Blog Abgreds

Baca betul-betul !

Posted on: 26 September 2011

Pada suatu hari, betul-betul tak ingat tarikh tepatnya, aku teringat suatu peristiwa. Aku disuruh oleh cikgu ‘tulis betul-betul’.

Aku pun tulis perkataan ‘betul-betul’ banyak-banyak. Dah siap, aku bagi pada cikgu. Cikgu mengetap bibir. Geram!

Saya bukan suruh awak tulis ‘betul-betul’!, bentaknya. Tulisan awak tu yang tak betul. Kejap rapat kejap jarang…betulkan tulisan awak!

Ooo…tulisan aku yang tak betul. Lain kali suruhlah aku ‘betulkan tulisan’, bukan suruh aku ‘tulis betul-betul’. Betul tak cakap aku?

Mulai hari itu, aku jadi macam tak betul…sikit lah 🙂 … aku membebel sendiri…jadi cikgu pun tak betul, macamana anak murid nak jadi betul?

Kalau nak jadi cikgu, jadilah betul-betul! Kalau tak betul-betul, jangan jadi cikgu. Nanti anak murid semua tak betul! Kalau semua anak murid tak betul, nanti siapa boleh jadi cikgu? Kan?

Dulu dah habis belajar tak nak cari kerja betul-betul. Dah ada kerja pula tak nak buat betul-betul. Kan tak betul namanya tu?

Aku tau, susah nak cari kerja yang betul-betul sesuai dengan kelulusan. Tapi itu bukan masalah yang betul-betul serius. Kan?

Bukankah boleh cari kerja sementara, tapi kerja yang betullah, jangan buat kerja yang tak betul, nanti kena tangkap polis! Dah ada kerja tu, buatlah betul-betul!

Kalau buat betul-betul, insya Allah, boleh berjaya. Tapi kalau buat tak betul, kerja yang betul-betul sesuai pun tak akan terlaksana dengan baik. Kan?

Itulah yang cikgu aku buat dulu. Maaf, itu contoh saja. Bukan semua cikgu macam tu. Tidak. Tak betul tu! Tak betul…ramai cikgu yang bagus apa!

Kita hidup ni carilah kerja-kerja yang betul, lepas tu buatlah kerja tersebut betul-betul. Itu yang betul dan benar.

Malangnya, ada diantara kita yang dah tak betul otaknya, memilih untuk membuat kerja-kerja yang tak betul, tapi dikerjakannya pekerjaan itu betul-betul! Memang boleh berjaya juga!

Kita? Dah ada kerja yang betul tu syukur alhamdulillah la…tinggal lagi laksanakanlah betul-betul. Baru boleh berjaya macam orang yang tak betul tadi! 🙂 Kan?

Jadi, walaupun kita rasa kita dah betul, sebenarnya ada perkara lain yang tak betul-betul lagi. Iya…sentiasa ada…

Oleh itu, carilah di mana-mana yang tidak betul itu dan buatlah pembetulan atau penambahbaikan. Inilah kerja kita yang betul. Buatlah kerja ini betul-betul!!

Baiklah…nak tanya ni…

Adakah kalian betul-betul baca? Dapatkah kalian betul-betul faham?

Atau…

Kalian tak baca pun betul-betul? Atau kalian betul-betul tak faham? 🙂

CARIlah orang yang betul.

JADIlah orang yang betul.

Baru betul jadi orang!  🙂

45 Respons to "Baca betul-betul !"

Aduh, mata dah betul-betul mengantuk baru tersinggah kat blog ni, tu yang jadi baca macam betul-betul tapi tak betul-betul faham!

Dah lama tak dapat update blog dan blogwalking kerana berbagai sebab… ini pengakuan betul-betul tau.

salam abgreds..

kenapa dh lama x update 😀

rindu tulisan abgred

salam abgreds, saya dah baca betul-betul tapi belum tentu betul kan? Harap-harap abgreds tolong betulkan…t/kasih

Assalaamu’alaikum wr.wb, Abgreds…

Hadir untuk menyapa bagi terakhir kalinya sebelum mengundur diri dari keindahan persahabatan di maya. Saya sangat menghargai segala sapaan dan silaturahmi selama kita bersama.

Kita hanya bertemu lewat catatan di poskad kenangan. Hanya memandang kaburan wajah di potret khayalan. Hanya mengetik huruf-huruf di tinta minda. Maafkan saya lahir dan batin jika…. pada tutur kata yang sesekali mencalar hati dalam penulisan dan pendapat diberi.

Semoga Allah selalu memberkati persahabatan yang terjalin baik ini. Sebuah KENANGAN TERINDAH akan menyusul dalam diari kehidupan kita sebagai satu ikatan yang tidak bisa terlerai, andainya pertemuan itu bukan lagi milik kita. Doakan saya dalam kehidupan ini di dunia dan akhirat. Aamiin.

Salam mesra penuh ukhuwwah berpanjangan hingga ke akhirat dari saya Siti Fatimah Ahmad, Sarikei, Sarawak.

besar maknanya pengajaran entri ni..
jgnlah buat keje tanpa memahami keje apa yg nak dibuat.. 😀

Betul!x3!!!…. tiru si upin & ipin.

Jadi ada betul & ada juga salah …di dunia ni kena jaga yg positif & negatif sama macam konsep yin & yang (chinese) …sebab tu kat dunia ni ada orang baik & jahat untuk meneutralisasikan kehidupan ….

Macam molekul atom pun ada proton (+), elektron (-) dan neutron untuk mengimbangi kesemua molekul kan…Semua tu ciptaan Allah SWT. Hamba rasa kecik je kat dunia ni……

prof pd di sini sekadar memberi pendapat je… 🙂

Nak kena baca betul-betul isi kandungan
Baru dpt phm isinya dgn betul-betul 🙂

Selamat berkenalan 😉

betul-betul jadi bingung awak baca dengan betul-betul tulisan betul-betul 🙂

salam ukhuwah 🙂

Haha…Neni nanti minta bunda Siti kasi tau Neni apa maksudnya tulisan abgreds ini
ya… 🙂

betul2 baca habis dah ni….
lama tak singgah sini.

Singgah kejap-kejap pun betul dan dibenarkan 🙂

cik dh betul2 faham..bagus betul artikel ni..^_^

Makasih cik kekasih hati…
eh, cik kasih hati… 🙂

wahhh byk sungguh perkataan betul tuh . hehe

rasanya dah baca btol2…n insyallah fhm betul2..heheh…
time belajar, belajar btul2…time main, main betol2…

Ingat siapa tadi..awak rupanya…
Bagus! Respon yang betul! 🙂

nampaknya macam yang betul sama banyak je dengan yang tak betul
betul tak?

Nampak saja cikgu…nak tau betul ke tak kena buat kajian, ujian, kertas kerjaan, laporan bla bla bla… 🙂

Haha, betul-3 ! Da cam upin ipin je gamaknye :p hahakz 😀

Ha’a macam cik orkid ..eh,macam upin ipin… 🙂

Betul..Betu..Betul..
Takde yang betul melainkan yang tak betul..
Betul tak??? 🙂

Betul sikit-sikit.. 🙂 tengok konteks la kan cikgu… 🙂

walaupun kena jd org yg betul,xsemestinya apa yg kita buat 2 betul.hihi

Betul Zatie. Yang tak betul ialah tak mahu jadi orang yang betul! :p

Assalaamu`alaikum abgreds,
banyak intipati yang saya perolehi daripada artikel abgreds kali ini. Paling penting pesanan abgreds untuk mengenal diri sendiri. Abgreds… sebenarnya apa yang kita rasa betul, tidak akan sama seperti apa yang orang lain rasai. Dan begitu jugalah sebaliknya. Kadang-kadang perkara yang betul bagi kita dan orang lain, mungkin boleh jadi tidak betul pada orang yang keempat.

Jadi sejujurnya saya akui memang sukar untuk memuaskan hati semua orang. Apa yang boleh kita buat hanyalah sekadar meminimalkan kesilapan supaya menutup kembali ruang yang tidak betul di mata orang keempat, walaupun sedar ianya mungkin akan berubah menjadi tidak betul pada orang kedua dan ketiga itu tadi.

Betul abgreds?

Wa’alaikumussalam wbt MM….
Diri sendiri adalah daerah minimum yang perlu kita betulkan segalanya terdahulu. Waima perlakuan itu tidak betul di mata khalayak, itu persoalan sekunder.
Mengenal pasti apa-apa yang betul untuk diri sendiri akan menghasilkan personaliti yang yakin dan tebal jati diri. Seharusnya ia akan seterusnya memberi impak kepada persekitarannya pula.
Komentar yang betul haruslah diberi kredit…terima kasih MM.

betul…betul..betul hehehehe 🙂

Aik, biar betul ehhh.. mana pergi komen kawe tadi?

Maaf. Dah kena cekup pokcik spam. Kawe dah settelkan.

Kesimpulannya red, buat sesuatu tu kena sungguh-sungguh kan? Tak boleh sekadar di pinggiran sahaja. Apa yg kita buat akan beri kesan pada kita dan orang sekeliling. Jika tidak dilaksanakan dengan BETUL-BETUL, maka ada yg kerugian dsb.
Hang mmg kreatif BETUL la red. 😉

Waduh abe Mail tulis komen betul-betullah. Terserlah sungguh kekredibilitian dan ketampanan abe!
Makasih bro! 🙂

ia betul2 membuatkan diriku ketawa mmbacanya

Ketawa betul-betul tak per. Kalau ketawa pun tak betul nanti kena ketawakan pulak haha.. 🙂

betul-betul pening bila nak pahamkan entri ni…dah baca betul-betul baru paham betul-betul…hahaha

Bung Soleh memang kellass… dah paham tu betulkan balik pening tu ye bung ! 😉

abgred, sy betul-betul pening bila cuba baca betul-betul, adekah sy dh jadi tak betul mcm abgred gak?? oke sy rasa sy dah tak betul, betul-betul ni, bukan main2.. ahaha

Alamak jue…ko dah tak betul?
Betul-betul ko dah tak betul?! Sangat betul??
Mai sini, abgreds ada borang dia…ko isi jer..
Muahaha…main-main je…main-main jer… 🙂

Nice post.. (“,)

Makasih Encik!
Sebelah bilik pun aku tak tau nama encik! Maaf ye encik! 🙂

Dah baca betul2…tapi betul2 tak faham…hihihi….

Aik? Tak faham pun boleh ketawa? Lawak la mu ni MP 🙂

betul betul betul betul..
abg red sentiasa betul..
xde yang x betul..
hihi~

Tak betul tak betul tak betul…
Abgreds sentiasa kebetulan muahaha… 🙂

Tinggalkan komen

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 65,658 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my