Intuisi seratus entri
Posted 14 Januari 2011
on:
Intuisi seratus entri
Ini masa menghela nafas
Istirehat jiwa tenangkan minda
Ambil semangat barang seberkas
Jangan keburu nafsu dan ghairah
Menulis itu perlukan tertib
Berkongsi ilmu sekadarnya waktu
Selesaikan dulu mana yang wajib
Utamakan dulu yang mana perlu
Ini masa merenung diri
Masa mendasar ke sanubari
Melangkau mimpi dan realiti
Masa mengenal siapakah aku ini?
Kembali menyusur entri dahulu
Artikel satu hinggalah kini
Apakah aku menulis melulu?
Ataukah cuma memuaskan hati?
Tentu tertanya bermacam perkara
Sampaikah isi sampaikah mesejnya?
Apakah manfaatnya untuk aku?
Apa pula baiknya kepada kamu?
Untuk kalian kusampaikan pesan
Tulisanku ini seadanya insan
Catatan diri bukanlah berlian
Cuma kerikil di denai di jalan
Blog ini alat komunikasi
Tulisan entri bicara sendiri
Mana bisa terjemah segala
Cacat kurangnya tentulah ada
Siang malam menebus kabus
Agar sampai ke destinasi
Entri ini yang ke seratus
Menjadi teman perjalanan diri
Separuh abad mengharung hidup
Pedih getir membadai cukup
Dunia kecilku seizin-Nya Tuhan
Kukongsi bersama untuk tatapan
Dipersilakanlah kalian semua
Bicaralah barang sepatah dua
Berilah input, idea apa saja
Untukku perkemas mana yang bisa
Budimu teman tiada kulupa
Kubawa hingga ke akhir hayat
Moga semua memperoleh pahala
Kelak di sanalah ditimbang disukat…
Terima kasih kalian semua…
35 Respons to "Intuisi seratus entri"
abgred,,terharu saya bacer,,npk sgt selama nh sy tulis bnyk melalut,,cri idea susah sgt,,sbrg je sy merapu.huhu
salam
sungguh benar bait pantun kamu. niat di hati padat berisi untuk dikongsi.
terima kasih. kak ct suka datang ke sini.
orang berbudi kita berbahasa..
salam
terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan jejak kat blog saya buat kali pertama.
Salam Abg Reds
Indahnya susunan bahasa entri ke-100 nih 🙂
Tahniah sampai ke tahap ini..
Bukan senang nak sampai ke angka 100..
wah, entri yg ke 100..thniah..xbuat kenduri ke??heheh
Salam Abgreds
Selamat entry yg ke seratus. Menarik pantun abgreds!
mengingatkan kita akan tanggungjawab seorang blogger. biar apa yang kita utarakan biar berpada-pada. perasaan orang lain harus dijaga. kerana apa yang kita tulis mencerminkan keperibadian kita.
i like….
Puitis..
P/s: Teruskan menulis.. Berkongsi cerita sesama kita 🙂
bakat berpantun ni:)
wow!! menarik.. saya ambil untuk peringatan buat diri sendiri..
abgreds ni bekas juara pantun kebangsaan kan? pantun mantop….
semoga blogging bukanlah perkara yang sia-sia..
ohh.. terer la abg red, sampai kan madah nasihat & kata hati dalam bentuk pantun 🙂
1 | SITI FATIMAH AHMAD
18 Januari 2011 pada 2:04 pm
Assalaamu’alaikum Abgreds….
Membaca nukilan di atas, ia bukanlah pantun kerana kebanyakan baitnya tidak punya bersamaan rima ab ab. Tetapi lebih berbentuk seloka yang menceritakan secara padat akan sesuatu peristiwa dalam beberapa rangkap dan difahami mesejnya.
Tahniah, saya suka membaca seloka ciptaan Abgreds. Satu persembahan baru dalam penulisan yang jarang dilakukan. Teruskan berkarya.
Sepanjang mengenali Abgreds dan blog penulisan ini, banyak idea telah ditampilkan dengan bagus dan mengesankan. Usaha perkongsian bijak minda telah banyak memberi kesedaran kepada saya bahawa setiap orang mempunyai gaya tersendiri dalam menulis, cara fikir tersendiri dalam menutur bicaranya dan tentu sekali menampilkan citra diri unggul yang berbeza dari yang lain.
Tahniah dari saya. Senang dapat mengenali dan bersahabat dengan Abgreds di dunia blogger Malaysia. Antara beberapa sahabat blogger Malaysia yang boleh dibilang dengan jari sudi “membuang masa” menjenguk blog saya yang jauh di mata sana.
Salam persahabatan dan mesra selalu dari saya di Sarikei, Sarawak.
abgreds
19 Januari 2011 pada 7:37 am
Wa’alaikumussalam wbt. puan Siti…
Saya tahu juga seloka itu bukanlah pantun. Mungkin ada serangkap dua yang mengikut hukum pantun sebenar. Saya kurang masa untuk menghasilkan pantun penuh untuk entri tersebut.
Penghasilan kebanyakan entri saya adalah secara spontan atau hampir. Bila berasa ingin menulis, saya fikirkan sejenak idea utamanya, langsung saya nukilkan idea lengkapnya.
Justeru ada antara hasil tulisan blog ini yang saya sendiri kurang berpuashati. Tapi tidaklah sampai saya mahu edit semula atau tarik balik setakat ini.
Idea utamanya adalah untuk memperingati diri dan kembali kepada niat asal saya berblog setelah entri mencapai 100 ini. Al-hamdulillah..mudah-mudahan semuanya ada manfaatnya.
Terima kasih untuk puan kerana sudi juga ‘membuang masa’ puan, yang saya kira lebih sibuk dengan rutin kerja harian, untuk ke blog ini juga.