melepasi kawasan tol Tangkak. Melepasi.. tak sempat tulis… Botak dah tekan minyak sampai 90 kmj. Kawan pulak dah mula kecut.

100 kmj – tak tau dah dekat mana. Botak bawa kereta macam apa! Kiri kanan kiri kanan. Celah mana boleh celah. Kawan rasa muka dah kering!

110 kmj – ‘double line’, selekoh, bukit, gaung..perghh..semua ‘bantai’. Botak tengok kawan yang dah pucat. Tangan kiri pegang pemegang tangan atas. Kuat. Tangan kanan pegang perut.. dah memulas-mulas..

120 kmj – “steady Red!” jerit Botak pada kawan. Terhempas-hempas tempat duduk. Ke depan belakang di seret brek mengejut. Kepala kawan dah pusing. Rasa loya. Terkucil nak kencing! Tahan..tahan..

13…kmj – tak sempat tengok. Treler depan ‘high beam’. Tinnnn…!!! Serentak Botak paut stereng. Kawan tak berani tengok, terus tutup mata. “Asyhadu…asyhadu…asyhadu anla….”

Gelap…  Err…kat mana ni? Red, Red… terdengar sayup suara. “Red!” Wei, kuatnya suara. “Red, kau ok ke?” aku buka mata. La..dah sampai Kesang.

90 kmj – “Maaf le. Aku kejar masa…” Kawan sengih. Pening… Loya… Nak cakap pun susah. Tangan masih gigil pegang pemegang tangan.

50 kmj – bandar Muar. Tengok jam.  Aje gila mamat Botak ni.. Tangkak-Muar tak sampai setengah jam.

0 kmj – “Betul kau tak nak ikut?” “Taklah. Ada kerjalah..”. Huh, upah ngeteh pun kawan tak mau ikut. “Ok lah. Aku cabut dulu!”

Tak sempat babai, berdesup hilang… makan asap ada lah… Kawan jalan huyung-hayang. Siap semua kunci rumah, kawan terus tumbang.

Dua hari pening tak hilang. Hehehe.. nama aje Red..macam garang…rupanya pengecut! Eh, kawan bukan pengecut. Cuma tak mau mati eksiden jer..! 🙂 (doa dulu beb… kalau takdir lain cerita).

Engkau Botak, aku tak mau lagi naik kereta dengan kau, tau! Ajak ngeteh boleh. Naik kereta engkau.. mintak mahap!!

 

10 Respons to "Pecut dengan pengecut!"

sampai pening gitu sekali ….lau den pon..mau tobat namo ikut ha..
lau ikut pon..pastikan tempat duduk sebelah tu..ado brek cam ketor sek memandu..sonang den nak tekan2 brek nya ha.. hahahha

ekau bawak la keto sekolah memandu tu kasi kat botak , nak tengok ekau sompat tak nak tokan breknyo… 🙂

wah..gila betul si botak…haha..sepupu saya kaki racing pon drive dari tangkak-muar 40 minit

mujur sampai rumah… buatnya sampai sepital..tak pun sampai kubur? pengajaran betul buat abgreds.

Kim Salam ngan si “Botak” tue..
Pesan berhati2 di jalan raya..
Nyawa takde jual kat mana2 🙂

karakter Botak ini ada ramai. kawan abgreds itu salah satu daripadanya. kalau tau dia macam tu, tentu abgreds tobat nak ikut dia lagi… kecut weh..

[…] Abgreds […]

terima kasih atas kunjungan anda, juga atas link ke blog saya..

nih betul-betul ke berlaku nih? Bahaya lah,,sayangi diri anda dan ingatlah orang-orang tersayang.

tu la Botak tu. dia ni gila kerja. siang malam cari duit. terkena pula masa abgreds ngeteh tu dia dapat call dari kawan dia.

untuk pengetahuan eiela dan anda semua, setakat ini semua entri abgreds adalah idea asal dari pengalaman yang pernah abgreds lalui.

cuma ada tambahan perisa sedikit ke atas entri tersebut. ialah, adat berkongsi kenalah sesuaikan sedikit dengan citarasa pembaca..ya tak?

Tinggalkan komen

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 65,658 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my